Bioinformatics Wiki
Kandungan
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2008. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2008 (nombor).
Milenium: | milenium ke-3 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
2008 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Selasa dalam takwim Gregorius. Ia berlangsung dari 22 Zulhijah 1428 hingga 3 Muharam 1430.
Dalam astrologi Cina, kebanyakan daripada 2008, bermula daripada Februari 7, akan bertindih dengan Tahun Tikus (Tarikh-tarikh sebelum Februari 7 adalah sebahagian daripada Tahun Khinzir). Tahun Tikus akan berulang lagi pada tahun 2020.
Peristiwa
Januari
- 1 Januari - Merokok diharamkan di semua tempat awam (termasuk bar dan restoran) di Portugal.
- 1 Januari - Cyprus, Malta, dan Akrotiri dan Dhekelia mula menggunakan mata wang euro.
- 2 Januari - Harga petroleum meningkat kepada AS$100 untuk satu tong.
- 2 Januari - Menteri Kesihatan Malaysia Chua Soi Lek meletak jawatan akibat skandal seksnya dengan seorang kawan perempuan.
- 3 Januari - Sebuah bom kereta meletup di Diyarbakir, Turki, membunuh sekurang-kurangnya 4 orang dan mencederakan 68 yang lain.
- 5 Januari - Rali Dakar ke-30 dibatalkan disebabkan oleh ketegangan politik dan juga pembunuhan empat pelancong Perancis di Mauritania.
- 8 Januari - Satu cubaan pembunuhan presiden Maldives Maumoon Abdul Gayoom terhalang selepas seorang pengakap merebut pisau penyerang tersebut. Penyerang itu kemudian berjaya ditangkap polis.
- 10 Januari - Pengeluar kereta India Tata Motors mempamerkan kereta pengeluaran termurah di dunia, Tata Nano, berharga Rs 100,000 (AS$ 2,500).
- 12 Januari - Sebuah helikopter Mil Mi-17 milik tentera Macedonia terhempas dalam kabus tebal di tenggara Skopje, mengorbankan kesemua 11 anggota tentera di dalamnya.
- 14 Januari - Pada 19:04:39 UTC, kuar angkasa lepas MESSENGER berada pada jarak terdekat dengan planet Utarid (gambar) semasa terbang lalu pertamanya.
- 15 Januari - Mahkamah Persekutuan Australia mengarahkan sebuah syarikat pemburuan ikan paus Jepun untuk berhenti menyelidik pemburuan dalam Zon Ekonomi Ekslusif Australia.
- 21 Januari - Pasaran saham di seluruh dunia jatuh menjunam di tengah-tengah ketakutan terjadinya kemelesetan di A.S., dipacu krisis gadai janji subprima 2007.
- 22 Januari - Rusia mengadakan latihan ketenteraan laut terbesar sejak kejatuhan Kesatuan Soviet di Teluk Biscay, melibatkan kapal pengangkut pesawat Admiral Kuznetsov, 11 kapal sokongan dan 47 pesawat pengebom jarak jauh.
- 23 Januari - Pesawat EADS CASA C-295 Tentera Udara Poland terhempas ketika mendarat di Pangkalan Udara ke-12 berhampiran Mirosławiec, menyebabkan semua 20 kakitangan di atasnya maut.
- 23 Januari - Ribuan rakyat Palestin memasuki Mesir, apabila tembok sempadannya dengan Gaza di Rafah diletupkan oleh militan.
- 24 Januari - Satu perjanjian damai mengakhiri Perang Kivu di Republik Demokratik Congo.
- 25 Januari - Ribut salji terburuk China sejak 1954 mengorbankan 133 orang, dan menyebabkan bocoran kuasa meluas di bahagian tengah dan selatan negara itu.
Februari
- 2 Februari - Para pemberontak menyerang ibu negara Chad, N'Djamena.
- 4 Februari - Iran membuka pusat angkasa lepas pertamanya dan melancarkan roket ke angkasa lepas.
- 4 Februari - Seorang pengebom berani mati Palestin membunuh 1 dan mencederakan 13 lagi di Dimona, Israel.
- 5 Februari - Kemelesetan ekonomi: Pasaran saham A.S. S&P 500 jatuh 3.2% manakala Indeks Perindustrian Dow Jones turun 370 mata.
