Trends in LIMS
Kandungan
Kerajaan Kemboja كراجاءن كمبوجا ព្រះរាជាណាចក្រកម្ពុជា Preăh Réachéanachâkr Kâmpŭchea | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: ជាតិ សាសនា ព្រះមហាក្សត្រ Chéatĕ, Sasânéa, Preăh Môhaksâtr "Bangsa, Agama, Raja" | |||||
Lagu kebangsaan: Nokoreach | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Phnom Penh | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Khmer | ||||
Kerajaan | Raja Berperlembagaan | ||||
• Raja | Norodom Sihamoni | ||||
Hun Manet | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 181,035 km2 (69,898 bt2) (88) | ||||
2.5 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2013 | 15,205,539[1] (65) | ||||
• Bancian Penduduk 2008 | 13,388,910[2] | ||||
81.8/km2 (211.9/sq mi) (118) | |||||
KDNK (PPP) | 2013 | ||||
• Jumlah | $43.20 billion[3] | ||||
$2,776[3] | |||||
KDNK (nominal) | 2013 | ||||
• Jumlah | $17.25 bilion[3] | ||||
$1,108[3] | |||||
Gini (2007) | 43[4] sederhana | ||||
HDI (2013) | ▲ 0.584[5] sederhana · 136 | ||||
Mata wang | Riela ( KHR ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +855 | ||||
Kod ISO 3166 | KH | ||||
DPT internet | .kh | ||||
|
Kemboja (Khmer: កម្ពុជា , Kampuchea) atau nama rasminya Kerajaan Kemboja (Khmer: ព្រះរាជាណាចក្រកម្ពុជា , Preăh Réachéanachâkr Kâmpŭchéa) ialah sebuah negara yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Indochina di Asia Tenggara. Jumlah keluasan tanahnya 181,035 kilometer persegi. Ia bersempadan dengan Thailand di barat laut, Laos di timur laut, Vietnam di timur, dan Teluk Thailand di barat daya. Ibu negara dan bandar raya terbesarnya Phnom Penh, iaitu pusat politik, ekonomi dan kebudayaan negara tersebut.
Dengan seramai 15 juta penduduk, Kemboja merupakan negara ke-69 paling ramai penduduknya di dunia. Agama rasminya adalah agama Buddha aliran Theravada yang dianuti oleh kira-kira 95 peratus penduduknya. Antara kaum minoriti negara Kemboja adalah orang-orang Vietnam, Cina, Cham, dan 30 suku hulu.[7] Negara raja berperlembagaan ini dinaungi oleh Norodom Sihamoni, iaitu raja yang terpilih selaku ketua negara oleh Majlis Takhta Diraja. Ketua kerajaan pula adalah Hun Sen yang kini merupakan pemimpin bukan raja yang paling lama berkhidmat di Asia Tenggara dan telah memerintah Kemboja selama lebih 25 tahun.
Pada tahun 802 M, Jayavarman II menobatkan dirinya sebagai raja dan menandakan permulaan Empayar Khmer yang mekar selama lebih 600 tahun, membolehkan raja demi raja menakluki sebahagian besar wilayah Asia Tenggara di samping mengaut kuasa dan kekayaan yang teramat. Kerajaan keindiaan ini meninggalkan kuil-kuil tersergam dan bersejarah seperti Angkor Wat yang kini merupakan Tapak Warisan Dunia, serta memudahkan penyebaran agama Hindu disusuli agama Buddha ke sebahagian besar Asia Tenggara. Setelah jatuhnya Angkor ke tangan Ayutthaya pada abad ke-15, Kemboja diperintah sebagai negeri lindungan di kalangan jiran-jirannya.
Kemboja menjadi naungan Perancis pada tahun 1863, kemudian merdeka pada 1953. Perang Vietnam melimpahi Kemboja ketika Khmer Rouge merampas Phnom Penh pada 1975 lalu menjalankan Genosid Kemboja hingga tahun 1979 apabila mereka digulingkan oleh Vietnam dan kemudian menentang pemerintahan Republik Rakyat Kampuchea yang disokong oleh Vietnam dalam Perang Kemboja–Vietnam (1979-1991). Ekoran Perjanjian Damai paris 1991 Kemboja ditadbir sementara oleh sebuah misi Bangsa-Bangsa Bersatu (1992-1993). PBB berundur setelah mengadakan pihihan raya yang disertai oleh sekitar 90 peratus pengundi berdaftar. rampasan kuasa pada tahun 1997 meletakkan kuasa mutlak kepada Perdana Menteri Hun Sen dan Parti Rakyat Kemboja yang masih berkuasa setakat tahun 2015.
