LabLynx Wiki
Kandungan
Penampilan
<< | Mei | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
2024 |
29 Mei merupakan hari ke-149 (hari ke-150 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 216 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Demokrasi di Nigeria;
- Hari Penjaga Keamanan PBB Antarabangsa.
- Hari Wartawan Nasional di Malaysia
Peristiwa
- 1453 - Constantinopolis/Kustantiniyah jatuh kepada angkatan tentera Uthmaniyah pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih (gambar) mengakhiri Empayar Byzantium.
- 1548 - Binaan sekolah model Barat pertama dalam rantau Nusantara yang didirikan kelompok Yesuit pimpinan Francisco Xavier dibuka Pd. Francisco Peres dan Pd. Roque de Oliveira dalam pekarangan Gereja St. Paul di puncak Bukit Melaka.[1]
- 1660 - Pengembalian Inggeris: Charles II (gambar) menaiki takhta England pada Hari Oak Apple.
- 1900 - Ibu negara Chad N'Djamena diasaskan sebagai Fort-Lamy oleh komander Perancis Émile Gentil.
- 1914 - Kapal samudera RMS Empress of Ireland karam di Sungai Saint Lawrence selepas berlanggar dengan SS Storstad, menyebabkan 1,012 orang maut.
- 1919 - Pencerapan yang dibuat oleh ahli astrofizik Arthur Eddington sewaktu gerhana matahari mengesahkan sebahagian teori kerelatifan am Albert Einstein.
- 1953 - Pendaki Sir Edmund Hillary dan Sherpa Tenzing Norgay menjadi orang pertama sampai ke kemuncak Gunung Everest (gambar).
- 1999 - Olusegun Obasanjo menjadi Presiden Nigeria, ketua negara Nigeria yang pertama dipilih dari kalangan awam selepas 16 tahun pemerintahan tentera.
- 2011 - Presiden Abkhazia Sergei Bagapsh meninggal dunia akibat komplikasi pembedahan di Moscow.
- 2011 - Dalam perlumbaan kereta Formula Satu, Sebastian Vettel memenangi Grand Prix Monaco 2011.
- 2012 - Dua gempa bumi melanda utara Itali, menyebabkan 27 orang maut dan lebih 20,000 lagi hilang tempat tinggal.
Kelahiran
- 1917 - John F. Kennedy, Presiden Amerika Syarikat ke-35
- 1926 - Abdoulaye Wade, Presiden Senegal ke-3
- 1960 - Baron Hermanto, pelakon lelaki Indonesia
- 1979 - Arne Friedrich, pemain bola sepak Hertha BSC Berlin
- 1981 - Andrei Arshavin, pemain bola sepak Arsenal F.C.
Kematian
- 1973 - Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, seorang pelakon, penyanyi, pengubah lagu dan pengarah filem terkenal di layar perak.
- 2011 - Sergei Bagapsh, seorang Presiden Abkhazia ke-2
Rujukan
- ^ Cardon, R. (1938). Catholicism in the East and the diocese of Malacca, 1511-1888. The Paris Foreign Missions. m/s. 4-6. "As soon as he arrived there, Francis hastened to get the approbation of his friend the Viceroy, Don Afonso de Castro, for the opening at Malacca of a school. On the 28th May, 1548, Father Francisco Peres and Brother Roque de Oliveira arrived at Malacca where they were given an enthusiastic reception by the population and the clergy. The following day, de Oliveira opened the school in a house close to the Hospital. [...] Within a few days, 180 children frequented the school."