Wikiversity
Kandungan
Takwim Gregorius (bahasa Inggeris: Gregorian calendar ) merupakan takwim yang paling banyak digunakan di hampir seluruh dunia. Takwim ini diasaskan daripada takwim Julius yang telah mengalami sedikit perolahan. Ia pertama kali diusulkan oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli, Itali dan dituruti oleh Paus Gregorius XIII pada 24 Februari 1582.
Kalendar ini dicipta kerana takwim Julius dinilai sebagai kurang tepat, sebab permulaan musim bunga (21 Mac) semakin maju sehingga perayaan Easter yang sudah disepakati sejak Konsili Nicea I pada tahun 325 tidak tepat lagi.
Lalu pada tahun 1582, hari Sabtu 4 Oktober diikuti dengan hari Ahad 15 Oktober.
Perbezaan dengan takwim Julius
Sebuah tahun dalam takwim Julius berlangsung selama 365.25 hari. Tetapi kerana putaran bumi mengelilingi matahari hanya berlangsung selama 365.2422 hari, maka setiap satu alaf, takwim Julius akan berlebih 7 - 8 hari. Masalah ini diselesaikan dengan hari-hari lompat yang agak berbeza pada kalendar baru ini. Pada takwim Julius, setiap tahun yang boleh dibahagi dengan 4 merupakan tahun lompat. Tetapi pada kalender baru ini tahun yang boleh dibahagi dengan 100 hanya dianggap sebagai tahun lompat, jika tahun ini juga boleh dibahagi dengan 400. Contohnya tahun 1700, 1800 dan 1900 bukan tahun lompat. Tetapi tahun 1600 dan 2000 merupakan tahun lompat. Dengan ini Kalendar Gregory mempunyai 365.2425 hari setahun.
Masalah Baru
Setelah Kalendar Gregory dicanangkan, tidak semua negara mahu memakainya. Baru beberapa abad setelah ini, hampir semua negara barat mahu memakainya. Russia misalkan baru memakai pada tahun 1918. Sehingga Revolusi Komunis Russia yang sekarang diperingati setiap tanggal 7 November, disebut sebagai Revolusi Oktober.
Gereja Ortodoks sehingga sekarang masih memakai takwim Julius.
Permulaan Tahun
Pada tanggal 1 Januari 1622, 1 Januari ditetapkan sebagai permulaan tahun. Sebelumnya hal ini setiap negara Eropah berbeza-beza.
Bulan-Bulan Tahun
No. | Nama | Jumlah Hari |
---|---|---|
1 | Januari | 31 |
2 | Februari | 28 (29 pada tahun lompat) |
3 | Mac | 31 |
4 | April | 30 |
5 | Mei | 31 |
6 | Jun | 30 |
7 | Julai | 31 |
8 | Ogos | 31 |
9 | September | 30 |
10 | Oktober | 31 |
11 | November | 30 |
12 | Disember | 31 |
Pautan Luar
- FAQ tentang kalendar
- Kalendar Abadi
- Russian Car Brands FAQ Kalendar
Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober | November | Disember |