LIMSwiki

Nur Misuari
Pengerusi Jawatankuasa Pusat Moro National Liberation Front
President of the Bangsamoro Republik (Unrecognized)
Dalam jawatan
August 12, 2013 – September 28, 2013
3rd Gabenor Wilayah Autonomi Islam Mindanao
Dalam jawatan
1996–2001
PresidenFidel Ramos (1992-1998)
Joseph Estrada (1998-2001)
Gloria Macapagal-Arroyo (2001-2010)
Didahului olehLininding Pangandaman
Digantikan olehAlvarez Isnaji
Maklumat peribadi
Lahir (1939-03-03) 3 Mac 1939 (umur 85)
Tapul, Sulu, Commonwealth of the Philippines
Tempat belajarUniversity of the Philippines
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan MNLF
Tahun khidmat1970s –
Kerjaya ketenteraan

Nur Misuari atau 'Nurallaj Misuari' lahir pada 3 Mac 1939 fi Jolo,Sulu, Filipina merupakan pengasas Pergerakan Pembebasan Mindanao yang merupakan kumpulan anti kerajaan Filipina secara kekerasan. Nur Misuari dipenjara atas tuduhan melakukan pemberontakan pada 2006. Beliau adalah ahli politik dan menjadi pemimpin 'Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro' /MNLF yang bertujuan membina sebuah negara Islam yang merdeka di selatan Filipina.

Nur Misuari ditahan di Pulau Jampiras, Sabah 24 November 2001 kerana memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah. Kerajaan Filipina mendesak Malaysia menyerahkan Nur Misuari tetapi Malaysia terus melindungi Nur Misuari. Nur Misuari pernah berlindung di Libya awal tahun 1980-an.

Nur Misuari merupakan bekas Gabenor Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) . Beliau berusia 65 tahun dan menjadi buruan tentera Manila kerana mengetuai pemberontakan 19 November 2001 sebelum melarikan diri.

Konflik bersenjata antara 1972 dan 1976, menyebabkan 80,000 hingga 200,000 nyawa terkorban. Pada kemuncaknya MNLF mempunyai 30,000 pejuang bersenjata.

Pada tahun 1997, beliau berkhidmat dengan Presiden Fidel Ramos dan dianugerahkan Félix Houphouët-Boigny Keamanan Nobel , UNESCO .

Pendidikan dan kehidupan awal

Nur Misuari lahir di Jolo , Sulu pada 3 Mac 1939. Nur Misuari adalah anak keempat dari 10 adik-beradik. Keluarganya dari keturunan Tausug dari Kabinga-an, pulau Tapul.Bapanya bekerja sebagai nelayan dan tidak mampu menghantar anaknya ke universiti.Namun gurunya berjaya mendapatkan biasiswa untuk dirinya terus belajar.

Nur Misuari belajar di Universiti Filipina di Manila pada 1958 jurusan politik. Nur Misuari aktif semasa di universiti dan terlibat dalam perdebatan. Beliau kemudian sambung belajar undang-undang tetapi sementara sahaja. Kemudian sambung belajar peringkat sarjana jurusan kajian Asia pada tahun 1966. Pada tahun 1964, Nur Misuari mendirikan sebuah kelompok mahasiswa radikal yang disebut Bagong Asya (New Asia). Misuari, bersama dengan Jose Maria Sison juga mendirikan Kabataan MAKABAYAN atau 'Pemuda Patriotik'.

Kerjaya dan politik

Melalui Dr Cesar Adib Majul, Misuari menjadi pensyarah di Universiti Filipina jurusan ilmu politik. Pada tahun 1960, dia menubuhkan Gerakan Kemerdekaan Mindanao yang bertujuan untuk membentuk sebuah negara Islam merdeka di Filipina selatan. Ramai penduduk dari pulau Luzon yang berugama Kristian berhijrah ke pulau Mindanao dan boleh menjejaskan identiti penduduk .Gerakan Kemerdekaan Mindanao membentuk Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) yang berusaha melakukan reformasi politik dari kerajaan Filipina . Apabila gagal melakukan reformasi, MNLF terlibat dalam konflik tentera dengan kerajaan Filipina dan pendukungnya antara 1972-1976 di bawah kepemimpinan Misuari. Gerakan radikal menentang mantan Presiden Filipina Ferdinand Marcos tidak menghasilkan kuasa otonomi bagi masyarakat Moro. Dia berangkat ke Arab Saudi hidup dalam buangan . Dia kembali ke Filipina setelah Marcos telah dijatuhkan ekoran Revolusi Rakyat pada tahun 1986.

Selepas berjuang selama 24 tahun, akhirnya Nur Misuari dan MNLF menandatangani Perjanjian Tripoli , awalnya ditandatangani oleh Ferdinand Marcos dan kemudian diterima oleh mantan presiden Filipina Fidel Ramos pada 1990-an. Perjanjian ini membentuk daerah otonomi untuk puak Moro dengan Misuari dilantik sebagai gabenor 'Wilayah Autonomi Islam Mindanao'(1996-2001). Beliau dianggap sebagai 'Bapa Kemerdekaan Bangsamoro' selepas berada dalam penjara selama 20 tahun . Tersebar khabar angin kononnya kuasa terlalu tertumpu kepada Nur Misuari , berlaku rasuah , rasuah politik dan meretakkan hubungan dalam MNLF.

Pada bulan April 2008, beliau dipecat dari pimpinan MNLF .Namun semasa Gloria Macapagal Arroyo menjadi presiden pada tahun 2001 , Nur Misuari telah ditangkap pada tahun 2007 atas tuduhan terorisme. Pada tanggal 20 Desember 2007 dia menolak tawaran tahanan rumah di Manila. Mahkamah Filipina telah membicarakan beliau bersama tujuh yang lain dan didenda 100.000 peso. Pada tanggal 25 April 2008, dia dibenarkan untuk mengirim wang jaminan. Pada 9, 2013, Nur Misuari berjanji kumpulannya tidak akan menyerang rakyat Filipina mahupun warga asing. Ketika MNLF bergerak kota Zamboanga untuk menyergap dan membunuh warga awam.

Presiden Benigno Aquino III berusaha mengadakan gencatan senjata tapi tertus juga menyerang para pemberontak sehingga akhirnya berhenti pada 28 September 2013. [1]

Rujukan