LIMSwiki
Kandungan
Penampilan
<< | Disember | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 | ||||
2024 |
29 Disember merupakan hari ke-363 (hari ke-364 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 2 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Mongolia (1911).
Peristiwa
- 1170 - Ketua Biskop Canterbury Thomas Becket (gambar) dibunuh di gerejanya sendiri oleh empat orang kesateria Henry II dari England.
- 1845 - Republik Texas diilhak oleh Amerika Syarikat, dan menjadi negeri Texas.
- 1890 - Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat mengepung dan membunuh sekitar 300 orang Sioux Lakota tidak bersenjata di anak sungai Wounded Knee (kini di Dakota Selatan).
- 1911 - Sun Yat-sen dipilih sebagai Presiden sementara Republik China di Taiwan.
- 1937 - Perlembagaan Ireland yang baharu mula berkuatkuasa, menggantikan Negara Bebas Ireland dengan negara yang kini dipanggil Republik Ireland.
- 1972 - Penerbangan 401 Eastern Air Lines terhempas ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, Florida, mengorbankan 101 orang.
- 1972 - Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia (MBIM) telah dirasmikan penubuhannya.
- 1993 - Patung gangsa Buddha duduk di luar tertinggi di dunia Buddha Tian Tan (gambar) siap dibina.
- 1996 – Pihak pemerintah Guatemala menamatkan perang saudara selama 36 tahun dengan Kesatuan Revolusi Kebangsaan dalam suatu perjanjian damai.
- 1998 – Para pemimpin Khmer Rouge membuat permohonan ampun kepada rakyat Kemboja atas jenayah pembunuhan ramai dilakukan selama dekad 1970-an.
- 2008 - Tuanku Muhriz ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12.
- 2010 - Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan Indonesia untuk kejuaraan pertamanya di Stadion Gelora Bung Karno Senayan-Jakarta.
- 2011 - Kim Jong-un secara rasmi diisytiharkan sebagai Pemimpin Agung Korea Utara baharu.
Kelahiran
- 1709 - Elizabeth dari Rusia (mangkat 1762)
- 1800 - Charles Goodyear, ilmuwan dan usahawan Amerika Syarikat (meninggal. 1860)
- 1808 - Andrew Johnson, Presiden Amerika Syarikat ke-17
- 1937 - Mohd Khalil Yaakob, Menteri Besar Pahang ke-13
- 1957 - Caca Handika, penyanyi, pelakon, dan pelawak Indonesia
- 1961 - Ja'far Umar Thalib, imam dan orang Wahabi Indonesia
- 1967 - Lilly Wachowski, sutradara Amerika Syarikat
- 1972 - Jude Law, pelakon Inggeris
- 1977 - Katherine Moennig, pelakon Amerika Syarikat
- 1978 - LaToya London, penyanyi Amerika Syarikat
- 1989 - Johan Angga Kusuma, pemain bola sepak Indonesia
- 1995 - Ross Lynch, pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat
- 1996 - Minatozaki Sana, anggota grup K-Pop TWICE
- 1999 - Chintya Hanindhitakirana Wirawan, anggota grup idola Indonesia JKT48
- 2000 - Wang Yiren, anggota grup K-Pop EVERGLOW
Kematian
- 1986 – Harold Macmillan, kapten tentera dan ahli politik selaku Perdana Menteri United Kingdom (lahir 1894)
- 1986 – Andrei Tarkovsky, pengarah filem Rusia (lahir 1932)
- 2004 – Julius Axelrod, cendekiawan biokimia Amerika Syarikat, pemenang Hadiah Nobel (lahir 1912)
- 2016 - S. M. Salim, penyanyi Malaysia (lahir 1928)
- 2020 – Pierre Cardin, pereka bentuk fesyen Perancis (lahir 1922)