LIMSpec Wiki
Kandungan
Penampilan
<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2024 |
9 Jun merupakan hari ke-160 (hari ke-161 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 205 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari St. Colmcille di Ireland.
Peristiwa
- 68 – Maharaja Rom Nero membunuh diri selepas digulingkan oleh Senat.
- 884 - Imam Tirmidzi selesai menuliskan sebanyak 4,400 Hadith di dalam kitab Sunan al-Tirmizi.
- 1815 - Kongres Vienna (gambar) berakhir, melukis semula peta politik Eropah selepas kekalahan Napoleon Bonaparte dalam Perang Napoleon.
- 1885 - Perang China-Perancis: Perjanjian damai ditandatangani, China bersetuju menyerahkan Tonkin dan Annam (sebahagian besar kawasan Vietnam kini) kepada Perancis.
- 1934 - Donald Duck muncul buat pertama kalinya dalam kartun The Wise Little Hen.
- 1946 - Raja masih memerintah paling lama kini, Bhumibol Adulyadej menaiki takhta Thailand sebagai Rama IX.
- 1986 - Suruhanjaya Rogers menerbitkan laporannya tentang bencana bolak-balik angkasa lepas Challenger (gambar), menyimpulkan ia disebabkan rekaan salah gelang O.
- 2007 - Majlis akad nikah Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah bin Ahmad Badawi dengan Jeanne Abdullah selamat diadakan di Putrajaya.
- 2009 - Pelajar India merusuh di Melbourne dan Sydney akibat beberapa serangan terhadap orang India di Australia.
- 2010 - Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan pusingan keempat terhadap Iran kerana program nuklearnya.
Kelahiran
- 1952 - Yousaf Raza Gillani, Perdana Menteri Pakistan ke-22
- 1978 - Miroslav Klose, pemain bola sepak Bayern Munich
- 1984 - Wesley Sneijder, seorang pemain bola sepak
- 2007 - Maisha Kanna, pelakon wanita dan penyanyi Indonesia
Kematian
- Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, seorang bekas Ahli Parlimen Larut
- Matt Zimmerman, pelakon Kanada