Clinfowiki
Kandungan
Barcelona | |||||
Barcelona dari udara | |||||
| |||||
Lokasi | |||||
---|---|---|---|---|---|
Koordinat : 41°23′N 2°11′E / 41.383°N 2.183°E Zon masa : CET (GMT +1) • Musim panas: CEST (GMT +2) | |||||
Maklumat am | |||||
Nama tempatan | Barcelona (Catalan) | ||||
Nama Sepanyol | Barcelona | ||||
Panggilan | Ciutat Comtal (Kota Count) | ||||
Poskod | 08001–08080 | ||||
Kod kawasan | 34 (Sepanyol) + 93 (Barcelona) | ||||
Laman sesawang | http://www.bcn.cat/ | ||||
Pentadbiran | |||||
Negara | Sepanyol | ||||
Komuniti berautonomi | Catalonia | ||||
Wilayah | Barcelona | ||||
Comarca | Barcelonès | ||||
Bahagian pentadbiran | 10 | ||||
Kejiranan | 45 | ||||
Datuk bandar | Jordi Hereu i Boher (PSC) | ||||
Geografi | |||||
Keluasan | 100.4 km² | ||||
Altitud | 12 m AMSL | ||||
Penduduk | |||||
Penduduk | 1,605,602 (2006) | ||||
- kedudukan dalam Sepanyol: | 2 | ||||
Ketumpatan | 15,969 hab./km² (2006) |
Barcelona (Bahasa Catalan IPA: [bəɾsəˈlonə], Bahasa Sepanyol IPA: [baɾθeˈlona]) atau Barsyalunah (Arab: بَرْشَلُونة, rumi: Barsyalūnah )[1] bandar raya terbesar kedua dan paling ramai penduduk di Catalonia barat Sepanyol, merupakan ibu kota negeri ini. Kependudukannya sebanyak 1,605,602 orang dan 3,161,081 orang di Kawasan Metropolitan pada tahun 2006. Ia terletak di pantai timur Laut Mediterranean ( ), di antara muara sungai-sungai Llobregat dan Besòs, dan dihadkan ke barat oleh rabung Serra de Collserola (512 m).
Barcelona ialah pusat ekonomi yang utama. Ia memiliki salah satu pelabuhan Mediterranean yang utama, dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Barcelona merupakan lapangan kapal terbang yang kedua terbesar di Sepanyol. Diasaskan sebagai sebuah kota Rom, Barcelona kemudian menjadi ibu kota kepada para count Barcelona serta Kerajaan Aragon. Banyak kali dikepung dalam sejarahnya, Barcelona pada hari ini merupakan sebuah pusat kebudayaan yang penting serta destinasi pelancong yang utama kerana warisan kebudayaan yang kaya. Karya seni bina Antoni Gaudí dan Lluís Domènech i Montaner yang terkenal telah ditetapkan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia.
Sebagai ibu negeri Catalonia, Barcelona merupakan pusat kerajaan Catala yang dikenali sebagai Generalitat de Catalunya; badan kerajaan yang paling penting ialah cabang eksekutif, parlimen dan Mahkamah Agung Catalonia. Bandar raya ini juga merupakan ibu kota kepada kaunti (comarca) Barcelonès.
Sejarah
Terdapat dua buah legenda yang berbeza tentang asal Barcelona. Legenda yang pertama mengatakan bahawa kota ini diasaskan oleh Hercules, 400 tahun sebelum pengasasan Rom, dan dibina semula pada abad ke-3 SM oleh Hamilcar Barca dari Carthage (bapa Hannibal) yang menamainya sebagai Barcino, sempena nama keluarganya. Legenda yang kedua pula mengatakan bahawa kota ini diasaskan hanya oleh Hamilcar Barca.[2]
Pada sekitar tahun 15 SM, orang Rom membentuk semula kota itu sebagai castrum (kem tentera Rom) yang dipusatkan pada "Mons Taber", sebuah bukit berhampiran dengan dewan bandar raya sezaman (Plaça de Sant Jaume). Di bawah orang Rom, ia merupakan sebuah tanah jajahan dengan nama keluarga Faventia [3] atau nama penuhnya, Colonia Faventia Julia Augusta Pia Barcino [4] atau Colonia Julia Augusta Faventia Paterna Barcino. Mela [5] menyebut kota itu antara pekan-pekan daerah yang lain, mungkin kerana Barcelona tenggelam oleh jirannya, Tarraco (Tarragona moden). Menurut karya penulis-penulis yang kemudian, kota ini kemudian beransur-ansur menjadi penting dan kaya, dan disayangi kerana lokasi dan pelabuhannya yang unggul.[6] Kota ini mencetak duit syiling sendiri, dengan sesetengahnya dari zaman Galba masih wujud.
Sesetengah puing Rom yang penting didedahkan di bawah Plaça del Rei, pintu masuk melalui muzium bandar raya (Museu d'Història de la Ciutat), dengan perancangan grid Rom yang umum masih dapat dilihat pada hari ini dalam susun atur pusat sejarah, Barri Gòtic ("Kawasan Goth"). Sesetengah serpihan tembuk Rom telah dimasukkan ke dalam binaan gereja La Seu [7] yang dikatakan dibina pada tahun 343. Kota itu ditaklukkan oleh tentera Visigoth pada awal abad ke-5, dan oleh tentera Moor pada awal abad ke-8. Louis, anak lelaki Charlemagne, menewaskan amir Moor pada 801 dan menjadikan kota itu sebagai Marca Hispanica Carolinga, zon penimbal yang diperintah oleh count Barcelona. Ketika dijarah oleh Al-Mansur pada tahun 985, Barcelona masih merupakan sebuah wilayah perbatasan Kristian.
Para count Barcelona menjadi semakin bebas dan memperluas wilayah mereka sehingga merangkumi semua kawasan Catalonia. Kemudiannya pada abad ke-13, Kerajaan Aragon menaklukkan banyak tanah jajahan di luar negeri, dan memerintah Laut Mediterranean barat serta wilayah-wilayah yang jauh dari Naples dan Sicily sehingga Athens. Hubungan dinasti yang diikat antara Kerajaan Aragon dengan Kerajaan Castile menandakan permulaan kemerosotan Barcelona.
Rujukan
- ^ Lihat:
- König, Daniel G. (2015). Arabic-Islamic Views of the Latin West: Tracing the Emergence of Medieval Europe. Oxford: Oxford University Press. m/s. 202–5. ISBN 978-0-19-873719-3.
- Hussayn Mu'nis (1987). أطلس تاريخ الإسلام [Atlas dalam Sejarah Islam] Kaherah: Al-Zahraa. ISBN 977-1470-49-3. m/s. 165.
- ^ Oros. vii. 143; Miñano, Diccion. vol. i. p. 391; Auson. Epist. xxiv. 68, 69, Punica Barcino.
- ^ Plin. iii. 3. s. 4
- ^ Inscr. ap. Gruter, m.s. 426, no. 5, 6.
- ^ ii. 6
- ^ Avien. Or. Mar. 520: "Et Barcilonum amoena sedes ditium."
- ^ Roman walls, Barcelona