Kemboja merupakan sebuah "negeri pasaran bebas sedikit komunis dengan kerajaan campuran agak autoritarian yang memerintah negara demokrasi superfisial."[8] Negara ini berdepan dengan banyak cabaran dan isu sosiopolitik, termasuklah kemiskinan berleluasa,[9] amalan rasuah berleluasa,[10] kurangnya kebebasan berpolitik,[11] pembangunan insan rendah,[12] dan kadar kelaparan yang tinggi.[13][14][15]
Biarpun rendah pendapatan, namun ekonomi Kemboja mencatatkan rekod pertumbuhan terbaik di Asia dengan purata pertumbuhan sebanyak 6 peratus dalam sedekad yang lalu. Sektor ekonomi paling utamanya masih pertanian di samping pertumbuhan sihat dalam industri tekstil, pembinaan, pakaian dan pelancongan yang menjurus kepada peningkatan pelaburan asing serta perdagangan antarabangsa.[16]
Etimologi
Nama kuno Kemboja adalah "Kambuja" (Sanskrit: कंबुज ).[17] Endonim Kâmpŭchéa datang daripada nama bahasa Sanskrit कम्बोजदेश Kambojadeśa terdiri daripada देश Deśa ("tanah" atau "negara") dan कम्बोज "keturunan Kambu" (seorang pendeta India lagenda), yang bermaksud kepada mitos penubuhan kerajaan Khmer purba yang pertama.[18]
Sejarah
Wilayah yang kini dikenali sebagai negara Kemboja telah diduduki oleh manusia semenjak alaf ke-5 SM.[19] Kerajaan Funan purba menakluki kawasan yang lebih luas, malah pada ketika itulah budayanya sarat dengan pengaruh agama Hindu. Maka bangkitnya kerjaan Chenla. Empayar Khmer menikmati zaman kegemilangan pada abad ke-9 hingga abad ke-13 ketika terbinanya kompleks-kompleks kuil tesergam, terutamanya Angkor Wat.
Kemboja dikunjungi oleh mubaligh Sepanyol dan Portugis sejak abad ke-16, kemudian dijadikan negeri naungan Perancis pada abad ke-19 sebagai sebahagian daripada Indochina Perancis. Kemboja merdeka pada tahun 1953 sebagai negara beraja pimpinan Norodom Sihanouk. Kemboja dilimpahi oleh Perang Vietnam yang menyebabkan bangkitnya Khmer Rouge yang merampas tampuk pemerintahan pada 1975 dan menjalankan pembasmian kaum. Ekoran pencerobohan Vietnam, Khmer Rouge digulingkan dan digantikan dengan Republik Rakyat Kampuchea. Setelah bertahun-tahun terpencil, negara yang runtuh akibat perang ini disatukan semula dengan pemerintahan beraja pada 1993 dan menyaksikan pembangunan ekonomi pesat sambil membina semula dari sisa kebinasaan perang.
Politik
Politik negara Kemboja dilangsungkan dalam kerangka perlembagaan negara 1993. Kerajaan Kemboja merupakan sisten raja berperlembagaan yang dikendalikan sebagai demokrasi berparlimen. Ketua kerajaan adalah jawatan Perdana Menteri Kemboja yang dipegang oleh Hun Sen sejak 1985, sedangkan ketua negara adalah Raja Kemboja (kini Norodom Sihamoni). Perdana Menteri dilantik oleh raja atas nasihat dan kelulusan Perhimpunan Negara. Kuasa eksekutif dilaksanakn oleh perdana menteri dan para lantikan kementerian.