- 5–6 Februari - Letusan puting beliung membunuh 58 orang di selatan Amerika Syarikat, yang terburuk sejak 23 tahun.
- 7 Februari - STS-122: Bolak-balik angkasa lepas Atlantis berlepas untuk menghantar makmal sains Columbus binaan Eropah ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
- 10 Februari - Kebakaran Namdaemun 2008 merosakkan Namdaemun dengan teruk, Harta Kebangsaan Korea Selatan yang pertama.
- 10 Februari - Mesir memenangi Piala Negara Afrika 2008, menewaskan Cameroon 1-0.
- 11 Februari - Presiden Timor Leste José Ramos-Horta cedera parah dalam serangan askar pemberontak ke atas rumahnya. Pemimpin pemberontak Alfredo Reinado pula terbunuh.
- 13 Februari - Perdana Menteri Australia Kevin Rudd meminta maaf secara rasmi bagi pihak Parlimen negara terhadapatas polisi-polisi pengambilan paksa anak-anak masyarakat peribumi negara tersebut dilakukan kerajaan-kerajaan sebelumnya.
- 17 Februari - Satu pengeboman berani mati oleh anggota Taliban membunuh sehingga 80 orang di Kandahar, Afghanistan.
- 17 Februari - Parlimen Kosovo secara rasmi mengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia, dengan disokong beberapa negara.
- 18 Februari - Parti Rakyat Pakistan memperoleh undi terbanyak dalam pilihan raya umum Pakistan.
- 19 Februari - Fidel Castro (gambar) mengumumkan persaraan sebagai Presiden Cuba.
- 19 Februari - Toshiba mengumumkan pemberhentian penghasilan peralatan HD DVD, mengakhiri perang format definisi tinggi dengan Cakera Blu-ray.
Mac
- 8 Mac - Pilihan raya Umum ke-12 telah diadakan di Malaysia. Ini adalah kali pertama sejak pilihan raya 1969 di mana parti Barisan Nasional gagal mendapat majoriti dua per tiga (2/3) di Dewan Rakyat.
Mei
Jun
- 2 Jun - Panggungwayang di Amerika Syarikat (Universal) terbakar dengan api yang marak.
Julai
- 6 Julai - Perhimpunan anjuran Sekretariat Gabungan Memprotes Harga Minyak (Protes) diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Selangor, Malaysia.
Ogos
- 26 Ogos - Pilihan raya kecil Permatang Pauh, Malaysia diadakan setelah Ahli Parlimen P44 Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatannya pada 31 Julai 2008.
- 29 Ogos - Perarakan bantahan konsert Avril Lavigne ke Stadium Merdeka diadakan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).
September
- 24 September - Android 1 dilancarkan.
Oktober
- 15 Oktober - Kerajaan Malaysia mengisytiharkan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan haram.
Disember
- 18 Disember - Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) menyerahkan memorandum yang mengandungi enam tuntutan kepada Kerajaan Malaysia dan pembangkang di Parlimen.
Kelahiran
- 27 Februari - Muhammad Syakir Rafiq Jamaludin, pelakon lelaki Malaysia
- 7 Mac - Ali Fikry, pelakon lelaki Indonesia
- 3 Julai - Alfi Nursyam Husen, pelakon lelaki Malaysia
- 5 Julai - Dainnel Aqashah, pemain bola sepak Malaysia
- 3 September - Sridevi, penyanyi dangdut dan pelakon wanita Indonesia
- 18 Oktober - Mohamad Haiqal Mohamad Rafaie, pelakon lelaki Malaysia
- 16 November - Basmalah Gralind, pelakon wanita Indonesia
Kematian
Januari
- 11 Januari - Edmund Hillary, pendaki gunung, pengembara dan budiman dari New Zealand (lahir 1919)
- 22 Januari - Heath Ledger, pelakon Australia (lahir 1979)
- 27 Januari - Suharto, presiden ke-2 Indonesia (lahir 1921)
Mei
- 17 Mei - Sophan Sophiaan, Aktor Indonesia (lahir 1944)
Disember
- 27 Disember - Kemangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (diputerakan 19 Julai 1922)