Knowledge Base Wiki

Search for LIMS content across all our Wiki Knowledge Bases.

Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.

Sunting pautan
Giuseppe Verdi

Giuseppe Fortunino Francesco Verdi (sebutan bahasa Itali: [/dʒuˈzɛppe ˈverdi/]; lahir sama ada pada 9 Oktober atau 10 Oktober 181327 Januari 1901) merupakan seorang penggubah Itali dari era romantis, terutamanya dalam seni opera. Beliau merupakan salah seorang penggubah Itali yang amat berpengaruh melebihi kerja-kerja penggubah lain seperti Gaetano Donizetti, Vincenzo Bellini dan Gioachino Rossini.

Kerja-kerja beliau ialah yang paling kerap dipersembahkan di rumah-rumah opera di serata dunia, melangkaui batas genre muzik lain dan sesetengah hasil karya beliau telah sekian lama bertapak sebagai tradisi muzik popular seperti "La donna è mobile" daripada opera Rigoletto dan "Libiamo ne' lieti calici" daripada opera La traviata. Hasil kerja seni Verdi mendominasi piawaian repertoir muzik untuk lebih daripada satu setengah kurun dari masa ia digubah sehingga ke hari ini.

Biografi

Verdi dilahirkan di Le Roncole, sebuah kampung berhampiran Busseto di Itali. Beliau didaftarkan pada hari sebelumnya kerana mereka mengira hari selepas matahari terbit, oleh itu Verdi dilahirkan pada 9 ataupun 10 Oktober. Semasa kecil, keluarga Verdi berpindah dari Piacenza ke Busseto, di mana kemudahan sekolah di situ lebih baik dengan kelengkapan perpustakaan yang besar. Sekolah itu dimiliki oleh mubaligh tempatan. Di situlah Verdi menerima pelajaran beliau yang pertama dalam penggubahan muzik.

Verdi meneruskan pengajian di Milan pada usia 20 tahun dan mengambil kelas persendirian di samping menghadiri persembahan opera dan konsert, terutamanya muzik Jerman. Persatuan beaumonde Milan menggalakkan beliau untuk memilih karier sebagai penggubah teater.

Apabila beliau tamat pengajian dan pulang ke Busseto, beliau berkerja sebagai ketua muzik tempatan. Dengan pertolongan Antonio Barezzi, seorang peniaga tempatan yang meminati muzik Verdi, beliau diberi peluang untuk membuat persembahan pertamanya di rumah Barezzi pada 1830. Barezzi juga menjemput Verdi untuk memberi didikan muzik kepada anak perempuan beliau, Margherita. Verdi dan Margherita saling mencintai dan berkahwin pada 1836. Margherita melahirkan 2 cahaya mata yang meninggal dunia tidak lama selepas kelahiran, diikuti dengan Margherita pada 1840. Verdi yang amat menyayanyi isteri dan anak-anaknya amat kecewa akan kehilangan keluarga beliau.

Pengiktirafan awal

Opera pertama Verdi, Oberto, yang dipersembahkan di Teatro alla Scala, mencapai kejayaan yang agak cemerlang. Beliau kemudiannya ditawarkan kontrak oleh Bartolomeo Merelli, pengurus rumah opera tersebut untuk mempersembahkan 2 lagi opera di situ.

Ketika menggubah opera yang kedua, Un giorno di regno, isteri dan anak Verdi meninggal dunia. Tragedi tersebut menghancurkan hati Verdi yang amat menyanyangi isterinya. Beliau menjadi patah hati dan berputus asa, malah bersumpah untuk melupakan kerjaya gubahan muzik untuk selama-lamanya. Walau bagaimanapun, pada tahun 1842, Merelli memujuk beliau untuk kembali menulis opera dan Nabucco menjadikan nama Verdi terkenal. Menurut kata ramai[nyatakan menurut siapa?], kata-kata terkenal dalam koir "Va pensiero" yang ditulis untuk nyanyian hamba-hamba dalam bahasa Ibrani begitu memberi inspirasi kepada Verdi untuk menulis muzik sekali lagi.

Sejumlah besar opera-opera gubahan beliau digubah selepas tahun 1843, satu tempoh yang mana Verdi memanggil sebagai "tahun-tahun galeri". Antara opera yang ditulis pada tempoh tersebut termasuklah I Lombardi pada tahun 1843 dan Ernani pada tahun 1844.

Menurut para pengkritik, opera Verdi yang dianggap paling asli dan terpenting pernah ditulis beliau ialah Macbeth yang digubah pada tahun 1847. Buat pertama kalinya, Verdi membuat percubaan sebuah opera tanpa kisah cinta yang memecahkan konvensyen asas untuk opera Itali kurun ke-19.

Pada tahun 1847, opera I Lombardi disemak semula dan dinamakan Jerusalem telah dihasilkan untuk Académie Royale de Musique, Paris. Hal ini adalah untuk memberi penghormatan kepada opera Perancis dan opera ini menjadi karya pertama Verdi dalam corak opera agung Perancis.

Sarjana agung

Giuseppina (Peppina) Strepponi.

