Search for LIMS content across all our Wiki Knowledge Bases.
Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Wali (Jawi: واليcode: ms is deprecated serapan Arab: وَلِيّ, rumi: waliycode: ar is deprecated "penjaga"[1][2] terbitan kata kerja وَلِيَ waliya "memerintah; menguasai; mentadbir, mengurus"[2]) merupakan perkataan Arab yang bererti tuan (Lord), seseorang yang dipercayai, atau kawan. Ia biasa digunakan dalam konteks orang alim atau perkahwinan.
Orang alim
Biasanya merupakan kependekan "Waliullah" (orang yang dikasihi oleh Allah swt atau Aulia'ullah).
Perkahwinan
Merujuk kepada seorang lelaki yang diberi kuasa oleh syarak untuk menikahkan perempuan dengan seorang lelaki.
Tidak cacat akal fikiran, terlalu tua dan sebagainya
Merdeka
Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya
Jenis wali
Wali mujbir : Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak
Wali aqrab : Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
Wali ab’ad : Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susuna tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
Wali raja / hakim : Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu
Syarat wali mujbir
Wali dan anaknya atau cucunya tidak bermusuhan
Bakal isteri dan bakal suami tidak bermusuhan
Bakal isteri dan bakal suaminya adalah sekufu (setaraf)
Bakal suami sanggup membayar mas kahwin secara tunai
Bukan dalam ihram haji mahupun umrah
Syarat perpindahan kepada wali ab’ad dan seterusnya
Wali aqrab belum baligh
Wali aqrab gila
Wali aqrab fasik
Wali aqrab cacat akal fikirannya
Wali aqrab berlainan agama dengan bakal isteri tersebut
Anak saudara lelaki daripada adik-beradik seibu sebapa
Anak saudara lelaki daripada adik-beradik lelaki sebapa
Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
Bapa saudara sebelah bapa sebapa
Anak bapa saudara (sepupu) sebelah bapa seibu sebapa
Anak bapa saudara (sepupu) sebelah bapa sebapa
Pemerintahan
Wali (Al-Wulat) ialah orang yang diangkat oleh Khalifah sebagai penguasa/pemerintah untuk suatu wilayah serta menjadi Amir (pemimpin) di wilayah tersebut. Daulah Khilafah yang diperintah oleh Khalifah dibahagi kepada beberapa bahagian yang disebut wilayah. Setiap wilayah dibahagi kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian disebut Imalah. Setiap orang yang memimpin wilayah disebut Wali (atau Amir) dan orang yang memimpin Imalah disebut Amil. Para wali adalah penguasa (Hukkam) di wilayahnya kerana bidang kuasanya dalam hal ini adalah bidang kuasa pemerintahan.
Jabatan Wali memerlukan adanya (akad) pengangkatan dari Khalifah atau orang yang mewakili Khalifah dalam melaksanakan pengangkatan itu. Dalil adanya jawatan Wali atau Amir ini adalah berdasarkan tindakan Nabi Muhammad s.a.w. yang mengangkat para Wali di pelbagai negeri/wilayah. Baginda telah mengangkat Muaz ibn Jabal menjadi Wali di wilayah Janad, Ziyad bin Walid di wilayah Hadramaut dan Abu Musa Al-Asya'ari di wilayah Zabid dan Adn. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memilih para Wali dari orang-orang yang memiliki kelayakan (kemampuan dan profesionalisme) untuk memegang urusan pemerintahan di samping memiliki ilmu dan terkenal ketakwaannya. Hal ini (pelantikan Wali) diteruskan lagi oleh para Khulafa’ Rasyidin di sepanjang pemerintahan mereka.
Di zaman moden pula, istilah wali ada digunakan di Indonesia, dengan walikota mentadbir suatu bandar.
Rujukan
^Radtke, B.; Lory, P.; Zarcone, Th.; DeWeese, D.; Gaborieau, M.; Denny, F. M.; Aubin, F.; Hunwick, J. O.; Mchugh, N. (2012) [1993]. "Walī". Dalam Bearman, P. J.; Bianquis, Th.; Bosworth, C. E.; van Donzel, E. J.; Heinrichs, W. P. (penyunting). Encyclopaedia of Islam (ed. ke-2). Leiden: Brill Publishers. ISBN978-90-04-16121-4.
^ abAbd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 394. ISBN967-65-7321-3.