LIMSpec Wiki
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | UNRWA |
Jenis/bentuk sah | Bukan kerajaan |
Status undang-undang | bukan untung |
Tujuan | Menyediakan program bantuan dan kerja kepada pelarian Palestin |
Keluaran | Pendidikan, penjagaan kesihatan, social services, Kerja awam, Mikrokredit, perkhidmatan kecemasan |
Perkhidmatan | Pendidikan, penjagaan kesihatan, khidmat masyarakat, penambahbaikan tapak dan infrastruktur, bantuan mikrokewangan dan tindak balas kecemasan[1] |
Bidang | Bantuan kemanusiaan |
Tapak web | www.unrwa.org |
Sejarah | |
Dibentuk | 8 Disember 1949 |
Pengurusan | |
Ketua Pesuruhjaya | Philippe Lazzarini |
Timbalan Ketua Pesuruhjaya | Leni Stenseth |
Organisasi induk | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Gabungan | Sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Perangkaan | |
Belanjawan (2020) | US$806 juta[2] |
Kakitangan/pekerja | 30,000 |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Amman, Jordan dan Gaza, Palestin |
Koordinat | 31°56′51.6″N 35°49′46.8″E |
Kawasan perkhidmatan | Levant |
· sunting di Wikidata |
Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat atau UNRWA (bahasa Inggeris: United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East , Arab: وكالة الأمم المتحدة لإغاثة وتشغيل اللاجئين الفلسطينيين في الشرق الأدنى ) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang memberi pendidikan, perkhidmatan kesihatan, sosial dan bantuan kecemasan kepada 4 juta penduduk pelarian Palestin yang tinggal di Genting Gaza, Tebing Barat, Jordan, Lubnan dan Syria.
Selepas Perang Arab-Israel 1948, UNRWA ditubuhkan melalui Resolusi Perhimpunan Agung PBB 302 (IV) pada tahun 1949 demi mengendalikan program pemulihan untuk penduduk pelarian Palestin. UNRWA telah membekalkan makanan, pakaian serta tempat perlindungan kepada beribu-ribu penduduk ini dalam masa perang dan aman, serta memberi pendidikan dan perkhimatan kesihatan kepada kanak-kanak.
- ^ UNRWA (n.d.). "What We Do". UNRWA. United Nations. Dicapai pada 16 December 2018.
- ^ UNRWA (August 2020). "HOW WE SPEND FUNDS". UNRWA. United Nations.