Ketika berusia tiga puluh lapan tahun, Verdi mula menjalin hubungan dengan Giuseppina Strepponi, seorang penyanyi soprano yang sudah mula pudar popularitinya. Mereka tinggal sekedudukan sebelum berkahwin dan dianggap sebagai skandal besar di beberapa tempat yang mereka tinggal, namun akhirnya pada tahun 1859, Verdi dan Giuseppina berkahwin secara sah. Ketika menetap di Busseto bersama Strepponi pada tahun 1848, Verdi membeli sebuah estet yang terletak dua batu dari bandar. Pada mulanya, ibu bapa beliau menetap di situ, namun selepas kematian ibunya pada tahun 1851, beliau menjadikan vila di Sant'Agata sebagai rumah kediamannya sehinggalah pada hari kematiannya.

Selepas "tahun-tahun galeri" beliau mula mencapai penghujungnya, Verdi mencipta salah satu karya agungnya yang paling besar berjudul Rigoletto yang pertama kali dipersembahkan di Venice pada tahun 1851. Cerita ini diambil berdasarkan sebuah drama oleh Victor Hugo. Libreto opera ini telah menjalani banyak peringkat semakan bagi mematuhi lembaga penapisan di zaman tersebut. Namun, selepas tayangan perdana, Rigoletto dengan cepatnya menjadi satu kejayaan besar.

Kejayaan ini diikuti dengan lain-lain opera penting Verdi termasuklah: pada tahun 1853 Il trovatore yang dihasilkan di Rom dan La traviata di Venice. Di antara tahun 1855 dan 1867, sumbangan besar opera gubahan Verdi masuk mencurah-curah diikuti dengan Un ballo in maschera (1859), La forza del destino (dibuat khas untuk tugaskan oleh Imperial Theatre di Saint Petersburg pada tahun 1861 tetapi hanya dipersembahkan pada tahun 1862[Penjelasan diperlukan]), dan satu versi semakan semula Macbeth pada tahun 1865. Opera-opera lain yang agak kurang dipersembahkan termasuk Les vêpres siciliennes (1855) and Don Carlos (1867), yang dibuat khas untuk Opera Paris dalam bahasa Perancis. Namun, kedua-dua opera tersebut kini adalah antara dua yang paling kerap dipersembahkan dalam versi semakan bahasa Itali. Opera seterus Verdi ialah Simon Boccanegra yang dibuat tayangan perdana pada tahun 1857.

Giuseppe Verdi, dilukis oleh Giovanni Boldini pada 1886. Potret ini dipamerkan di “National Gallery of Modern Art, Rom

Pada tahun 1869, Verdi telah diundang untuk menulis satu bahagian untuk Requiem (lagu berbentuk keagamaan) untuk memperingati penggubah Gioacchino Rossini, dan dicadangkan agar Requiem itu dibuat berunsurkan koleksi seksyen-seksyen kontemporari Itali hasil karya Rossini.

Requiem Verdi telah disusun dan siap namun tidak dipersembahkan pada waktu Verdi hidup. Lima tahun kemudian, Verdi membuat semula seksyen "Libera Me" daripada bahagian Requiem tulisan Rossini dan menjadikan sebagai sebahagian daripada Requiem Verdi, bagi menghormati patriot terkenal Alessandro Manzoni, yang meninggal dunia pada 1873. Requiem lengkap Verdi pertama kali dipersembahkan di katedral di Milan pada 22 Mei 1874.

Opera agung Verdi, Aida, sering dianggap sebagai dibuat untuk sambutan pembukaan Terusan Suez pada 1869 ataupun untuk pembukaan rumah opera Khedivial di Kaherah, Mesir. Namun menurut satu pengkritik ternama,[1] Verdi menolak undangan Khedive untuk menulis satu "ode" pembukaan rumah opera Khedivial yang baru, begitu juga untuk majlis pembukaan Terusan Suez. Rumah opera Khedivial dibuka dengan persembahan Rigoletto.

Kemudiannya pada sekitar tahun 1869-70, apabila pihak penganjur sekali lagi mengundang Verdi untuk membuat persembahan di rumah opera Khedivial di Kaherah untuk menulis sebuah opera yang baru, Verdi sekali lagi menolak undangan mereka. Apabila mereka memberitahu Verdi bahawa mereka akan berpaling kepada penggubah lain seperti Charles Gounod dan juga mengugut untuk mengundang Richard Wagner, barulah Verdi mula menunjukkan minat, dan perjanjian antara Verdi dan rumah opera Khedivial ditandatangani dalam bulan Jun 1870.

Pada kenyataannya, kedua-dua penggubah legenda ini dikatakan tidak menyukai satu sama lain. Mereka tidak pernah bertemu. Verdi mengulas bahawa muzik Wagner adalah kurang “baik”. Jelas Verdi, "Wagner terlalu memilih walaupun tidak perlu sama sekali, beliau memilih jalan yang tidak boleh dilalui, cuba untuk terbang di mana seseorang yang rasional akan berjalan untuk mendapat hasil-hasil yang lebih baik". Namun pada hari kematian Wagner, Verdi mengeluh: "Sedih! Sedih! Sedih! ... sebuah nama yang meninggalkah satu tanda yang paling berkuasa tentang sejarah seni kita." Salah satu ulasan Wagner terhadap Verdi, selepas mendengar "Requeim Verdi" berkata "Lebih baik tidak payah berkata apa-apa".

