Clinfowiki

Erg Chebbi, Maghribi.

Dalam geografi fizik, gumuk ialah bukit pasir yang terbina sama ada dengan angin atau aliran air. Gumuk terjadi dalam bentuk dan saiz berbeza-beza, terbentuk dengan saling tindak aliran udara atau air. Kebanyakan jenis gumuk adalah lebih panjang pada bahagian arah angin tempat pasir ditolak ke atas gumuk dan mempunyai "cerun muka" dalam lindung angin. Lembah atau palung di antara gumuk dipanggil genang. "Lapangan gumuk" ialah kawasan yang dilitupi dengan gumuk pasir berlebihan. Lapangan gumuk besar dikenali sebagai erg.

Sesetengah kawasan pinggir laut mempunyai satu atau lebih set gumuk mengajur selari dengan garis pesisir di darat terus dari pantai. Dalam kebanyakan kes, gumuk adalah pentik dalam perlindungan tanah melawan kebinasaan berpotensi oleh ombak ribut dari laut. Sungguhpun gumuk yang paling meluas tertabur ialah yang berkaitan dengan rantau pinggir laut, kompleks gumuk terbesar dijumpai di darat di rantau kering dan berkaitan dengan dasar tasik atau laut.

Gumuk juga terbentuk di bawah tindakan aliran air (proses fluvium), dan di atas dasar pasir atau kelikir sungai, muara dan dasar laut.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar