Clinfowiki
Kandungan
Badan induk tertinggi | Persatuan Biliard dan Snuker Profesional Dunia, Persekutuan Biliard dan Snuker Antarabangsa |
---|---|
Pertama kali dimainkan | tahun 1870-an |
Ciri-ciri | |
Contact | Tiada |
Jenis | Sukan kiu |
Kemunculan | |
Sukan Olimpik | diiktiraf Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa; membida kemasukan dalam temasya 2020[1] |
Snuker [snu-kĕr] dimainkan atas meja segi empat tepat berlapik kain hijau dengan poket di setiap empat penjuru dan tengah setiap sisi panjang meja tersebut. Pemain mesti menggunakan batang khas agar menolak bola putih (bola kiu, cue) agar ia bergerak melanggar (pot) mana-mana 22 biji bola berwarna dalam urutan yang betul, lalu mengumpulkan mata untuk setiap tolakan tersebut. Permainan (frame) dimenangi pemain yang mengumpul mata terbanyak; perlawanan pula dimenangi pemain yang memenangi beberapa pusingan frame yang telah ditetapkan.
Sukan ini mula dimainkan dalam kalangan pegawai Tentera Darat British di Etawah, India pada lewat abad ke-19[2] hasil pengubahsuaian daripada permainan biliard yang wujud terlebih dahulu. Peraturan-peraturannya mula ditetapkan oleh Neville Chamberlain yang turut mempopularkan permainan ini di kediamannya di Ooty seawal tahun 1884.[3] Istilah asal "snooker" itu sendiri merupakan slanga yang merujuk kepada kadet tahun pertama serta anggota yang kurang berpengelaman, namun nama tersebut kuat dikaitkan dengan sukan ini melalui penggunaan oleh Chamberlain yang menceritakan ketidakcekapan salah satu rakan sejawatnya bermain permainan tersebut.[2]
Cara bermain
Objektif permainan ini adalah untuk mendapatkan lebih banyak mata daripada lawan dengan menyingkirkan bola objek (object balls) mengikut urutan yang betul. Bola diletakkan seperti yang ditunjukkan di gambarajah pada permulaan permainan, dan pemain kemudian mengambil giliran untuk menolak bola menggunakan hujung batang kiu untuk menyingkirkan salah satu bola merah ke dalam saku lalu sama ada untuk meraih satu mata atau sekurang-kurangnya mengelakkan membuat tembakan faul. Jika penyerang menyingkirkan bola merah, dia harus kemudian menyingkirkan salah satu dari enam bola yang berwarna selain merah). Jika pemain berjaya menyingkirkan kesemua bola berwarna ini, nilai bola yang tersingkir ditambah pada skor pemain, dan bola dikembalikan kepada posisi awalnya di meja. Selepas itu, pemain harus menyingkirkan bola merah yang lain, kemudian yang lain warna, dan begitulah seterusnya. Proses ini terus sampai penyerang gagal menyingkirkan bola yang dikehendaki, di mana lawan datang ke meja untuk bermain pusingan berikutnya.
Permainan ini berterusan sehingga kesemua bola merah disingkirkan lalu hanya enam biji bola berwarna lain yang tinggal di atas meja. Pada saat ini bola-bola berwarna hendaklah disingkirkan mengikut turutan nilai mata yang paling kurang:
- kuning (dua mata);
- hijau (3);
- perang (4);
- biru (5);
- merah jambu (6); dan akhirnya,
- hitam (7).
Sebaik sahaja bola terakhir disingkirkan, pemain dengan mata paling banyak akan menang.[4] Sekiranya kedua-dua pemain meraih skor yang sama setelah kesemua bola disingkirkan, bola hitam diletakkan kembali di atas meja sebagai pemutus seri. Pemain boleh juga mengalah kerangka sementara mogok jika beranggapan mata yang ada tidak cukup untuk mengalahkan skor lawan; keadaan ini sering dihadapi dalam permainan tahap profesional.
Peralatan
- Meja
- Permukaan bermain yang berukuran 11 kaki 8.5 inci kali 5 kaki 10 inci untuk saiz penuh piawai dengan enam lubang poket, satu di setiap sudut dan satu di tengah sisi panjang meja.
- Bola
- 22 biji (15 warna merah, 6 warna lain yang pelbagai termasuk 1 biji bola kiu putih), setiap satunya berdiameter 52.5 mm atau 21⁄16 inci.
- Kiu
- Batang kayu atau gentian kaca yang meruncing dan (biasanya) berhujung kulit, digunakan untuk menyerang bola kiu.
- Kapur hujung kiu
- Campuran yang lebih dihasilkan daripada sebatian berasaskan silika ini memastikan sentuhan baik antara batang dan bola kiu.
- Sambungan
- Baton pendek yang dipasangkan pada hujung batang kiu untuk memukuk bola pada jarak yang lebih jauh dari pemain.
- Perehat
- Kayu dengan hujung berbentuk X digunakan untuk menyokong kiu ketika bola susah dicapai.
- Penanda bola
- Alat pelbagai guna dengan takuk berbentuk "D" digunakan pengadil untuk menandakan kedudukan bola.
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Snooker bids to be included in 2020 Olympics in Tokyo" Diarkibkan 16 Oktober 2015 di Wayback Machine, BBC Sport, 22 Januari 2015, (Dicapai pada 28 April 2015)
- ^ a b Maume, Chris (25 April 1999). "Sporting Vernacular 11. Snooker". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Februari 2017. Dicapai pada 25 Februari 2007. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Hughes-Games, Martin (16 Jun 2014). "Ooty, India: back in time to the birthplace of snooker". The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2017. Dicapai pada 8 Februari 2017. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Official Rules of the Games of Snooker and English Billiards" (PDF). The World Professional Billiards & Snooker Association Limited. November 2014. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 23 April 2016. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)