LIMSpec Wiki

Patung Livia Drusilla memakai stola dan palla

Stola adalah pakaian tradisional wanita Rom, sepadan dengan toga, yang dipakai oleh lelaki. Stola biasanya dibuat daripada bulu biri-biri.[1]

Pada mulanya, wanita juga memakai toga. Tetapi toga lama-kelamaan dikhususkan dalam kalangan kaum lelaki selepas abad ke-2 SM lalu mengharuskan wanita harus memakai stola kerana pemakaian pakaian lelaku oleh kaum wanita mula dianggap memalukan dengan perkaitan kepada kegiatan pelacuran dan perzinaan.[2][3]

Sejarah

Stola adalah pakaian lazim Rom purba yang menjangkaui dari [[Republik Rom]|zaman Republik]] awal hingga ke zaman-zaman Empayar dan kemudiannya Bizantin jauh ke alaf pertama Masihi.

Imej terkenal stola adalah yang dipakai oleh Patung Liberty di New York.

Aneka jenis

Stola dibuat dalam pelbagai warna termasuk merah, kuning, dan biru. Hiasan juga ditambah pada garis leher dan hujung kain. Bagi wanita biasa, ini biasanya dihiasi warna atau corak yang mudah. Bagi wanita kaya, lebih banyak tatahias dan perincian yang digunakan. Sisi perhiasan yang lebar dipanggil instita sering digunakan di sekitar garis leher dan hem untuk menzahirkan status kekayaan.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Sebesta, Judith; Bonfante, Larissa (1994). The World of Roman Costume. Madison, WI: University of Wisconsin Press. m/s. 48.
  2. ^ McGinn, Thomas A. (1998). Prostitution, sexuality, and the law in ancient Rome. Oxford [Oxfordshire]: Oxford University Press. m/s. 340. ISBN 0-19-508785-2. …through conviction under the law was cast as a prostitute, most visibly through imposition of the label of the toga, the prostitute's badge of shame.
  3. ^ "LacusCurtius • The Roman Toga (Smith's Dictionary, 1875)". penelope.uchicago.edu.

Pautan luar