The US FDA’s proposed rule on laboratory-developed tests: Impacts on clinical laboratory testing
Kandungan
Bahasa-bahasa Indo-Eropah | |
---|---|
Taburan geografi: | Zaman pra-penjajahan: Eurasia dan Afrika Utara Kini: Seluruh dunia lebih kurang 3.2 bilion penutur asli |
Klasifikasi bahasa: | Salah satu daripada keluarga-keluarga bahasa utama di dunia |
Bahasa-proto: | Bahasa Indo-Eropah Purba |
Pembahagian: |
|
ISO 639-2 / 5: | ine |
Glottolog: | indo1319[1] |
Taburan moden bahasa-bahasa Indo-Eropah di benua Eurasia:
bahasa-bahasa bukan Indo-Eropah
Kawasan-kawasan berbintik/berjalur menandakan kawasan kebiasaan berlakunya multilingualisme (boleh jelas dilihat selepas peta ini diperbesarkan). |
Sebahagian daripada siri |
Topik-topik Indo-Eropah |
---|
Bahasa-bahasa Indo-Eropah, juga dikenali sebagai keluarga bahasa Indo-Eropah, merupakan keluarga bahasa tempatan di hampir kesemua kawasan Eropah, penara Iran, dan utara benua kecil India. Sebilangan bahasa-bahasa Eropah di bawah keluarga ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Portugis, bahasa Rusia, bahasa Belanda, dan bahasa Sepanyol telah tersebar melalui penjajahan pada zaman moden dan dituturkan merentasi beberapa benua di serata dunia. Keluarga bahasa Indo-Eropah terbahagi kepada beberapa cabang atau sub-keluarga, dan lapan daripadanya masih hidup sehingga ke hari ini iaitu: bahasa Albania, bahasa Armenia, bahasa-bahasa Balto-Slavik, bahasa-bahasa Celtik, bahasa-bahasa Jermanik, bahasa-bahasa Yunani, bahasa-bahasa Indo-Iran, dan bahasa-bahasa Italik; manakala sembilan subkumpulan yang lain telah pun pupus.
Hari ini, bahasa-bahasa tunggal dengan penutur asli teramai ialah bahasa Inggeris, bahasa Hindi–Urdu, bahasa Sepanyol, bahasa Benggali, bahasa Perancis, bahasa Rusia, bahasa Portugis, bahasa Jerman, dan bahasa Punjabi. Setiap bahasa tersebut memiliki lebih daripada 100 juta penutur asli, namun banyak juga bahasa-bahasa tunggal yang kecil di bawah keluarga bahasa Indo-Eropah mengalami ancaman kepupusan.
Sebanyak 46% penduduk dunia (3.2 bilion manusia) menutur bahasa Indo-Eropah sebagai bahasa pertama mereka, dan bilangan ini adalah bilangan teramai berbanding keluarga bahasa yang lain. Terdapat lebih kurang 445 bahasa-bahasa Indo-Eropah yang hidup menurut jangkaan dibuat oleh Ethnologue, dengan lebih dari dua per tiga (313) daripadanya di bawah cabang bahasa Indo-Iran.[2]
Semua bahasa-bahasa Indo-Eropah berasal dari satu bahasa prasejarah yang direkonstruksi secara linguistik sebagai bahasa Indo-Eropah Purba, dituturkan lebih kurang bermula zaman Neolitik sehingga ke Zaman Gangsa Awal. Tempat geografik ia dituturkan, juga dikenali sebagai tanah air Indo-Eropah Purba, telah diperdebat dengan pelbagai hipotesis lokasi; namun ijmak akademik kini menyokong hipotesis Kurgan yang menganjurkan tanah air tersebut berada di kawasan dataran rumput Pontus-Kaspia yakni di Ukraine dan selatan Rusia, berkaitan dengan kebudayaan Yamnaya dan kebudayaan-kebudayaan arkeologi yang berdekatan pada alaf keempat sehingga awal alaf ketiga sebelum Masihi. Sewaktu wujudnya catatan-catatan bertulis pertama, bahasa Indo-Eropah telah bercambah menjadi pelbagai bahasa yang dituturkan merentasi Eropah, Asia Selatan, dan sebahagian Asia Barat. Bukti bertulis bahasa Indo-Eropah terawal wujud pada Zaman Gangsa dalam bentuk bahasa Yunani Mycenaean dan cabang kepada bahasa-bahasa Anatolia yakni bahasa Hittite dan bahasa Luwian. Catatan-catatan terawal adalah perkataan-perkataan dan nama-nama isolat dari bahasa Hittite, tersisip dalam teks-teks bahasa Akkad iaitu salah satu daripada bahasa-bahasa Samiah, serta teks-teks jajahan Assyria iaitu Kültepe di timur Anatolia ditarikhkan pada abad ke-20 sebelum Masihi.