Kuasa perundangan dikongsi oleh eksekutif dan Parlimen dwidewan yang terdiri daripada Perhimpunan Negara (រដ្ឋសភាកម្ពុជា , Rotsaphea) dan Senat (ព្រឹទ្ធសភានៃព្រះរាជាណាចក្រកម្ពុជា , Protsaphea). Perhimpunan Negara terdiri daripada 123 ahli yang dipilih melalui sistem perwakilan berkadar dan berkhidmat untuk sehingga lima tahun sepenggal. Senat pula ada 61 ahli, dua daripadanya dilantik oleh raja dan dua lagi oleh Perhimpunan Negara, dan yang selebihnya dipilih oleh ahli-ahli majlis komun daripada 24 wilayah Kemboja. Senator berkhidmat selama enam tahun sepenggal.[20]
Pada 14 Oktober 2004, Raja Norodom Sihamoni dipilih oleh majlis takhta sembilan ahli dalam tatacara pemilihan yang segera dilaksanakan selepas turunnya Raja Norodom Sihanouk dari takhta seminggu sebelum itu. Pemilihan Sihamoni direstui oleh Perdana Menteri Hun Sen dan Yang Dipertua Dewan Perhimpunan Negara Putera Norodom Ranariddh (saudara tiri baginda) yang kedua-duanya ahli majlis takhta. Beliau dinobatkan di Phnom Penh pada 29 Oktober 2004.
Geografi
Kemboja memiliki kawasan seluas 181,035 kilometer persegi. Keseluruhan wilayahnya terletak di kawasan tropika dalam lingkungan garis lintang 10° ke 15°U dan garis bujur 102° ke 108°E. Ia bersempadan dengan Thailand di utara dan barat, Laos di timur laut, dan Vietnam di timur dan tenggara. Ia mempunyai garis pantai sepanjang 443 kilometer dekat Teluk Thailand.
Lanskap Kemboja bercirikan dataran tengah pamah yang dikitari oleh tanah-tanah tinggi dan gunung-ganang rendah, merangkumi Tonle Sap (Tasik Raya) dan hulu-hulu delta Sungai Mekong. Yang menjangkau keluar dari kawasan tengah ini adalah dataran peralihan yang berhutan jarang dan mencapai paras sebanyak 200 meter dari paras laut.
Ke utara dataran Kemboja adalah sebuah tubir batu pasir yang membentuk cenuram menghadap selatan yang menjangkau lebih 320 km dari barat ke timur dan curam membangun di atas dataran setinggi 180 ke 550 meter. Cenuram ini menandakan batas selatan Pergunungan Dângrêk.
Yang mengalir ke selatan melalui rantau timur Kemboja adalah Sungai Mekong. Di timur Mekong dataran peralihan beransur-ansur bergabung dengan tanah tinggi timur, gunung-ganang berhutan dan penara-penara tinggi yang menjangkau ke Laos dan Vietnam. Di Kemboja barat daya terletaknya sebuah lagi kawasan tanah tinggi yang terdiri daripada dua bidang tanah tinggi, iaitu Pergunungan Krâvanh dan Pergunungan Dâmrei, dan meliputi kebanyakan tanah di antara Tonle Sap dan Teluk Thailand.
Di dalam kawasan yang terpencil dan sebahagian besarnya tidak berpenduduk, Phnom Aural iaitu puncak tertinggi Kemboja mencapai paras 1,813 meter. Kawasan pantai selatan yang berdekatan dengan Teluk Thailand adalah jaluran tanah pamah sempit yang berhutan tebal dan tidak ramai penduduknya, terpencil dari dataran tengah oleh tanah tinggi barat daya.
Ciri-ciri geografi yang paling menonjol adalah genang-genangan Tonle Sap yang seluas 2,590 kilometer persegi pada musim kemarau dan menjangkau hingga seluas 24,605 kilometer persegi pada musim hujan. Dataran padat penduduknya yang dikhususkan untuk penanaman padi sawah adalah nusa teras Kemboja. Kebanyakan kawasan ini telah diwartakan sebagai rizab biosfera.
Perwilayahan
Bahagian pentadbiran tingkat satu Kemboja terdiri daripada ibu negara (reach thani) dan wilayah-wilayah (khaet). Kemboja terbahagi kepada 25 buah wilayah termasuk ibu negara.
Perbandaran dan daerah adalah bahagian pentadbiran tingkat dua Kemboja. Wilayah-wilayahnya terbahagi kepada 159 daerah dan 26 perbandaran. Daerah-daerah dan perbandaran-perbandaran ini dibahagikan lagi kepada komun (khum) dan sukuan (sangkat).