Tayangan perdana Aida dibuat di Kaherah pada tahun 1871 dan serta-merta mendapat kejayaan besar.

Karya-karya akhir

Patung peringatan Verdi di kediaman beliau di Busseto

Pada sepanjang tahun-tahun yang berikutnya, Verdi banyak membuat kerja pengemaskinian beberapa opera-opera terdahulu beliau dengan menukarkan beberapa opera-opera seperti Don Carlos, La forza del destino, dan Simon Boccanegra kepada versi-versi baru.

Opera Otello yang diambil berdasarkan drama William Shakespeare manakala libretonya ditulis oleh libretis muda Mefistofele dan Arrigo Boito, pertama kali dipersembahkan di Milan pada tahun 1887. Muzik opera tersebut adalah "berterusan" dan tidak boleh dengan mudahnya dibahagikan kepada lagu-lagu berasingan untuk persembahan konsert.

Sesetengah berpendapat[nyatakan menurut siapa?], opera tersebut walaupun dibuat secara baik tetapi kekurangan seni melodik, sesuatu yang sangat tipikal dengan corak opera Verdi yang terdahulu. Tambahan pula, opera itu kekurangan bahagian prelude, sesuatu yang amat tidak biasa untuk pendengar yang sudah biasa dengan kerja Verdi.

Opera Verdi yang terakhir, Falstaff, libreto yang ditulis oleh Boito, diambil daripada drama Shakespeare berjudul The Merry Wives of Windsor. Opera ini ialah satu kejayaan antarabangsa dan merupakan opera komik yang sangat cemerlang yang menunjukkan kepintaran Verdi.

Isteri beliau Giuseppina Strepponi meninggal dunia secara tiba-tiba pada 14 November 1897. Verdi mula terasa sakit jantung pada 21 Januari 1901 di sebuah hotel dan meninggal dunia enam hari kemudian pada 27 Januari 1901.

Senarai opera

Lihat juga Senarai kerja penggubahan oleh Giuseppe Verdi
Senarai Opera Giuseppe Verdi

Oberto, Conte di San Bonifacio (1839)
Un giorno di regno (1840)
Nabucco (1842)
I Lombardi alla prima crociata (1843)
Ernani (1844)
I due Foscari (1844)
Giovanna d'Arco (1845)
Alzira (1845)
Attila (1846)
Macbeth (1847)
I masnadieri (1847)
Jérusalem (1847)
Il corsaro (1848)
La battaglia di Legnano (1849)
Luisa Miller (1849)
Stiffelio (1850)
Rigoletto (1851)
Il trovatore (1853)
La traviata (1853)
Les vêpres siciliennes (1855)
Simón Bocanegra (1857)
Aroldo (1857)
Un ballo in maschera (1859)
La forza del destino (1862)
Don Carlos (1867)
Aida (1871)
Otello (1887)
Falstaff (1893)

Media

Rujukan

  1. ^ Budden,Volume 3

Buku rujukan

  • Budden, J. (1973). The Operas of Verdi, Volume I (ed. 3). Oxford University Press. ISBN 0-19-816261-8.
  • Budden, J. (1973). The Operas of Verdi, Volume II (ed. 3). Oxford University Press. ISBN 0-19-816262-6.
  • Budden, J. (1973). The Operas of Verdi, Volume III (ed. 3). Oxford University Press. ISBN 0-19-816263-4.
  • Kamien, R. (1997). Music: an appreciation - student brief (ed. 3). McGraw Hill. ISBN 0-07-036521-0.
  • Gal, H. (1975). Brahms, Wagner, Verdi: drei meister, drei welten. Fischer. ISBN 3-10-024302-1.
  • Parker, Roger (1992): Verdi, Giuseppe dalam 'The New Grove Dictionary of Opera', ed. Stanley Sadie (London, 1992) ISBN 0-333-73432-7
  • Phillips-Matz, Mary Jane (1993). Verdi: A Biography (ed. 1). Oxford University Press. ISBN 0-19-313204-4.
  • Michels, Ulrich (1992). dtv-Atlas zur Musik: Band Zwei (ed. 7). Deutscher Taschenbuch Verlag dengan kerjasama Bärenreiter Verlag. ISBN 3-423-03023-2.

Lain-lain buku rujukan

  • Associazione Amici di Verdi (ed.), Con Verdi nella sua terra, Busseto, 1997, (dalam bahasa Inggeris)
  • Maestrelli, Maurizio, Guida alla Villa e al Parco (in Italian), terbitan Villa Verdi, 2001
  • Mordacci, Alessandra, An Itinerary of the History and Art in the Places of Verdi, Busseto: Busseto Tourist Office, 2001 (dalam bahasa Inggeris)
  • Villa Verdi': the Visit and Villa Verdi: The Park; the Villa; the Room, terbitan Villa Verdi

Pautan luar