Knowledge Base Wiki

Search for LIMS content across all our Wiki Knowledge Bases.

Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.

Tuanku Tambusai
Kelahiran
Muhammad Saleh bin Maulana Kadhi@Kali

(1784-11-05)5 November 1784
Meninggal dunia12 November 1882(1882-11-12) (umur 98)
DikebumikanRasah, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Warganegara Indonesia
Nama lainSultan Zainal Abidin
Syekh Al Wasil Syamsudin
De Padrische Tijger van Rokan (oleh Belanda)
Tok Ungku
Terkenal keranamemimpin Gerakan Padri, menentang Belanda
AnugerahPahlawan Nasional Indonesia

Syeikh Haji Muhammad Saleh bin Imam Maulana Kadhi atau Tuanku Tambusai (Dalu-dalu, Kerajaan Tambusai, 5 November 1784 – Sungai Ujong, Tanah Melayu British, 12 November 1882) ialah seorang pemimpin Islam bagi gerakan padri. Dikenali sebagai Tuanku Tambusai, beliau terkenal di Indonesia sebagai salah seorang pemimpin yang menentang penyusupan penjajah semasa Perang Padri pada 1838 bersama-sama Tuanku Imam Bonjol dan Tuanku Rao.

Latar belakang

Tuanku Tambusai lahir di Dalu-dalu, sebuah kampung di Tambusai (sekarang sebahagian daripada Provinsi Riau, Indonesia) pada 5 November 1784. Nama asalnya ialah Muhammad Saleh[1]. Beliau anak kepada seorang guru Islam dari tanah Minangkabau di Sumatera Barat. Bapanya, digelar Tuanku Imam Maulana Kali, datang dari kampung bernama Rambah. Bapanya dilantik oleh Sultan Riau sebagai Imam Besar dan berkahwin dengan seorang wanita tempatan yang bernama Munah. Ibunya, Munah dari sebuah kampung di Tambusai bernama Kandang Kopuh[2]. Sewaktu kecil, beliau telah diajar oleh ayahnya ilmu pertahanan diri, termasuklah ilmu menunggang kuda dan ilmu politik.[3]

Gerakan Padri

Bagi mendalami ilmu agama, Tuanku Tambusai pergi belajar ke Bonjol dan Rao di Sumatra Barat. Di sana beliau banyak belajar dengan ulama-ulama Islam yang beraliran Padri hingga beliau mendapatkan gelar fakih. Pengajian Islam dari gerakan Padri begitu memikat dirinya, hingga aliran ini disebarkan pula di tanah kelahirannya. Aliran ini diterima secara meluas oleh masyarakat sehingga beliau memperoleh banyak pengikut. Ini membawa kepada semangatnya untuk menyebarkan dan melakukan pemurnian Islam.[4]

Muhammad Saleh dilantik sebagai ketua gerakan Padri di Tambusai dan mendapat gelaran Tuanku Tambusai oleh Sultan.

Melawan Belanda

Perjuangannya bermula di Rokan Hulu dan sekitarnya dengan berpusat di Kubu Dalu-Dalu. Kemudian, beliau melanjutkan perlawanan ke wilayah Natal pada tahun 1823. Tahun 1824, beliau memimpin pasukan gabungan Dalu-dalu, Lubuksikaping, Padanglawas, Angkola, Mandailing, dan Natal untuk melawan Belanda. Beliau sempat menunaikan ibadah haji dan diminta oleh Tuanku Imam Bonjol untuk mempelajari perkembangan Islam di Tanah Arab.[5]

Pada abad ke-15, Tuanku Tambusai begitu menyusahkan pihak Belanda sehingga Belanda sering meminta bantuan pasukan dari Batavia. Berkat kebijaksanaannya, kubu Belanda, Kubu Amerongen berjaya dimusnahkan. Bonjol yang telah jatuh ke tangan Belanda dapat dirampas semula walaupun hanya seketika. Tuanku Tambusai bukan sahaja menghadapi Belanda, malah turut menghadapi pasukan Raja Gedombang dan Tumenggung Kartoredjo, yang berpihak kepada Belanda.

Beliau digelar “De Padrische Tijger van Rokan” (Harimau Padri dari Rokan) oleh Belanda kerana sukar ditewaskan, tidak pernah menyerah kalah, dan tidak mahu berdamai dengan Belanda. Keteguhan sikapnya diperlihatkan dengan menolak pelawaan Kolonel Elout untuk berdamai. Pada tanggal 28 Disember 1838, kubu Dalu-dalu jatuh ke tangan Belanda. Melalui pintu rahsia, beliau meloloskan diri dari kepungan Belanda dan sekutu-sekutunya. Menyusuri sungai Batang Sosah sehingga ke Selat Melaka, beliau berundur ke Rasah, sebuah perkampungan Melayu di Sungai Ujong, Tanah Melayu British (sekarang merangkumi daerah-daerah Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan, Malaysia) di mana beliau meneruskan perjuangannya dalam menentang kuasa British sehinggalah ke akhir hayatnya pada tahun 1882 akibat lanjut usia.

Penghargaan

Kompleks makam Tuanku Tambusai di Rasah, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Dilihat dari dekat

Kerana jasa-jasanya menentang penjajahan Hindia Belanda dan sumbangannya dalam gerakan nasionalisme di Indonesia, pemerintah Indonesia mengangkat beliau sebagai pahlawan nasional pada 7 Ogos 1995.[6] Beliau dikurniakan darjah Mahaputera Adipradana [id] secara anumerta.

Rujukan

  1. ^ Muhammad Radjab, Perang Paderi di Sumatra Barat (1803-1838), Balai Pusataka, 1964
  2. ^ Mahidin Said, Rokan: Tuanku Tambusai Berjuang, Sri Dharma N.V
  3. ^ Soedarmanta, J. B. Jejak-jejak Pahlawan: Perekat Kesatuan Bangsa Indonesia.
  4. ^ Dobbin, Christine. Gejolak Ekonomi, Kebangkitan Islam, dan Gerakan Paderi, Minangkabau 1784 – 1847.
  5. ^ Nain, Sjafnir Aboe, (2004), Memorie Tuanku Imam Bonjol (MTIB), transl., Padang: PPIM.
  6. ^ "Prasasti Kepahlawanan Tuanku Tambusai". Dicapai pada 2010-04-16.