Bioinformatics Wiki

Sunting pautan
Bola tenis

Tenis ialah sejenis permainan yang menggunakan raket dan bola dan dimainkan di sebuah gelanggang yang dibahagi dua oleh sebuah jaring.

Sejarah awal

Tenis ternyata merupakan olahraga yang sudah lama. Terakam pada pahatan yang dibuat sekitar 1500 tahun sebelum masihi di dinding sebuah kuil di Mesir yang menunjukan permainan bola tenis dan dimainkan pada upacara keagamaan. Permainan ini kemudian meluas ke seluruh Eropah pada abad ke-8.

Pada awalnya tenis dimainkan dengan menggunakan tangan atau sebuah tongkat yang dipukulkan berganti-ganti menggunakan sebuah bola dari kayu yang padat. Permainan ini kemudian berkembang lagi menjadi permainan bola dengan dipukulkan melintasi sebuah dinding penghalang,kerana pada saat itu dirasakan bahawa kawalan bola lebih terasa menggunakan tangan, maka media yang berkembang pada waktu itu adalah dengan menggunakan sarung tangan kulit. Bola berevolusi dari sebuah bola kayu padat menjadi bola dari kulit yang diisi oleh dedak kulit padi.

Sukan ini sangat berkembang di Perancis waktu itu. Pada abad 16-18 telah banyak dimainkan. Terutamanya oleh kalangan raja-raja dan para bangsawan dengan nama ‘Jeu de Palme’. Perkataan Tenis sendiri dipercaya berasal daripada pemain Perancis yang sering menyebut kata ‘Tenez’ yang bererti “Main” pada saat bermulanya permainan dan hingga sekarang kata tersebut digunakan sebagai nama sukan ini. Tenis kemudian berkembang hingga ke England dan juga ke Sepanyol, Itali, Belanda, Switzerland dan Jerman. Namun tenis mengalami kemunduran saat terjadinya revolusi Perancis dan berkuasanya Napoleon Bonaparte di Eropah.

Pada abad 19 barulah tenis muncul kembali oleh para bangsawan Inggeris dengan membangunkan gelanggang-gelanggang tenis di rumahnya yang besar. Kerana pada waktu itu tenis popular dimainkan di halaman rumput, maka terkenal dengan sebutan ‘Lawn Tennis’ atau tenis bergelanggangkan rumput. Pada masa ini juga mula muncul bola dari getah vulkanisir yang pada waktu itu dianggap dapat mengurangkan kerosakan rumput di gelanggang.

Perkataan Lawn Tennis berasal dari seorang Inggeris bernama Arthur Balfour. Sejak gelanggang rumput diperkenalkan, orang mula membuat eksperimen dengan memainkannya di permukaan lain seperti tanah liat dan simen. Puncaknya terjadi pada tahun 1869 ketika salah satu kelab croquet ternama di Inggeris, All England Croquet Club, tidak berhasil menarik banyak peminat dan mencuba untuk memasukan tenis sebagai sukan lainnya. Hasilnya kelab ini sangat sukses menarik peminat terutama pada permainan Tenis tersebut hingga pada tahun 1877 mengganti namanya menjadi ‘All Engand Croquet and Lawn Tennis Club’. Sejarah ini berlanjut ketika lokasi kelab yang bertempat di Wimbledon terjadi kenaikan sewa yang memaksa kelab untuk mendapatkan dana lebih dari kebiasaanya. Oleh kerana itu kelab mengadakan pertandingan tenis pertama di Wimbledon dengan membentuk sebuah panitia untuk mengadakan pertandingan dan membuat peraturan yang baku dalam permainan ini.pertandingan tersebut disertai oleh 20 peserta dengan penonton sekitar 200 orang dan ini merupakan pertandingan Wimbledon pertama di dunia.

Gelanggang

Saiz gelanggang permainan untuk perseorangan ialah 8.23 meter lebar dan 23.77 meter panjang manakala untuk permainan untu beregu pula ialah 10.97 lebar dan 23.77 panjang.

Kejuaraan Tenis

Ada beberapa turnamen tenis yang terkenal:

Cekak

Tiga cekak utama yang penting dalam permainan ialah cekak timuran (eastern grip), cekak barat (western grip) dan cekak kontinental (continental grip). Cekak ini terbahagi kepada dua bahagian pula iaitu bahagian hadapan dan bahagian belakang.


Pertandingan Pertandingan diadakan mengikut jantina dan jumlah pemain. Kategori bagi pertandingan biasanya termasuk perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu(di mana dua pemain yang sama jantina bermain), serta beregu campuran(di mana dua pemain berlainan jantina bermain). Terdapat juga pertandingan untuk orang kurang upaya. Dalam empat pertandingan 'grand slam' hanya 128 peserta akan bertanding.


Senarai Pemain dan Ranking

Rank Name

  1. Novak Djokovic
  2. Rafael Nadal
  3. Roger Federer
  4. Andy Murray
  5. Robin Soderling
  6. Nikolay Davydenko
  7. Tomas Berdych
  8. Juan Martin Del Potro
  9. Fernando Verdasco
  10. Jo-Wilfried Tsonga

Pautan luar