LIMSwiki

Antena radar julat panjang (kira-kira 40 meter atau 130 kaki pada diameternya) berputar di atas landasan untuk meninjau kegiatan yang berdekatan dengan horizon.

Radar - suatu kependekan baru digunakan untuk pengesanan dan pengukuran atau pengarahan radio (radio detection / direction and ranging)[1][2][3][4] - merupakan sistem untuk mengesan, mengukur (menentukan jarak) dan memeta objek seperti kapal terbang dan hujan. Gelombang radio yang kuat dipancarkan, dan penerima mendengar untuk gema yang terpesong. Dengan menganalisa signal, pemesong boleh ditemui dan kadang kala di kenal pasti. Walaupun jumlah signal dikembalikan kecil, signal radio boleh dikesan dengan mudah dan diperkuatkan.

Gelombang radar radio boleh dihasilkan dengan mudah pada kekuatan yang diingini, boleh dikesan walaupun dengan kuasa rendah, dan kemudiannya diperkuatkan beberapa kali ganda. Oleh itu, radar sesuai untuk mengesan objek pada jarak jauh di mana cara lain seperti bunyi, daya penglihatan, menjadi terlalu lemah untuk digunakan.

Binaan

Sebuah radar itu terdiri daripada komponen-komponen berikut:

  • Pemancar yang menjana isyarat radio melalui pengayun seperti klistron atau magnetron dan dikawal tempoh ayunannya menggunakan pemodulat.
  • Pandu gelombang yang menghubungkan transmiter dengan antena.
  • Pendupleks yang bertindak sebagai suis antara antena dan transmiter, atau menggantikan peranan penerima signal apabila antena digunakan dalam kedua-dua situasi.
  • Penerima (receiver) yang direka agar dapat menerima gelombang berbentuk tertentu.
  • Pemproses yang menukarkan isyarat kepada paparan yang boleh dibaca oleh manusia melalui peranti output khas.
  • Bahagian elektronik yang mengawal kesemua alatan dan antena untuk melakukan imbasan radar yang dikehendaki perisian.
  • Suatu penghubung untuk mematikan alatan dan paparan pengguna.

Kegunaan

Pesawat-pesawat udara dipasangkan dengan alatan radar yang memberikan amaran mengenai pesawat atau halangan lain yang mendatangi laluan mereka serta memberikan maklumat cuaca persekitaran dan bacaan altitud yang tepat.

Radar laut khas digunakan untuk mengukur bearing dan jarak kapal-kapal agar dapat mengemudi, serta mengelakkan perlanggaran daripada berlaku serta menetapkan kedudukan di laut apabila berada dalam jarak persisiran atau tiitk rujukan yang tetap seperti pulau-pulau, apungan dan kapal suar yang berkeliaran. Sistem trafik berasaskan teknologi ini juga digunakan untuk mengawasi dan mengawal pergerakan kapal di perairan yang sibuk seperti dalam pelabuhan besar.

Sistem ini juga digunakan dalam bidang kaji cuaca untuk mengawasi pergerakan kerpasan dan angin setempat, malah menjadi alat yang penting dalam peramalan cuaca jangka pendek serta pemerhatian fenomena cuaca yang dahsyat seperti ribut petir dan salji, puting beliung dan sebagainya.

Rujukan

  1. ^ Translation Bureau (2013). "Radar definition". Public Works and Government Services Canada. Dicapai pada 8 November 2013.
  2. ^ McGraw-Hill dictionary of scientific and technical terms / Daniel N. Lapedes, editor in chief. Lapedes, Daniel N. New York ; Montreal : McGraw-Hill, 1976. [xv], 1634, A26 p.
  3. ^ "ABBREVIATIONS and ACRONYMS". Navy dot MIL. United States Navy. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-10. Dicapai pada 9 January 2017.
  4. ^ "Small and Short-Range Radar Systems". CRC Net Base. Dicapai pada 9 January 2017.[pautan mati kekal]

Pautan luar

[1]