The US FDA’s proposed rule on laboratory-developed tests: Impacts on clinical laboratory testing
Kandungan
Sejarah perhambaan di Amerika Syarikat (1618-1865) bermula sebaik sahaja penjajah Inggeris kali pertama mendirikan penempatan di Virginia dan berakhir dengan Pindaan Ke-13 dalam Perlembagaan Amerika Syarikat.
Sebelum perhambaan diamalkan secara meluas, sistem buruh diuruskan di bawah sistem buruh terikat di mana seseorang terikat bekerja dengan majikan sebagai bayaran tambang kapal, makanan dan tempat tinggal. Kontrak ikatan ini berlangsung selama beberapa tahun bagi kedua-dua orang kulit putih dan orang kulit hitam dan digunakan sebagai bayaran balik untuk kos perjalanan ke Dunia Baru.[1] Bagaimanapun pada tahun 1700-an, mahkamah membuat keputusan yang bersifat perkauman apabila hanya mereka yang berketurunan Afrika dan kaum asli Amerika tertakluk kepada peraturan ini.[2] Koloni selatan banyak menggunakan tenaga buruh untuk mengusahakan ladang-ladang tembakau, dan jumlah hamba dikatakan melebihi jumlah penduduk koloni utara pada akhir kurun ke-17[3].
Dari tahun 1654 sehingga 1865, perhambaan seumur hidup sah di sisi undang-undang di kawasan yang sekarang dikenali sebagai Amerika Syarikat.[4] Kebanyakan hamba berbangsa kulit hitam yang dimiliki oleh tuan kulit putih, dan sesetengah kaum asli Amerika serta bangsa kulit hitam yang tidak mempunyai apa-apa ikatan juga dipaksa menjadi hamba abdi. Majoriti hamba dipaksa bekerja dalam bidang pertanian. Menurut bancian pada tahun 1860, terdapat hampir 4 juta hamba berbanding 12 juta penduduk 15 negeri yang menghalalkan perhambaan.[5] Daripada kesemua 1,515,605 keluarga di 15 negeri tersebut, 393,967 mempunyai hamba (lebih kurang satu daripada empat keluarga),[6] atau 8 peratus dari keseluruhan keluarga di Amerika. Walau bagaimanapun, keluarga di Amerika tidak mempunyai ramai hamba jika dibandingkan dengan peladang atau pengusaha tanah yang mempunyai 20 atau lebih hamba[7]. Golongan peladang dan pengusaha tanah ialah mereka yang kaya, berstatus tinggi dan mempunyai kuasa politik. Sembilan puluh lima peratus (95%) daripada orang kulit hitam tinggal di selatan dan mereka ini adalah satu pertiga daripada penduduk, berbanding hanya dua peratus di utara.[8]
Kemakmuran Amerika Syarikat pada separuh abad pertama ke-19 disumbangkan juga oleh keringat orang Amerika Afrika.[9][10] Tetapi dengan kemenangan pihak utara dalam Perang Saudara Amerika, sistem perhambaan dimansuhkan di kawasan selatan[11]. Pemansuhan ini membawa kepada kemerosotan ekonomi negeri-negeri di selatan di mana ladang kapas mendapat untung yang sedikit kerana tidak lagi boleh mengeskploitasi tenaga hamba[12]. Negeri-negeri di utara yang berkembang pesat melalui teknologi dan industri sebelum dan semasa perang, terus melonjak ekonominya berbanding ekonomi negeri-negeri selatan. Para usahawan dari utara mendominasi negara termasuk sistem sosial dan politik. Kelas peladang dan pengusaha tanah hilang kuasa buat sementara. Perkembangan pesat ekonomi selepas Perang Saudara menjadi asas kepada ekonomi moden Amerika Syarikat.
12 juta orang kulit hitam Afrika dihantar ke benua Amerika dari abad ke-16 sehingga ke-19[13][14]. Dari jumlah ini, dianggarkan 645,000 (5.4%) dibawa ke tempat yang sekarang ialah Amerika Syarikat. Kebanyakan mereka ini dibawa ke Brazil.[15] Populasi hamba di Amerika Syarikat meningkat kepada empat juta semasa bancian 1860.[16]
Zaman Perang Revolusi
Banyak negeri Wilayah Utara menuju ke langkah Era Emansipasi. Perlembagaan Vermont tahun 1777 melarang perhambaan dan membebaskan lelaki berumur di atas 21 tahun dan perempuan di atas 18 tahun. Pennsylvania pada tahun 1780 menetapkan undang-undang untuk mencabut perhambaan secara bertahap dan menetapkan semua anak yang lahir setelah undang-undang ini diterima sebagai bebas. Sedangkan Massachusetts menghapuskan perhambaan secara langsung melalui kes Quock Walkerpada tahun 1783.
