LIMSwiki

Sunting pautan
 
Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1981. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1981 (nombor).


Milenium: milenium ke-2
Abad:
Dekad:
Tahun:

1981 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Khamis. Ia berlangsung dari 24 Safar 1401 hingga 4 Rabiulawal 1402.

Peristiwa

Mahathir Mohamad
  • 16 Julai: Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.
  • 13 Ogos: Mahathir tiba di Jakarta bagi satu lawatan selama rasmi dua hari. Beliau telah disambut di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta oleh Presiden Suharto, Naib Presiden Adam Malik, para menteri kabinet dan diplomat-diplomat asing. Lawatan itu merupakan yang pertama kali dilakukan sejak beliau menjadi Perdana Menteri.
  • 15 Ogos: Akademi Laut Malaysia telah dibuka dengan rasminya oleh Mahathir. Akademi ini terletak di Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru Melaka itu dan dibina di atas tapak seluas 46 ekar.
  • 23 Ogos: Mahathir tiba di Bangkok untuk melakukan lawatan rasmi selama dua hari di mana beliau akan mengadakan rundingan dengan kerajaan Thai. Beliau disambut di lapangan terbang oleh Perdana Menteri Thailand.
  • 16 November: Mahathir diberi sambutan meriah setibanya beliau di negeri Sabah. Lawatan ke Sabah ini merupakan lawatan pertama beliau sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.
  • 18 Disember: Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Waktu Standard Malaysia. Rang Undang-undang ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan zon waktu antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 1982. Rang Undang-undang Waktu Standard Malaysia ini dikemukakan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Tak Berportfolio di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nasir.

Tarikh tepat tidak pasti

Kelahiran

Jessica Alba
Farid Kamil
Fachri Albar
Tanta Ginting

Kematian