Bil. | Wilayah | Ibu kota | Keluasan (km²) | Bil. penduduk |
---|---|---|---|---|
1 | Banteay Meanchey | Sisophon | 6,679 | 678,033 |
2 | Battambang | Battambang | 11,702 | 1,036,523 |
3 | Kampong Cham | Kampong Cham | 4,549 | 1,010,098 |
4 | Kampong Chhnang | Kampong Chhnang | 5,521 | 472,616 |
5 | Kampong Speu | Kampong Speu | 7,017 | 718,008 |
6 | Kampong Thom | Kampong Thom | 13,814 | 908,398 |
7 | Kampot | Kampot | 4,873 | 585,110 |
8 | Kandal | Ta Khmao | 3,568 | 1,265,805 |
9 | Kep | Krong Kep | 336 | 80,208 |
10 | Koh Kong | Koh Kong | 11,160 | 139,722 |
11 | Kracheh | Kracheh | 11,094 | 318,523 |
12 | Mondulkiri | Senmonorom | 14,288 | 60,811 |
13 | Oddar Meanchey | Samraong | 6,158 | 185,443 |
14 | Pailin | Pailin | 803 | 70,482 |
15 | Phnom Penh | Phnom Penh | 758 | 2,234,566 |
16 | Preah Sihanouk | Sihanoukville | 2,536.68 | 199,902 |
17 | Preah Vihear | Tbeng Meanchey | 13,788 | 170,852 |
18 | Pursat | Pursat | 12,692 | 397,107 |
19 | Prey Veng | Prey Veng | 4,883 | 947,357 |
20 | Ratanakiri | Banlung | 10,782 | 567,459 |
21 | Siem Reap | Siem Reap | 10,229 | 1,000,309 |
22 | Stung Treng | Stung Treng | 11,092 | 111,734 |
23 | Svay Rieng | Svay Rieng | 2,966 | 498,785 |
24 | Takéo | Takéo | 3,563 | 843,931 |
25 | Tbong Khmum[21] | Tbong Khmum | 4,928 | 754,000 |
Ekonomi
Pada tahun 2011, pendapatan per kapita Kemboja mengikut adalah $2,470 secara pariti kuasa beli dan $1,040 secara nominal. Pendapatan per kapita negara ini kian meningkat tetapi masih rendah berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain. Kebanyakan isirumah luar bandar bergantung pada sektor pertanian dan asas tani. Beras, ikan, kayu balak, pakaian, dan getah adalah eksport utama Kemboja. Institut Penyelidikan Beras Antarabangsa (IRRI) memperkenalkan semula lebih daripada 750 varian beras tradisional ke Kemboja dari tabung benih padinya di Filipina.[22] Varian-varian tersebut dikumpul pada 1960-an.
Punca pendapatan mata wang utama Kemboja adalah industri pembuatan pakaian, pelancongan dan pertanian. Industri pembuatan pakaian mewakili bahagian terbesar dalam sektor perkilangan Kemboja dengan 80% daripada jumlah eksport negara. Pada 2012, eksport meningkat sebanyak 8% kepada $4.61 bilion dari 2011. Pada separuh pertama 2013, nilai eksport industri pembuatan pakaian berjumlah $1.56 bilion.[23] Sektor ini mengambil 335,400 pekerja, 91% daripadanya wanita.
Industri pelancongan adalah punca pendapatan mata wang utama kedua terbesar di Kemboja selepas industri pembuatan tekstil.[24] Dari Januari hingga Disember 2007, kedatangan pelancong sebanyak 2.0 juta orang, iaitu peningkatan sebanyak 18.5% dari tempoh yang sama pada 2006. Kebanyakan pelawat (51%) tiba melalui Siem Reap, di mana letaknya tarikan pelancong terunggul negara iaitu Angkor Wat, dan yang selebihnya (49%) melalui Phnom Penh dan lain-lain destinasi.[25]
Pertanian adalah tulang belakang tradisional ekonomi Kemboja. Sektor pertanian menyumbang kepada 90% KDNK pada 1985 dan mengambil kerja kira-kira 80% tenaga kerja negara. Komoditi utamanya ialah beras. Selain itu juga ditanamnya jagung, ubi kayu, keledek, kacang tanah, kacang soya, bijan, kacang kering, dan getah. Tanaman dagangan utama adalah getah, malah pada 1980-an getah merupakan komoditi utama penting yang hanya mengekori beras, malah merupakan salah satu daripada sedikit punca pendapatan mata wang asing negara.