Sebagai tanggapan atas tawaran Britain memberi kebebasan bagi para hamba yang dimiliki oleh para pemilik pemberontak, puluh ribuan hamba milik kaum pemberontak mencuba mendaftar menyertai tentera Britain ketika mereka menduduki sebuah daerah. Contohnya di Carolina Selatan, sekitar 25,000 orang hamba (sekitar 30% populasi hamba) melarikan diri, berpindah tempat atau terkorban dalam kekacauan perang. Jumlah hamba yang hilang seantero Wilayah Selatan meningkat kerana ramai yang melarikan diri. Hamba-hamba melarikan diri melalui kawasan New England dan negeri tengah Atlantik, bergabung dengan pasukan Britain yang menduduki New York. Pada bulan-bulan terakhir perang, Britain mengeluarkan lebih dari 20,000 hamba yang dibebaskan kota-kota besar di pesisir dan mentransmigrasikan lebih dari 3,000 orang ke Nova Scotia, sementara yang lain dibawa ke Kepulauan Caribbean dan beberapa ke Britain. Bersama hamba-hamba yang dibebaskan ini, orang-orang Britain turut mengirimkan hamba-hamba kaum loyalis yang setia kepada mereka. Misalkan, lebih dari 5,000 orang-orang Afrika yang dimiliki kaum Loyalis pada tahun 1782 dikirim dari Savannah ke Jamaica dan St. Augustine. Begitu pula lebih daripada separuh orang-orang berkulit hitam yang dihantar keluar dari Charleston ke Hindia Barat dan Florida pada tahun 1782 adalah milik kaum Loyalis berkulit putih.
Pada abad ke-18, Britain telah menjadi pedagang hamba terbesar di dunia. Selama masa revolusi berlangsung, semua jajahan yeng memberontak melarang atau membekukan perdagangan hamba antarabangsa. Hal ini dilaksanakan kerana alasan ekonomi, politik dan moral bergantung kepada jajahan itu sendiri. Perdagangan hamba dibuka kembali di Carolina Selatan dan Georgia tidak lama kemudian.
Zaman Pembinaan Semula dan selepasnya
Meski Proklamasi Emansipasi sudah dikeluarkan dan Pindaan Ke-13 Perlembagaan A.S. sudah disetujui, jalan menuju kebebasan masih sulit dicapai oleh kebanyakan mantan hamba di Amerika Syarikat. Meskipun Perlembagaan A.S. ialah undang-undang tertinggi di negara ini, Perlembagaan A.S. tidak boleh jalan sendiri langsung berlaku, begitu pula dengan Pengisytiharan Pembebasan Teks dan prinsip-prinsip yang termaktub di dalamnya hanyalah pada kata-kata saja tanpa sebarang penegakan, oleh kerana itu, kata-kata ini saja tidak boleh menghapus perhambaan. Penggubalan Pindaan Ke-13 hanya membuat perhambaan dan semua bentuk perhambaan yang dilaksanakan di luar kemahuan, kecuali sebagai bentuk hukuman sebagai suatu tindakan yang tidak mengikut perlembagaan dan melanggar Perlembagaan. Penghapusan perhambaan sendiri, yakni penegakan undang-undang dengan pelaksanaan Pindaan Ke-13 secara penuh memerlukan suatu tempoh yang sangat lama sehingga ia dapat dilaksanakan sepenuhnya. Pelaksanaan Pindaan Ke-13 dimulai pada masa Rekonstruksi, tetapi dalam masa penerapan terjadi banyak tergendala, sampai dicapai dengan penuh.
Kenyataan maaf
Pada 24 Februari 2007, kerajaan negeri Virginia meluluskan resolusi yang menyatakan kekesalan mengenai kerahan tenaga tanpa kerelaan ke atas orang Afrika dan ekploitasi orang asli Amerika[17]. Dengan resolusi tersebut, Virginia menjadi negeri pertama dari 50 negeri di Amerika Syarikat yang mengakui penglibatan mereka dalam perhambaan. Resolusi dibuat ketika dalam persiapan menyambut ulang tahun ke-400 bandar Jamestown, Virginia, iaitu salah satu bandar pelabuhan pertama hamba di koloni Amerika.