[3] Walaupun tiada ada ketinggalan catatan-catatan bertulis yang lebih lama berkaitan orang Indo-Eropah Purba, beberapa aspek kebudayaan dan agamanya boleh direkonstruksi dari bukti-bukti yang terdapat pada kebudayaan keturunannya.[4] Keluarga bahasa Indo-Eropah adalah signifikan terhadap bidang linguistik sejarah kerana ia mempunyai catatan sejarah kedua terlama di kalangan keluarga-keluarga bahasa yang diketahui, dan kedudukannya hanyalah selepas keluarga bahasa Afroasia yang wujud dalam bentuk bahasa Mesir pra-Arab dan bahasa-bahasa Samiah. Analisis terhadap susur galur keluarga antara bahasa-bahasa Indo-Eropah serta rekonstruksi sumber bersama bahasa-bahasa tersebut adalah paksi kepada perkembangan metodologi linguistik sejarah sebagai salah satu disiplin akademik pada abad ke-19.
Keluarga bahasa-bahasa Indo-Eropah tidak diketahui mempunyai perhubungan dengan mana-mana keluarga bahasa melalui perhubungan genetik, walaupun terdapat beberapa cadangan yang dipertikaikan telah dibuat.
Salasilah bahasa-bahasa Indo-Eropah
Bahasa-bahasa Indo-Eropah mempunyai bahasa leluhur yang sama iaitu bahasa Indo-Eropah Purba. Bahasa ini dikatakan berasal dari kawasan di utara Laut Hitam, atau Anatolia. Berikut merupakan salasilah bahasa-bahasa Indo-Eropah:
- Bahasa-bahasa Anatolia
- Bahasa-bahasa Indo-Iran
- Bahasa Yunani
- Bahasa-bahasa Italik
- bahasa-bahasa yang ada di dunia,
- Bahasa-bahasa Jermanik
- Bahasa Armenia, attested from the 5th century AD.
- Bahasa-bahasa Tocharia dituturi bangsa Tocharia yang telah pupus, didapati dalam dua dialek, tercatat dari sekitar abad ke-6 Masihi.
- Bahasa-bahasa Balto-Slavik
- Bahasa Albania
Kebanyakkan bahasa-bahasa Eropah tergolong dalam keluarga bahasa Indo-Eropah. Namun, ada juga bahasa yang tidak termasuk dalam kumpulan ini. Misalnya keluarga bahasa-bahasa Ural (Hungary, Estonia, Finland), bahasa-bahasa sami, keluarga bahasa Kaukasia dan bahasa Basque.
Bahasa Turki dan bahasa Malta adalah dua contoh bahasa yang berasal daripada luar Eropah. Bahasa Turki ialah sejenis bahasa Turkik, manakala bahasa Malta berasal daripada bahasa Arab.
Rujukan
- ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Indo-European". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
- ^ "Ethnologue report for Indo-European". Ethnologue.com.
- ^ Bryce, Trevor (2005). Kingdom of the Hittites: New Edition. Oxford University Press. m/s. 37. ISBN 978-0-19-928132-9.
- ^ Mallory, J.P. (2006). The Oxford Introduction to Proto-Indo-European and the Proto-Indo-European World. Oxford University Press. m/s. 442. ISBN 978-0-19-928791-8.
Bacaan lanjutan
- Bjørn, Rasmus G. (2022). "Indo-European Loanwords and Exchange in Bronze Age Central and East Asia". Evolutionary Human Sciences. 4: 1–41. doi:10.1017/ehs.2022.16. S2CID 248358873 Check
|s2cid=
value (bantuan). - Chakrabarti, Byomkes (1994). A Comparative Study of Santali and Bengali. Calcutta: K. P. Bagchi & Co. ISBN 978-81-7074-128-2.
