Statistical Genetics Wiki
Kandungan
Grenada ݢرينادا / غرناطة | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Ever Conscious of God We Aspire, Build and Advance as One People"[1] | |||||
Lagu kebangsaan: "Hail Grenada" | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | St. George's 12°03′N 61°45′W / 12.050°N 61.750°W | ||||
Bahasa rasmi | |||||
Bahasa umumyang diakui | Kreol Inggeris Grenada Kreol Perancis Grenada | ||||
Kumpulan etnik (2011[2]) | |||||
Kerajaan | Raja berperlembagaan berparlimen dua parti unitari | ||||
• Raja | Charles III | ||||
Cécile La Grenade | |||||
Dickon Mitchell | |||||
Badan perundangan | Parlimen | ||||
Senat | |||||
Rumah Perwakilan | |||||
Pembentukan | |||||
• Negara Bersekutu | 3 Mac 1967 | ||||
• Kemerdekaan daripada United Kingdom | 7 Februari 1974 | ||||
• Revolusi Grenada | 13 March 1979 | ||||
• Pemulihan perlembagaan | 4 Disember 1984 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 348.5 km2 (134.6 bt2) (ke-185) | ||||
1.6 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2016 | 107,317[3] (ke-185) | ||||
318.58/km2 (825.1/sq mi) (ke-45) | |||||
KDNK (PPP) | 2019 | ||||
• Jumlah | $1.801 bilion[4] | ||||
$16,604[4] | |||||
KDNK (nominal) | 2019 | ||||
• Jumlah | $1.249 bilion[4] | ||||
$11,518[4] | |||||
HDI (2018) | ▲ 0.763[5] tinggi · 78th | ||||
Mata wang | Dolar Caribbean Timur ( XCD ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
Arah memandu | kiri | ||||
Kod panggilan | +1-473 | ||||
Kod ISO 3166 | GD | ||||
DPT internet | .gd | ||||
Grenada (Kreol Perancis: La Gwenad) ialah sebuah negara berdaulat di kawasan Laut Caribbean di hujung selatan rantaian pulau Grenadine. Negara ini terletak di barat laut Trinidad dan Tobago, timur laut Venezuela dan barat daya Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine. Negara ini berkeluasan 348.5 kilometer persegi dengan jumlah anggaran penduduk sebanyak 112,200 orang pada Julai 2018. Ibu kota negara Grenada ialah St. George's.
Penamaan
Asal nama Grenada adalah tidak begitu jelas, tetapi para pelayar Sepanyol dipercayai menamakan pulau ini sempena bandar di Andalusia, Granada.[6]
Bangsa peribumi Arawak asal pulau ini pernah memberi nama Camajuya.[7] Christopher Columbus dalam penjelajahan ketiganya pada 1498 di kawasan ini menemui Grenada dan menamakan pulau itu sebagai La Concepción, tetapi tidak dapat dipastikan memandangkan Columbus dikatakan melihat pulau-pulau yang kini Grenada dan Tobago dan menamakan pulau-pulau tersebut pada masa sama. Namun begitu, kepastian diperoleh bahawa Columbus menamakan Tobago sebagai Assumpción dan Grenada sebagai La Concepción.
Pada tahun seterusnya, penjelajah Itali, Amerigo Vespucci pergi ke kawasan Grenada dan dilaporkan menamakan pulau itu sebagai Mayo, dan nama ini digunakan dalam tempoh kira-kira 20 tahun.
Pada 1520-an, pihak Sepanyol menamakan kepulauan di utara Mayo sebagai Los Granadillos "Granada Kecil" sempena bandar Granada. Sejurus selepas itu, nama Mayo digantikan dengan Granada pada peta-peta Sepanyol. Pihak Perancis yang menjajah kawasan ini pada 1652 menamakan tanah jajahan mereka sebagai La Grenade. Pihak British menamakan pulau ini sebagai Grenada.[6]
Sejarah
Zaman pascakemerdekaan
Grenada mencapai kemerdekaan pada 7 Februari 1974 di bawah kepimpinan Eric Gairy sebagai Perdana Menteri pertama Grenada. Sebuah konflik bersaudara mula tercetus antara kerajaan Eric Gairy dengan pihak pembangkang termasuk New Jewel Movement, NJM yang berpegang kepada prinsip Marxisme yang dipimpin oleh Maurice Bishop.
Rampasan kuasa Maurice Bishop
Pada 13 Mac 1979, pihak NJM melancarkan rampasan kuasa aman ketika Gairy berada di luar negara lalu menubuhkan Kerajaan Revolusi Rakyat, PRG, dan Maurice Bishop melantik dirinya sebagai Perdana Menteri. Kerajaannya banyak menjalinkan hubungan dengan negara-negara blok komunis seperti Cuba dan Nicaragua. Semua parti politik lain diharamkan dan tiada pilihan raya dijalankan sepanjang pemerintahan PRG.