Taburan
Banci
Tahun |
# Hamba | # Berkulit
hitam bebas |
Jumlah
berkulit hitam |
% Berkulit
hitam bebas |
Jumlah penduduk
A.S. |
% jumlah
berkulit hitam |
---|---|---|---|---|---|---|
1790 | 697.681 | 59.527 | 757.208 | 8% | 3.929.214 | 19% |
1800 | 893.602 | 108.435 | 1.002.037 | 11% | 5.308.483 | 19% |
1810 | 1.191.362 | 186.446 | 1.377.808 | 14% | 7.239.881 | 19% |
1820 | 1.538.022 | 233.634 | 1.771.656 | 13% | 9.638.453 | 18% |
1830 | 2.009.043 | 319.599 | 2.328.642 | 14% | 12.860.702 | 18% |
1840 | 2.487.355 | 386.293 | 2.873.648 | 13% | 17.063.353 | 17% |
1850 | 3.204.313 | 434.495 | 3.638.808 | 12% | 23.191.876 | 16% |
1860 | 3.953.760 | 488.070 | 4.441.830 | 11% | 31.443.321 | 14% |
1870 | 0 | 4.880.009 | 4.880.009 | 100% | 38.558.371 | 13% |
Sumber:[18] |
Sensus
Year |
1790 | 1800 | 1810 | 1820 | 1830 | 1840 | 1850 | 1860 |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Semua Negeri | 694.207 | 887.612 | 1.130.781 | 1.529.012 | 1.987.428 | 2.482.798 | 3.200.600 | 3.950.546 |
Alabama | – | – | – | 47.449 | 117.549 | 253.532 | 342.844 | 435.080 |
Arkansas | – | – | – | – | 4.576 | 19.935 | 47.100 | 111.115 |
California | – | – | – | – | – | – | – | – |
Connecticut | 2.648 | 951 | 310 | 97 | 25 | 54 | – | – |
Delaware | 8.887 | 6.153 | 4.177 | 4.509 | 3.292 | 2.605 | 2.290 | 1.798 |
Florida | – | – | – | – | – | 25.717 | 39.310 | 61.745 |
Georgia | 29.264 | 59.699 | 105.218 | 149.656 | 217.531 | 280.944 | 381.682 | 462.198 |
Illinois | – | – | – | 917 | 747 | 331 | – | – |
Indiana | – | – | – | 190 | 3 | 3 | – | – |
Iowa | – | – | – | – | – | 16 | – | – |
Kansas | – | – | – | – | – | – | – | 2 |
Kentucky | 12.430 | 40.343 | 80.561 | 126.732 | 165.213 | 182.258 | 210.981 | 225.483 |
Louisiana | – | – | – | 69.064 | 109.588 | 168.452 | 244.809 | 331.726 |
Maine | – | – | – | – | 2 | – | – | – |
Maryland | 103.036 | 105.635 | 111.502 | 107.398 | 102.994 | 89.737 | 90.368 | 87.189 |
Massachusetts | – | – | – | – | 1 | – | – | – |
Michigan | – | – | – | – | 32 | – | – | – |
Minnesota | – | – | – | – | – | – | – | – |
Mississippi | – | – | – | 32.814 | 65.659 | 195.211 | 309.878 | 436.631 |
Missouri | – | – | – | 10.222 | 25.096 | 58.240 | 87.422 | 114.931 |
Nebraska | – | – | – | – | – | – | – | 15 |
Nevada | – | – | – | – | – | – | – | – |
New Hampshire | 157 | 8 | – | – | 3 | 1 | – | – |
New Jersey | 11.423 | 12.422 | 10.851 | 7.557 | 2.254 | 674 | 236 | 18 |
New York | 21.193 | 20.613 | 15.017 | 10.088 | 75 | 4 | – | – |
North Carolina | 100.783 | 133.296 | 168.824 | 205.017 | 245.601 | 245.817 | 288.548 | 331.059 |
Ohio | – | – | – | – | 6 | 3 | – | – |
Oregon | – | – | – | – | – | – | – | – |
Pennsylvania | 3.707 | 1.706 | 795 | 211 | 403 | 64 | – | – |
Rhode Island | 958 | 380 | 108 | 48 | 17 | 5 | – | – |
South Carolina | 107.094 | 146.151 | 196.365 | 251.783 | 315.401 | 327.038 | 384.984 | 402.406 |
Tennessee | – | 13.584 | 44.535 | 80.107 | 141.603 | 183.059 | 239.459 | 275.719 |
Texas | – | – | – | – | – | – | 58.161 | 182.566 |
Vermont | – | – | – | – | – | – | – | – |
Virginia | 292.627 | 346.671 | 392.518 | 425.153 | 469.757 | 449.087 | 472.528 | 490.865 |
Wisconsin | – | – | – | – | – | 11 | 4 | – |
Nota kaki
- ^ http://www.usnews.com/usnews/news/articles/070121/29african.htm
- ^ Reprinted from: Gallay, Alan, "Forgotten Story of Indian Slavery", Arab News (www.aljazeera.info), 3 Ogos 2003.