Masyarakat
Demografi
Setakat tahun 2013, Kemboja didiami kira-kira 15,205,539 orang. Kadar kelahiran Kemboja ialah 25.4 per 1,000 orang. Kadar pertumbuhan populasinya 1.7%.[26]
50% penduduk Kemboja lebih muda daripada 22 tahun. Pada nisbah 1.04 perempuan per lelaki, Kemboja mempunyai nisbah jantina yang paling cenderung perempuan di Kawasan Mekong Raya.[27] Di kalangan penduduk Kemboja yang melebihi 65 tahun, nisbah perempuan per lelaki ialah 1.6:1.[1]
Kadar jumlah kesuburan Kemboja ialah 3.0 anak per perempuan pada 2010.[28] Kadar kesuburannya ialah 4.0 anak pada 2000.[28] Kawasan bandar mencatatkan 2.2 anak seperempuan secara puratanya, berbanding 3.3 anak seperempuan di kawasan luar bandar.[28] Kesuburan paling tinggi di wilayah Mondol Kiri dan Rattanak Kiri, di mana terdapat purata 4.5 anak sepermpuan, dan paling rendah di Phnom Penh pada kadar 2.0 anak seperempuan.[28]
Suku etnik
90% populasi Kemboja berketurunan Khmer dan bertutur dalam bahasa Khmer, iaitu bahasa rasmi negara. Penduduk Kemboja agak homogen ("sama ragam"). Antara suku minoritinya ialah Vietnam (5%) dan Cina (1%).[1] Suku Khmer majoriti adalah pribumi di kawasan hilir Mekong, tetapi pernah dahulu menetap di sepanjang hilir Sungai Mekong dari pertemuan negara Thailand, Laos dan Kemboja di barat laut hinggalah muara Mekong di tenggara Vietnam.
Orang Vietnam adalah suku minoriti utama di Kemboja dengan kira-kira 400,000 - 700,000 orang menetap di wilayah yang tertumpu di tenggara negara yang bersebelahan Delta Mekong. Walaupun bahasa Vietnam tergolong dalam rumpun bahasa Mon–Khmer, tetapi sedikit sekali hubungan kebudayaan antara suku Khmer dan Vietnam kerana suku Khmer purba dipengaruhi oleh budaya keindiaan sedangkan suku Vietnam menganggotai lingkungan budaya Cina.[29] Pertelingkahan antara suku Khmer dan Vietnam berakar-umbi pada Zaman Kegelapan Kemboja (abad ke-16 hingga ke-19), ketika negara Vietnam dan Thailand yang baru tubuh masing-masing cuba menaungi Kemboja pasca-Angkor yang lemah, dan akhirnya menguasai seluruh Indochina.[29]
Orang Cina di Kemboja adalah kira-kira 1% daripada penduduk Kemboja.[26][30] Kebanyakan suku Cina adalah keturunan migran dari abad ke-19 dan ke-20 yang datang mencari peluang untuk berdagang dan berniaga sewaktu naungan Perancis. Kebanyakannya tinggal di bandar dan khusus berkecimpung dalam perniagaan.
Suku-suku etnik pribumi di kawasan pergunungan secara tuntas dikenali sebagai Montagnards atau Khmer Loeu yang bermaksud "Khmer Hulu". Mereka diturunkan daripada penghijrahan pada zaman Neolitik oleh penutur Mon-Khmer melalui China Selatan dan penutur Austronesia dari Nusantara. Pelbagai suku Khmer Loeu yang terpencil di tanah tinggi ini tidak keindiaan seperti saudara Khmer mereka, dan oleh itu budaya mereka jauh berlainan daripada suku Khmer moden dan juga sesama suku, bahkan menganut pelbagai adat dan kepercayaan pra-India.
Suku Cham adalah keturunan dari kaum Austronesia di Champa, sebuah negara purba di pantai selatan Vietnam dan juga pesaing utama Empayar Khmer. Suku Cham di Cambodia berbilang dekat sejuta orang dan lazimnya tertumpu di perkampungan berasingan di tenggara negara. Hampir semua orang Cham di Kemboja adalah Muslim.