- Chantraine, Pierre (1968). Dictionnaire étymologique de la langue grecque. Paris: Klincksieck – melalui Internet Archive.
- Gimbutas, Marija (1997). Robbins Dexter, Miriam; Jones-Bley, Karlene (penyunting). The Kurgan Culture and The Indo-Europeanization of Europe. JIES Monograph. 18. ISBN 0-941694-56-9.
- Kroonen, Guus; Mallory, James P.; Comrie, Bernard, penyunting (2018). Talking Neolithic: Proceedings of the Workshop on Indo-European Origins held at the Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology, Leipzig, December 2-3, 2013. JIES Monograph. 65. ISBN 978-0-9983669-2-0.
- Mallory, J.P. (1989). In Search of the Indo-Europeans. London: Thames and Hudson. ISBN 978-0-500-27616-7 – melalui Internet Archive.
- Markey, T. L.; Repanšek, Luka, penyunting (2020). Revisiting Dispersions Celtic and Germanic ca. 400 BC – ca. 400 AD Proceedings of the International Interdisciplinary Conference held at Dolenjski muzej, Novo mesto, Slovenia; October 12th – 14th, 2018. JIES Monograph. 67. ISBN 978-0-9845353-7-8.
- Meillet, Antoine (1936). Esquisse d'une grammaire comparée de l'arménien classique (ed. 2nd). Vienna: Mekhitarist Monastery – melalui Internet Archive.
- Olander, Thomas, penyunting (September 2022). The Indo-European Language Family : A Phylogenetic Perspective. Cambridge University Press. doi:10.1017/9781108758666. ISBN 9781108758666. S2CID 161016819.
- Ramat, Paolo; Giacalone Ramat, Anna, penyunting (1998). The Indo-European Languages. London: Routledge. ISBN 041506449X.
- Remys, Edmund (17 December 2007). "General distinguishing features of various Indo-European languages and their relationship to Lithuanian". Indogermanische Forschungen. 112 (2007): 244–276. doi:10.1515/9783110192858.1.244. ISBN 9783110192858. ISSN 0019-7262. S2CID 169996117.
- Strazny, Philip; Trask, R. L., penyunting (2000). Dictionary of Historical and Comparative Linguistics (ed. 1). Routledge. ISBN 978-1-57958-218-0.
- Watkins, Calvert (2000). The American Heritage Dictionary of Indo-European Roots. Houghton Mifflin. ISBN 978-0-618-08250-6.
Pautan luar
Pangkalan data
- Dyen, Isidore; Kruskal, Joseph; Black, Paul (1997). "Comparative Indo-European". wordgumbo. Dicapai pada 13 December 2009.
- "Indo-European". LLOW Languages of the World. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2017. Dicapai pada 14 December 2009.
- "Indo-European Documentation Center". Linguistics Research Center, University of Texas at Austin. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2009. Dicapai pada 14 December 2009.
- Lewis, M. Paul, penyunting (2009). "Language Family Trees: Indo-European". Ethnologue: Languages of the World, Online version (ed. Sixteenth). Dallas, Tex.: SIL International..
- "Thesaurus Indogermanischer Text- und Sprachmaterialien: TITUS" (dalam bahasa Jerman). TITUS, University of Frankfurt. 2003. Dicapai pada 13 December 2009.
- "Indo-European Lexical Cognacy Database (IELex)". Uppsala University, Uppsala. 2021.
- glottothèque - Ancient Indo-European Grammars online, an online collection of introductory videos to Ancient Indo-European languages produced by the University of Göttingen
Maklumat leksikon
- "Indo-European Etymological Dictionary (IEED)". Leiden, Netherlands: Department of Comparative Indo-European Linguistics, Leiden University. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 February 2006. Dicapai pada 14 December 2009.
- "Indo-European Roots Index". The American Heritage Dictionary of the English Language (ed. Fourth). Internet Archive: Wayback Machine. 22 August 2008 [2000]. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 February 2009. Dicapai pada 9 December 2009.
- Köbler, Gerhard (2014). Indogermanisches Wörterbuch (dalam bahasa Jerman) (ed. 5th). Gerhard Köbler. Dicapai pada 29 March 2015.
- Schalin, Johan (2009). "Lexicon of Early Indo-European Loanwords Preserved in Finnish". Johan Schalin. Dicapai pada 9 December 2009.