Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
[Reporters Sans Frontières] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | |
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | RSF |
Jenis/bentuk sah | nonprofit organization, non-governmental organization with consultant status at the United Nations |
Industri | Q112166189 |
Pergerakan | Kebebasan media |
Anggota bagi | Initiative Transparent Civil Society |
Tapak web | rsf.org |
Sejarah | |
Dibentuk | 1985 |
Pengasas | Robert Ménard, Rémy Loury, Jacques Molénat and Émilien Jubineau |
Pengurusan | |
Pengerusi | Pierre Haski, Éric Chol, Alain Le Gouguec, Dominique Gerbaud |
Setiausaha agung | Jean-François Julliard, Robert Ménard, Christophe Deloire |
Director General | Christophe Deloire (since July 2012) |
Tokoh penting | Christian Mihr, CEO RWB Germany Rubina Möhring, President RWB Austria Thérèse Obrecht Hodler, President RWB Switzerland |
Perangkaan | |
Belanjawan | Income: €4.2 million (2011) Expense: €4.6 million (2011) |
Hasil/pendapatan | 6,166,135 euro (2019), 1,549,381 euro (2017) |
Kakitangan/pekerja | Approximately 120 |
Anugerah | |
Lorenzo Natali Journalism Prize (1996), Charlemagne Medal for European Media (2009), Hadiah Sakharov (2005), Dawit Isaak award (2007), Dr. Erich Salomon Prize (2002), Premi Antonio Asensio de Periodisme (2006), Roland Berger Award for Human Dignity (2009), Siebenpfeiffer Award (2007), Monismanien Prize (2014) | |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Paris, France |
Lokasi | |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
· sunting di Wikidata |
Wartawan Tanpa Sempadan (Perancis: Reporters sans frontières , atau RSF, bahasa Inggeris: Reporters Without Borders , atau RWB, Sepanyol: Reporteros Sin Fronteras , atau RSF, Jerman: Reporter ohne Grenzen atau ROG , Parsi: گزارشگران بدون مرز ) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa bertapak di Paris yang mendukung kebebasan akhbar, seiras dengan tujuan Jawatankuasa Perlindungan Wartawan. Pertubuhan ini diasaskan pada tahun 1985 oleh Robert Ménard (kini Setiausaha Agung pertubuhan ini), Rony Brauman (ketika itu juga merupakan presiden Doktor Tanpa Sempadan) dan wartawan bernama Jean-Claude Guillebaud.[1]
RWB menyusun dan menerbit kedudukan tahunan negara-negara berasaskan penilaian rekod kebebasan akhbar oleh pertubuhan ini. Negara-negara kecil seperti Malta dan Andorra tidak tercatat dalam laporan ini. Senarai tahun 2007 diterbit pada 16 Oktober 2007.
Laporan ini berdasarkan soal selidik yang dikirim kepada pertubuhan sekutu Wartawan Tanpa Sempadan (14 kumpulan kebebasan bersuara di lima buah benua) dan 130 korespondennya di seluruh dunia, serta kepada wartawan, penyelidik, pakar undang-undang dan aktivis hak asasi manusia.[2]
Pemantauan ini mengemukakan soalan mengenai serangan langsung terhadap wartawan dan media serta punca-punca tidak langsung tekanan terhadap kebebasan akhbar. RWB dengan telitinya mengingatkan bahawa index ini hanya berkenaan dengan kebebasan akhbar, bukannya mengukur mutu kewartawanan. Oleh sebab sifat kaedah pantauan yang berasaskan pemandangan individu, selalu ada jurang besar dalam kedudukan negara dari tahun ke setahun. Penyusunan kedudukan ini juga menyatakan bahawa tekanan terhadap wartawan oleh golongan bukan kerajaan juga diambil kira, contohnya kumpulan pengganas Basque ETA di Sepanyol atau kongsi gelap di Rusia, boleh mendatangkan ancaman serius terhadap kebebasan akhbar.
Makin tinggi indeks sesebuah negara, makin banyak kekangan terhadap kebebasan akhbar di negara itu.