Konflik dan serangan Amerika
Setelah beberapa tahun, Maurice mendapat penentangan oleh pegawai-pegawai tinggi NJM, termasuk timbalannya, Bernard Coard. Pada 16 Oktober 1983, Bernard melancarkan kudeta terhadap Maurice, dan menahannya di rumahnya, tetapi dibebaskan oleh pihak penyokongnya. Kemudian, sebuah serangan berlaku antara pihak Maurice dengan pihak Bernard yang disokong oleh para tentera Grenada di ibu pejabat tentera negara, menyebabkan Maurice terbunuh.
Selepas itu, Tentera Revolusi Rakyat, PRA, membentuk sebuah kerajaan ketenteraan Marxisme degan Jeneral Hudson Austin sebagai ketua. Pihak tentera mengenakan perintah berkurung selama empat hari, dengan ancaman pembunuhan terhadap mereka yang ingkar tanpa sebab munasabah.[8]
Situasi di Grenada menyebabkan pihak Pertubuhan Negara Caribbean Timur, Barbados dan Jamaica meminta campur tangan Amerika Syarikat (AS).[9] Hal ini membawa kepada serangan Amerika terhadap Grenada yang berjaya menggulingkan pemerintahan Austin dalam masa empat hari sahaja. Selepas itu, perlembagaan negara prarevolusi ditubuhkan semula, dan 18 orang ahli PRG/PRA ditangkap atas kesalahan pembunuhan Maurice; satu orang terbukti tidak bersalah dan yang lain dikenakan hukuman penjara. Pihak AS berundur dari Grenada pada Disember 1983.
Grenada pascakomunis
Selepas pengunduran AS, kerajaan Grenada melantik Nicholas Brathwaite sebagai Perdana Menteri sementara hingga pilihan raya dapat dijalankan. Pilihan raya seterusnya berlaku pada Disember 1984 yang dimenangi oleh Herbert Blaize yang menjadi Perdana Menteri hingga kematiannya pada Disember 1989.
Selepas itu, Ben Jones dilantik sebagai Perdana Menteri hingga pilihan raya seterusnya pada Mac 1990 yang dimenangi oleh Nicholas Brathwaite yang kini menjadi Perdana Menteri buat kali kedua hingga meletak jawatan pada Februari 1995, sebelum digantikan oleh George Brizan hingga Mei. Pada bulan berikutnya, sebuah pilihan raya dijalankan, dan dimenangi oleh Keith Mitchell daripada Parti Kebangsaan Baharu, dan memenangi pilihan raya pada 1999 dan 2003, membenarkan beliau untuk memerintah hingga 2008.
Pada 2000-an, Grenada dilanda dua buah taufan, yakni Hurikan Ivan pada 7 September 2004 dan Hurikan Emily pada 14 Julai 2005.
Mitchell kalah dalam pilihan raya 2008 oleh Tillman Thomas,[10] tetapi menang dalam pilihan raya pada 2013, dan sekali lagi pada 2018.[11]
Geografi
Pulau Grenada berada di kawasan paling selatan kepulauaun Antillen yang menjadi sempadan Laut Caribbean dan Lautan Atlantik. Pulau-pulau lain negara berada dalam kwasan selatan kepulauan Grenadine. Kebanyakan penduduk Grenada tinggal di kawasan Grenada dengan kota-kota utama termasuk ibu negara, St. George's, Grenville dan Gouyave, manakala kota utama di kepuluan selain Grenada ialah Hillsborough di pulau Carriacou.
Kepulauan Grenada dibentuk melalui aktiviti gunung berapi. Puncak tertinggi Grenada ialah Gunung St. Catherine dengan ketinggian 840 m yang dikelilingi oleh beberapa buah mata air panas. Pulau Grenada mempunyai lima buah gunung berapi yang mula muncul sejak zaman Pliosen hingga Holosen Sebuah gunung berapi bawah laut, Kick 'em Jenny terletak kira-kira 8 km di utara pulau utama.[12]
Politik dan kerajaan
Grenada sebagai negara Alam Komanwel, mengiktiraf Raja England (Charles III) sebagai ketua negara yang diwakili oleh Gabenor Jeneral tempatan.[13] Ketua kerajaan Grenada ialah Perdana Menteri yang memegang kuasa eksekutif.
