Clinfowiki
Kandungan
Dekad (bahasa Inggeris: decade, juga dekade Ind.) atau dasawarsa merupakan tempoh masa sepuluh tahun.
Perkataan "dekad" dan "dekade" masing-masing dari bahasa Inggeris dan Belanda seakar dari Bahasa Yunani Kuno: δεκάς , dekas yang bermaksud sepuluh serangkai melalui Bahasa Perancis Lama.[1] "Dasawarsa" pula berasal dari bahasa Sanskrit दश dasa "sepuluh"[2] dan वर्ष varṣa "tahun"[3] melalui bahasa Jawa. Dekad boleh digunakan untuk menyifatkan mana-mana tempoh sepuluh tahun, seperti tempoh sepuluh tahun kehidupan seseorang, atau merujuk kepada pengelompokan tertentu tahun-tahun sesebuah takwim.
Penggunaan
Tahun | 1 | 2 | 3 | ... | 9 | 10 | 11 | 12 | ... | 19 | 20 | ... | 2000 | 2001 | 2002 | ... | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 | ... | 2019 | 2020 | 2021 | 2022 | ... | 2029 | 2030 |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Dekad 0-ke-9 | 0-an | 10-an | ... | 2000-an | 2010-an | 2020-an | ... | |||||||||||||||||||||
Dekad 1-ke-0 | 1–10 | 11–20 | ... | 2001–2010 | 2011–2020 | 2021–2030 |
Lihat juga
Rujukan
- ^ Rujukan dibandingkan:
- "decade - Origin and meaning". Etymology Online. Dicapai pada 4 Jun 2020.
- M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "decade (tijdperk van 10 dagen)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
- ^ दश Spoken Sanskrit Dictionary. Dicapai pada 4 Jun 2020.
- ^ वर्ष Spoken Sanskrit Dictionary. Dicapai pada 4 Jun 2020.