Laboratory demand management strategies: An overview

Tindak balas puncak deria berautonomi/kendiri (bahasa Inggeris: autonomous sensory meridian response, disingkatkan kepada ASMR) adalah pengalaman sensasi meremang atau menyemut dirasai pada kulit yang biasanya tercetus pada kulit kepala bergerak ke bahagian tengkuk dan hulu tulang belakang. Kegiatan ini telah dibandingkan dengan sinestesia auditory-tactile[1][2] dan mungkin muncul bersamaan dengan "sensasi frisson".

Ia sering dirangsang baik secara pendengaran atau penglihatan bahan media tertentu, dan tidak biasanya terjadi disebabkan kendalian perhatian yang disengajakan.[3][4]

Penamaan

Pembincangan mengungkapkan fenomena ini mula berakar dalam kalangan pencerap antara tahun-tahun 2007 dan 2010 di mana banyaknya mengaitkan hal tersebut dengan puncak syahwat dialami dalam kegiatan seks. Ia tidak disetujui sebahagian besar pengguna dunia maya yang nekad membezakan rasa euforia dan sifat menyantaikan hasil ASMR jauh dari rangsangan seks;[5] namun, masih ada diterima segelintir penggiat yang menerima malah telah menerbitkan sendiri video berkandungan erotik dikategorikan sedemikian.[6][7]

Pengungkapan fenomena ini mula dicetuskan tepat pada tahun 2010 oleh Jennifer Allen, salah satu penggiat fenomena ini dalam forum Internet steadyhealth.com menyentuh fenomena ini. Pengistilahan asalnya dalam bahasa Inggeris iaitu autonomous sensory meridian response dipilih berdasarkan kata-kata yang bermaksud atau memiliki makna spesifik berikut:

  • Autonomous - spontan, bergerak sendiri, dengan atau tanpa kendalian luar
  • Sensory - berkaitan dengan indera atau sensasi
  • Meridian - menandakan puncak, klimaks, atau titik perkembangan tertinggi[8][9]
  • Response - merujuk pada pengalaman atau tindak balas disebabkan suatu kegiatan luaran mahupun dalaman

Allen semasa ditemubual dalam sebuah wawancara tahun 2016 menjelaskan bahawa peristilahan ini disengajakan dengan tujuan memberikan konotasi lebih objektif, selesa, dan klinikal untuk sensasi tersebut daripada istilah-istilah alternatif semasa lain yang diusulkan pada ketika itu.[8]

Rujukan

  1. ^ Simner, Julia; Mulvenna, Catherine; Sagiv, Noam; Tsakanikos, Elias; Witherby, Sarah A.; Fraser, Christine; Scott, Kirsten; Ward, Jamie (2006). "Synaesthesia: the prevalence of atypical cross-modal experiences". Perception. 35 (8): 1024–1033. doi:10.1068/p5469. PMID 17076063. Dicapai pada 25 November 2016.
  2. ^ Banissy, Michael J.; Jonas, Clare; Cohen Kadosh, Roi (15 December 2014). "Synesthesia: an introduction". Frontiers in Psychology. 5 (1414): 1414. doi:10.3389/fpsyg.2014.01414. PMC 4265978. PMID 25566110.
  3. ^ Barratt Emma, Davis Nick (2015). "Autonomous Sensory Meridian Response (ASMR): a flow-like mental state". PeerJ. 3: e851. doi:10.7717/peerj.851. PMC 4380153. PMID 25834771.
  4. ^ Ahuja Nitin (2013). "It feels good to be measured: clinical role-play, Walker Percy, and the tingles". Perspectives in Biology and Medicine. 56 (3): 442–451. doi:10.1353/pbm.2013.0022. PMID 24375123.
  5. ^ Overton, Emma (22 October 2012). "That funny feeling". The McGill Daily. McGill University. Dicapai pada 8 October 2019.
  6. ^ Lindsay, Kathryn (15 August 2015). "Inside the Sensual World of ASMRotica'". Broadly (Vice). Dicapai pada 20 January 2016.
  7. ^ Bronte, Georgia (17 December 2015). 'How ASMR purists got into a turf war over porn'. Vice. Retrieved 20 January 2016.
  8. ^ a b Dr. Richard (17 May 2016). "Interview with Jennifer Allen, the woman who coined the term, 'Autonomous Sensory Meridian Response' (ASMR)". ASMR University. Dicapai pada 19 December 2016.
  9. ^ "Meridian". Dictionary.com. Dicapai pada 23 February 2019.