Bahasa
Bahasa Khmer tergolong dalam subfamili Mon–Khmer dalam rumpun bahasa Austroasia. Bahasa Perancis yang dahulunya bahasa rasmi pentadbiran Indochina masih dituturkan oleh golongan tua. Bahasa Perancis juga merupakan bahasa pengantara di sesetengah sekolah dan universiti yang ditaja oleh kerajaan Perancis. Bahasa Perancis Kemboja selaku tinggalan penjajah di negara merupakan loghat yang ditemui di Kemboja dan adakalanya digunakan dalam urusan kerajaan, khususnya kehakiman. Akan tetapi, peningkatan pelancong dari seluruh dunia telah menyebabkan Kemboja beranjak dari bahasa Perancis ke bahasa Inggeris.[31]
Agama
Agama Buddha Theravada adalah agama rasmi Kemboja yang dianut oleh lebih 95% penduduk dengan kira-kira 4,392 biara di seluruh negara.[32] Agama Buddha Kemboja kuat dipengaruhi oleh agama Hindu, Tantri dan animisme tempatan. Konsep-konsep utama dalam agama Buddha Kemboja termasuklah kelahiran semula, dan kegiatan-kegiatan keagamaannya tertumpu kepada mengumpul bonn (Pali punna, pahala), dan menghapuskan kamm (Pali kamma, karma), yang bermaksud kesan buruk yang terhasil daripada tindakan lampau bagi masyarakat Khmer.
Konsep-konsep utama yang berpunca dari animisme termasuklah kesalinghubungan rapat antara semangat dan masyarakat, kemujaraban azimat dan tindakan membawa tuah, dan kemungkinan mengawal kehidupan seseorang dengan berhubung dengan semangat seperti baromey. Agama Hindu pula sedikit sahaja kesannya selain amalan sakti Tantri serta beberapa dewa-dewi Hindu yang diasimilasikan ke dalam kepercayaan semangat (contohnya, semangat neak ta terkemuka yang bernama Yeay Mao adalah jelmaan moden bagi dewi Hindu Kali).
Agama Buddha Mahayana adalah anutan kebanyakan kaum Cina dan Vietnam di Kemboja. Unsur-unsur amalan keagamaan lain seperti penghormatan kepada perwira rakyat dan nenek moyang, Konfusianisme, dan Taoisme bercampur Agama Buddha Cina turut dianuti.
Islam dianuti oleh kira-kira 2% penduduk dan terdapat dalam tiga jenis, iaitu dua yang dianut oleh suku Cham dan satu lagi oleh keturunan Melayu yang mendiami Kemboja sudah turun-temurun. Dikhabarkan bahawa 80% Umat Islam Kemboja adalah dari suku Cham.[33]
Kesihatan
Jangka hayat Kemboja adalah 72 tahun pada 2014,[34] iaitu satu peningkatan hebat sejak 1999 apabila purata jangka hayatnya 49.8 tahun. Khidmat penjagaan kesihatan ditawarkan oleh pengamal awam dan swasta, malah penyelidikan mendapati bahawa kepercayaan kepada pembekal jagaan kesihatan adalah faktor utama dalam menambah baik penerimaan khidmat penjagaan kesihatan di kawasan luar bandar Cambodia.[35] Kerajaan merancang untuk meningkatkan mutu penjagaan kesihatan di negara dengan memupuk kesedaran tentang HIV/AIDS, malaria, dan lain-lain penyakit.
Kadar kematian bayi telah menurun dari 115 per 1,000 kelahiran hidup pada 1993 kepada 54/1,000 pada 2009. Dalam jangka masa yang sama, kadar kematian bawah lima tahun menurun dari 181 ke 115 per 1,000 kelahiran hidup.[36] Di wilayah yang tercorot dalam prestasi kesihatan iaitu Ratanakiri, 22.9% kanak-kanak meninggal sebelum umur lima tahun.[37]
Kemboja pernah menjadi antara negara yang paling banyak tertanam periuk api di dunia. Menurut sesetengah anggaran, periuk api hidup telah menyebabkan sebanyak 60,000 kematian orang awam dan ribuan lagi cedera parah sejak 1970.[38] Bilangan mangsa periuk api yang dilaporkan jatuh mendadak dari 800 pada 2005 kepada 111 pada 2013 (22 mati dan 89 cedera).[39] Orang dewasa yang terselamat dari periuk api sering perlu dikudungkan tangan atau kaki dan terpaksa mengemis untuk hidup.[38] Kemboja dijangka bebas periuk api menjelang 2020[40] tetapi kesan sosial dan ekonominya, termasuk anak yatim piatu dan satu per 290 orang kudung,[41] dijangka membelenggui Kemboja dalam jangka masa lama.
Pendidikan
Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan bertanggungjawab menetapkan dasar-dasar dan garis panduan kebangsaan untuk pendidikan di Kemboja. Sistem pendidikan Kemboja sungguh terpencar dengan pengurusannyan terletak pada tiga peringkat kerajaan iaitu pusat, wilayah dan daerah. Perlembagaan Kemboja mengisytiharkan pendidikan wajib percuma selama 9 tahun, menjamin hak sejagat untuk pendidikan bermutu asas.