Pembahagian pentadbiran
Grenada dibahagikan kepada enam buah kariah (parish), yakni:
- Saint Andrew
- Saint David
- Saint George
- Saint John
- Saint Mark
- Saint Patrick
Selain itu, Grenada memiliki sebuah wilayah tanggungan iaitu pulau Carriacou dan Petite Martinique.
Demografi
Kebanyakan penduduk Grenada ialah keturunan golongan hamba Afrika.[13] 2.2% penduduk Grenada adalah berketurunan India. Selain itu, terdapat juga sedikit pemduduk dengan keturunan Perancis dan Inggeris. Penduduk negara selebihnya ialah campuran.
Bahasa
Bahasa rasmi Grenada ialah bahasa Inggeris, tetapi terdapat dua kreol yang lazim ditutur oleh masyarakat Grenada iaitu kreol Inggeris dan kreol Perancis. Sebelum 1920-an, bahasa Carib Pulau ditutur dalam kalangan peribumi, tetapi sudah pupus; keturunannya, bahasa Garifuna masih wujud di Amerika Tengah.
Ekonomi
Nilai KDNK nominal Grenada ialah AS$1.185 bilion pada 2018, dan $1.732 billion mengikut pariti kuasa beli pada tahun sama.[14] Ekonomi Grenada banyak bergantung kepada sektor pelancongan.
Grenada ialah negara pengeksport rempah; buah pala ialah eksport utama negara dan juga mengeksport kulit pala.[15][16] Selain itu, Grenada juga mengeksport pisang, koko, buah-buahan, sayur-sayuran, pakaian, coklat dan ikan.[17]
Pengangkutan
Lapangan terbang utama Grenada ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Maurice Bishop di kawasan St. George's. Satu lagi lapangan terbang lain di Grenada ialah Lapangan Terbang Lauriston di Carriacou.
Pendidikan
Pendidikan di Grenada terdiri daripada peringkat prasekolah, prasekolah rendah, rendah, menengah dan tinggi. Bajet pendidikan Panama merangkumi 10.3% bajet negara pada 2016, kadar ketiga terbesar di dunia. Kadar celik huruf masyarakat Panama ialah 98.6%.[17]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Government of Grenada Website". Dicapai pada 1 November 2007.
- ^ "Grenada". The World Factbook. Central Intelligence Agency (CIA). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-26. Dicapai pada 19 March 2012.
- ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
- ^ a b c d "Grenada". International Monetary Fund. 2018. Dicapai pada 1 April 2018.
- ^ "Human Development Report 2019" (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 10 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-04-30. Dicapai pada 10 Disember 2019.
- ^ a b Crask, Paul (1 Januari 2009). Grenada, Carriacou and Petite Martinique (dalam bahasa Inggeris). England: Bradt Travel Guides. m/s. 5–7. ISBN 9781841622743. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Februari 2020.
grenada name.
- ^ Higman, B. W. (2021). A Concise History of the Caribbean (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 58. ISBN 978-1-108-48098-7.
- ^ Anthony Payne, Paul Sutton and Tony Thorndike (1984). "Grenada: Revolution and Invasion". Croom Helm. Dicapai pada 10 September 2009.
- ^ Cole, Ronald (1997). "Operation Urgent Fury: The Planning and Execution of Joint Operations in Grenada" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 November 2011. Dicapai pada 9 November 2006.
- ^ "New Grenada prime minister vows to boost economy, lower cost of living". Associated Press via International Herald Tribune. 9 July 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2008. Dicapai pada 31 Julai 2011.
- ^ "Clean sweep! Grenada PM predicts repeat victory". WIC News. 9 November 2017. Dicapai pada 9 November 2017.
- ^ "St. Catherine volcano". Volcano Discovery (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mac 2020.
- ^ a b "Encyclopedia Britannica – Grenada". Dicapai pada 12 July 2019.
- ^ "World Economic Outlook Database, October 2019". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai pada 22 October 2019.
- ^ "Nutmeg". OEC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2020.
- ^ https://www.britannica.com/place/Grenada
- ^ a b "CIA World Factbook – Grenada". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-26. Dicapai pada 12 July 2019.
Pautan luar
- Kategori berkenaan Grenada di Wikimedia Commons
- Takrifan kamus grenada di Wikikamus
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
Negara-negara di Caribbean |
---|
Negara merdeka Alam Komanwel: Antigua & Barbuda • Bahamas • Barbados • Grenada • Jamaica • Santo Kitts dan Nevis • Saint Lucia • Saint Vincent & Kepulauan Grenadine Republik Komanwel: Dominika • Trinidad dan Tobago Republik lain: Cuba • Republik Dominika & Haiti (kedua-dua di Hispaniola) Wilayah tanggungan |