- ^ http://www.usnews.com/usnews/news/articles/070121/29african.htm
- ^ [1]
- ^ 1860 Census Results, Laman Perang Saudara
- ^ Keputusan Bancian 1860
- ^ Otto H. Olsen (2004). "Historians and the extent of slave ownership in the Southern United States". Civil War History. Southernhistory.net. Dicapai pada 2007-11-23. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ James M. McPherson (1996). Drawn with the Sword: Reflections on the American Civil War. New York: Oxford University Press. m/s. p. 15. ISBN 0-19-509679-7.
|pages=
has extra text (bantuan) - ^ James Oliver Horton (2005). Slavery and the Making of America. New York: Oxford University Press. m/s. p. 7. ISBN 0-19-517903-X.
The slave trade and the products created by slaves' labor, particularly cotton, provided the basis for America's wealth as a nation. Such wealth provided capital for the country's industrial revolution and enabled the United States to project its power into the rest of the world.
Unknown parameter|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan);|pages=
has extra text (bantuan) - ^ "Was slavery the engine of economic growth?". Digital History. Dicapai pada 2007-11-23.
- ^ Encyclopædia Britannica
- ^ Without Consent or Contract: The Rise and Fall of American Slavery, 1994 oleh Robert William Fogel
- ^ Ronald Segal (1995). The Black Diaspora: Five Centuries of the Black Experience Outside Africa. New York: Farrar, Straus and Giroux. m/s. p. 4. ISBN 0-374-11396-3.
It is now estimated that 11,863,000 slaves were shipped across the Atlantic. [Note in original: Paul E. Lovejoy, "The Impact of the Atlantic Slave Trade on Africa: A Review of the Literature," dalam Journal of African History 30 (1989), ms. 368.] ... It is widely conceded that further revisions are more likely to be upward than downward.
|pages=
has extra text (bantuan) - ^ "Quick guide: The slave trade". bbc.co.uk. 15 Mac 2007. Dicapai pada 2007-11-23. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Stephen D. Behrendt, David Richardson, dan David Eltis, W. E. B. Du Bois Institute for African and African-American Research, Harvard University. Berdasarkan "laporan-laporan dari 27,233 perjalanan untuk mengambil hamba ke benua Amerika". Stephen Behrendt (1999). "Transatlantic Slave Trade". Africana: The Encyclopedia of the African and African American Experience. New York: Basic Civitas Books. ISBN 0-465-00071-1.
- ^ Introduction - Social Aspects of the Civil War
- ^ O'Dell, Larry (2007-02-25). "Virginia Apologizes for Role in Slavery". The Washington Post. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Distribution of Slaves in US History". Dicapai pada 13 Mei 2010.
- ^ "Populasi Total Budak di AS, 1790–1860, menurut negara bagian". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-22. Dicapai pada 28 Desember 2007. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan)
Bacaan lanjut
- Majalah ilmiah
- Singleton, Theresa A., "The Archaeology of Slavery in North America" Annual Review of Anthropology, Vol. 24, (1995), pp. 119–140
- McCarthy, Thomas. "Coming to Terms with Our Past, Part II: On the Morality and Politics of Reparations for Slavery" Political Theory , Vol. 32, No. 6 (Dec., 2004) , pp. 750–772
- Sejarah lisan
- Before Freedom When I Just Can Remember: Twenty-seven Oral Histories of Former South Carolina Slaves Belinda Hurmence, 1989. ISBN 0-89587-069-X
- Before Freedom: Forty-Eight Oral Histories of Former North & South Carolina Slaves. Belinda Hurmence. Mentor Books: 1990. ISBN 0-451-62781-4
- God Struck Me Dead, Voices of Ex-Slaves Clifton H. Johnson ISBN 0-8298-0945-7
- Kritikan sastera dan budaya
- Ryan, Tim A. Calls and Responses: The American Novel of Slavery since Gone with the Wind. Baton Rouge: Louisiana State University Press, 2008.
- Van Deburg, William. Slavery and Race in American Popular Culture. Madison: University of Wisconsin Press, 1984.