Bancian Kemboja 2008 menganggarkan bahawa 77.6% penduduknya celik huruf (85.1% lelaki dan 70.9% wanita).[1] Lelaki berumur belia (15–24 tahun) mempunyai kadar celik huruf sebanyak 89% berbanding 86% bagi perempuan seumpama.[42]
Sistem pendidikan Kemboja terus berdepan dengan pelbagai dugaan, tetapi dalam tahun-tahun kebelakangan ini terdapat peningkatan ketara, terutamanya dari segi peningkatan kemasukan sekolah rendah, pengenalan belanjawan asas program dan pembangunan kerangka dasar yang memudahkan pendidikan kepada golongan kurang bernasib baik. Kemboja turut banyak melabur untuk pendidikan vokasional, terutamanya di kawasan luar bandar, untuk menangani kemiskinan dan pengangguran. [43][44] Dua buah universiti terkemuka Kemboja bertapak di Phnom Penh.
Pendidikan tradisional Kemboja ditawarkan oleh biara Buddha yang mengajar kaum lelaki sahaja.[45] Pendidikan Kemboja teruk terjejas sewaktu rejim Khmer Rouge.
Jenayah
Pada 2012, Kemboja mencatatkan kadar pembunuhan sebanyak 6.5 per 100,000 penduduk, dengan sejumlah 964 kes pembunuhan.[46]
Pelacuran diharamkan tetapi masih berleluasa di Kemboja. Dalam temubual dengan wanita tentang pelacuran pada 1993, 3/4 yang ditemubual menganggap kerja pelacur sebagai norma sosial dan pekerjaan yang tidak mendatangkan aib.[47] Pada tahun itu juga adalah dianggarkan bahawa terdapat 100,000 orang pekerja seks di Kemboja.[47]
Budaya
Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Kemboja
Lihat juga
- Jabatan dan Agensi kerajaan Kemboja
- Komunikasi di Kemboja
- Pelancongan di Kemboja
- Ketenteraan di Kemboja
- Pengangkutan di Kemboja
- Hubungan Luar Kemboja
- Angkor Wat
- ASEAN
Rujukan
- ^ a b c d Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaCIACB
- ^ Cambodian National Institute of Statistics, accessed 6 June 2012.
- ^ a b c d "Cambodia". International Monetary Fund. Dicapai pada 28 April 2014.
- ^ "Distribution of family income – Gini index". The World Factbook. CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-25. Dicapai pada 1 September 2009.
- ^ "Human Development Reports 2014" (PDF). United Nations. Dicapai pada 25 Julai 2014.
- ^ Chinese University of Hong Kong. "Historical Exchange Rate Regime of Asian Countries: Cambodia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-12-08. Dicapai pada 21 February 2007.
Riel or dollar: which currency for Cambodia, in a context of crisis? Diarkibkan 2012-03-04 di Wayback Machine - ^ "Cambodia to celebrate day for indigenous people near Angkor Wat". News.xinhuanet.com. Dicapai pada 15 March 2013.
- ^ Political Transition in Cambodia 1991-1999, by David W. Roberts, Curzon Publishers, 2001
- ^ "Consumerism booms as Cambodia embraces once-forbidden capitalism". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-27. Dicapai pada 28 October 2014.
- ^ "2013 Freedom House". Freedom House. 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-07. Dicapai pada 6 April 2014.
- ^ "2013 Corruption Perceptions Index". Transparency International. 2013. Dicapai pada 6 April 2014.
- ^ "The 2013 Human Development Report – "The Rise of the South: Human Progress in a Diverse World"". HDRO (Human Development Report Office) United Nations Development Programme. m/s. 144–147. Dicapai pada 2 March 2013.
- ^ Welthungerhilfe, IFPRI, and Concern Worldwide: 2013 Global Hunger Index - The challenge of hunger: Building Resilience to Achieve Food and Nutrition Security. Bonn, Washington D. C., Dublin. October 2013.
- ^ "Cambodia's opposition leader says Australian asylum seeker deal will fund corruption". Dicapai pada 28 October 2014.
- ^ Orapa Chueyprasit; Chaite Naasiri (27 March 2014). "Thailand ranks 2nd in ASEAN for the best quality of life". National News Bureau of Thailand. Dicapai pada 28 March 2014.
