LIMSpec Wiki

Ahli gusti Greek Kuno (Pankratiast)

Gusti (serapan Parsi: کشتی, rumi: kushti[1]) merupakan sesuatu pergerakan yang melibatkan pertempuran fizikal antara dua orang, yang mana setiap ahli gusti mahu memiliki kelebihan atau kawalan ke atas lawannya semasa bertempur. Teknik fizikal yang merangkumi gaya gusti ialah memeluk, memegang, mengunci dan mengumpil.

Gusti tangan

Gusti tangan Merupakan jenis permainan anjung ataupun dipanggil permainan beradu. Tujuan permainan ialah untuk merebahkan tangan lawan. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini adalah meja. Gelanggangnya adalah satu permukaan meja dengan lebarnya antara 0.6 hingga 0.8 meter dan dilukis dengan dua lengkang dengan garis pusat 0.1 meter untuk letak siku. Jarak antara dua lengkang (diukur pada pusat) ialah antara 30 cm hingga 40 cm.

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar