LIMSpec Wiki
Kandungan
Waktu Min Greenwich (Greenwich Mean Time, GMT)merujuk kepada zon masa Waktu Universal Selaras (UTC).
Waktu ini dahulunya merujuk kepada waktu min suria di Balai Cerap Diraja, Greenwich, London. Secara teorinya, tengah hari pada waktu ini ditandakan apabila matahari melewati Meridian Greenwich (dan mencapai titik tertinggi di langit di Greenwich). Kelajuan bumi yang tidak teratur dalam orbit lonjongnya menyebabkan kejadian ini bisa berubah-ubah dengan perbezaan sehingga sebanyak 16 minit melebihi waktu suria nyata (apparent solar time) - perbezaan ini dikenali sebagai persamaan waktu). Namun waktu tengah hari ini diambil rata-ratanya sepanjang tahun dengan menggunakan waktu suria.
Dengan berkembangnya United Kingdom sebagai sebuah negara maritim yang maju dengan suatu empayar yang semakin meluas, para pelaut menyelaraskan jam mereka mengikut waktu di Greenwich, untuk mengukur jauhnya longitud kedudukan mereka dari "meridian Greenwich"; keadaan ini langsung tidak mempengaruhi jam di atas kapal-kapal mereka sendiri yang menggunakan waktu suria. Penerapan kaedah ini yang digabungkan dengan kaedah Nevil Maskelyne untuk mengukur jarak bulan berdasarkan pengamatan di Greenwich lalu membawa kepada penggunaan GMT secara meluas sebagai rujukan waktu di seluruh dunia. Walau tidak memengaruhi waktu di tempat, hampir semua zon waktu berdasarkan rujukan ini dihitung sebagai beberapa jam (atau setengah jam) lebih cepat atau lebih lambat daripada waktu ini GMT.
Sebagai zon waktu
Waktu ini dipakai secara standard atau piawai pada kebanyakan musim di negara-negara berikut (maju satu jam - GMT+1 - pada musim panas).
- United Kingdom, (waktu musim panas: Waktu Musim Panas British (British Summer Time, BST)
- Republik Ireland, sebagai Waktu Piawai Ireland (Irish Standard Time, IST)[1]—secara rasmi menukar ke waktu GMT pada musim sejuk.
- Portugal (kecuali Azores)
Waktu ini digunakan secara standard sepanjang tahun di negara dan kawasan berikut:
- Iceland
- Burkina Faso
- Gambia
- Ghana
- Guinea
- Guinea-Bissau
- Côte d'Ivoire
- Liberia
- Mali
- Mauritania
- Republik Demokratik Arab Sahrawi
- Senegal
- Sierra Leone
- Togo
- Saint Helena, Pulau Ascension dan Tristan da Cunha (milik United Kingdom)
Lihat juga
Rujukan
- ^ Standard Time Act, 1968.
- Dumortier, J, Hannelore, D, & Loncke, M. (n.d.). "Legal Aspects of Trusted Time services in Europe" Diarkibkan 2007-06-29 di Wayback Machine. AMANO. Retrieved 8 July 2009. Diarkibkan 2007-06-29 di Wayback Machine
- Howse, D. (1997). Greenwich time and the longitude. London: Philip Wilson.
- Interpretation Act, R.S.C. 1985, c. I-21. (2005). CanLII. (Canadian statute)
- Interpretation Act 1978. UK Law Statute Database. (UK statute)
- Interpretation Act 2005. British and Irish Legal Information Institute. (Irish statute)
- Myers, J. (2007). History of legal time in Britain. Retrieved 4 January 2008.
- Seago, J.H., & Seidelmann, P. K. (c. 2001). National Legal Requirements for Coordinating with Universal Time. Steve Allen of University of California Observatories. Retrieved 8 July 2009.
- "Six pip salute". BBC News. Retrieved 9 July 2009.
- Standard Time Act, 1968. Irish Statute Book. Office of the Attorney General. (Irish statute)
- Standard Time (Amendment) Act, 1971. British and Irish Legal Information Institute. (Irish statute)
Pautan luar
- Waktu Min Greenwich
- Peta Zon Waktu Dunia dengan waktu terkini
- NIST — Skala Waktu Dunia
- Perkhidmatan Sistem Rujukan dan Putaran Bumi Antarabangsa
- Balai Cerap Diraja Greenwich
- Isyarat masa GMT Perkhidmatan Dunia BBC yang asal dalam format mp3
- Rodgers, Lucy (20 Oktober 2009). "At the centre of time". BBC News Online. BBC. Dicapai pada 20 Oktober 2009. (Inggeris)
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.