- ^ Cambodia to outgrow LDC status by 2020 | Business | The Phnom Penh Post – Cambodia's Newspaper of Record. The Phnom Penh Post (18 May 2011). Retrieved on 20 June 2011.
- ^ David P. Chandler (1992) History of Cambodia. Boulder, CO: Westview Press, ISBN 0813335116.
- ^ Chad, Raymond (1 April 2005). "Regional Geographic Influence on Two Khmer Polities". Salve Regina University, Faculty and Staff: Articles and Papers: 137. Dicapai pada 1 November 2015.
- ^ David Chandler: A History of Cambodia, Boulder Colorado 2008, Westview Press; ISBN 978-1578566969; p. 13
- ^ "Cambodia 1993 (rev. 2008)". Constitute. Dicapai pada 17 April 2015.
- ^ Mom Kunthear. "Kampong Cham's great divide". Phnom Penh Post. Dicapai pada 28 October 2014.
- ^ Rice Today, April–June 2007, Vol. 6, No. 2. irri.org
- ^ Maierbrugger, Arno (11 July 2013). "Cambodia's textile industry grew 32%". Inside Investor. Dicapai pada 11 July 2013.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaUSDOS3
- ^ Ministry of Tourism. Retrieved 29 December 2008.
- ^ a b "Birth Rate". CIA – The World Factbook. Cia.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-23. Dicapai pada 15 March 2013.
- ^ "Sex Ratio". CIA World Factbook. Cia.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-16. Dicapai pada 21 December 2010.
- ^ a b c d National Institute of Statistics CAMBODIA DEMOGRAPHIC AND HEALTH SURVEY 2010. Nis.gov.kh (10 November 2013). Diterima pada 5 Julai 2015.
- ^ a b David Chandler (2000). A History of Cambodia. Westview Press.
- ^ "Ethnic groups statistics - countries compared". Nationmaster. Dicapai pada 2 September 2012.
- ^ "U.S. helps English program for poor Cambodian students". News.xinhuanet.com. 30 June 2010. Dicapai pada 16 March 2013.
- ^ "Cambodia". State.gov. Dicapai pada 15 March 2013.
- ^ http://www.khmertimeskh.com/news/13400/ramadan-ends-friday-evening/ Retrieved July-18-2015
- ^ "Life Expectancy Leaps 18 years WHO says". Cambodia Daily. Dicapai pada 17 May 2014.
- ^ Ozawa, Sachiko; Damian Walker (2011). "Comparison Of Trust In Public Vs Private Health Care Providers In Rural Cambodia". Health Policy Plan. 26 (Suppl 1): i20–i29. doi:10.1093/heapol/czr045. Dicapai pada 26 May 2012.
- ^ "WHO country cooperation strategy" (PDF). World Health Organization. April 2001. Dicapai pada 22 June 2009.
- ^ "National Child Mortality and Malnutrition (Food Insecurity Outcome) Maps" Diarkibkan 2017-10-10 di Wayback Machine. UN World Food Programme. Retrieved 4 May 2008.
- ^ a b PBS.org (25 July 2003). Cambodia Land Mines Diarkibkan 2004-12-09 di Wayback Machine
- ^ ZSOMBOR, PETER (13 February 2014). "Landmine, Unexploded Ordnance Deaths Drop by Half in 2013". The Cambodia Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-06. Dicapai pada 23 October 2014.
- ^ "Landmine Casualties Increase in 2014". KhmerTimes - News Portal Cambodia -. Dicapai pada 28 October 2014.
- ^ Coomes, Phil (3 April 2014). "Tackling the hidden weapons left behind". BBC News. BBC. Dicapai pada 23 October 2014.
- ^ "UNICEF – Cambodia – Statistics". Unicef.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-02. Dicapai pada 16 March 2013.
- ^ "Cambodia on UNESCO-UNEVOC". Dicapai pada 28 October 2014.
- ^ Cambodia National TVET development Plan -2008. (PDF) . Diterima pada 5 Julai 2015.
- ^ The Cambodia Cultural Profile. Education. culturalprofiles.net
- ^ Global Study on Homicide. United Nations Office on Drugs and Crime, 2013.
- ^ a b Barry, Kathleen (1996). The Prostitution of Sexuality. NYU Press. m/s. 137–. ISBN 9780814712771.
Pautan luar
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.