Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
The Truman Show | |
---|---|
Pengarah | Peter Weir |
Penulis | Andrew Niccol |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Peter Biziou |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | Burkhard Dallwitz |
Syarikat penerbitan | Scott Rudin Productions |
Diedarkan oleh | Paramount Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 103 minit[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | English |
Bajet | $60 juta[2] |
Pecah panggung | $264.1 juta[3] |
The Truman Show ialah sebuah filem sains fiksyen komedi Amerika Syarikat 1998 diarahkan oleh Peter Weir dan ditulis oleh Andrew Niccol. Filem ini dibintangi Jim Carrey sebagai Truman Burbank, Laura Linney, Noah Emmerich, Ed Harris dan Natascha McElhone. Filem ini mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang pada mulanya tidak sedar bahawa dia hidup dalam sebuah rancangan televisyen realiti yang dibina, disiarkan sepanjang masa untuk berbilion-bilion orang di seluruh dunia. Truman menjadi curiga terhadap realiti yang dilihatnya dan memulakan usaha untuk mencari kebenaran tentang hidupnya.
Asal-usul The Truman Show adalah sebuah skrip spekulatif oleh Niccol yang diinspirasikan daripada sebuah episod siri TV, The Twilight Zone bertajuk "Special Service".[4] Draf asal lebih kepada sains fiksyen thriller dengan cerita mengambil tempat di Bandar Raya New York. Scott Rudin membeli skrip ini dan dengan segeranya memulakan projek di Paramount Pictures. Brian De Palma dijangka akan mengarah sebelum Weir mengambil alih dan berjaya membuat filem ini dengan peruntukan $60 juta berbanding dengan anggaran pertamanya yang sebanyak $80 juta. Niccol menulis semula skrip dan pembuat filem menunggu jadual Carrey untuk terbuka menjalani penggambaran. Majoriti penggambaran mengambil tempat di Seaside, Florida. Filem ini mencapai kejayaan kewangan dan kritis. Ia menerima beberapa pencalonan di Anugerah Akademi ke-71, Anugerah Golden Globe ke-56, Anugerah BAFTA ke-52 dan Anugerah Zuhal.
Truman Burbank adalah bintang The Truman Show, sebuah program realiti televisyen dimana keseluruhan hidupnya sejak dia lahir dirakam oleh beribu-ribu kamera tersembunyi, 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan disiarkan secara langsung di seluruh dunia. Pencipta dan penerbit eksekutif rancangan ini, Christof boleh merakam emosi sebenar dan tingkah laku Truman apabila dia diletakkan dalam situasi tertentu. Tempat tinggal Truman, Seahaven ialah sebuah set gergasi dibina di bawah kubah di kawasan Los Angeles. Keluarga dan rakan Truman kesemuanya dilakonkan oleh pelakon, membolehkan Christof untuk mengawal setiap aspek kehidupan Truman.
Semasa tahun ke-30 rancangan itu, Truman menyedari sesetengah aspek dunianya yang hampir sempurna kelihatan seperti tidak benar. Sebuah lampu teater (dilabel Sirius) jatuh dari langit tiruan pada waktu pagi dan hampir mengenainya (dengan segeranya diumumkan oleh radio tempatan sebagai bahagian pesawat yang berada dalam masalah mula jatuh dari udara) dan radio kereta Truman menyiarkan perbualan diantara krew rancangan tentang tindak-tanduknya. Truman juga menyedari kejanggalan dalam kehidupan hariannya seperti orang yang sama muncul di tempat yang sama pada waktu tertentu setiap hari dan isterinya, Meryl yang cenderung untuk menerangkan pelbagai barang yang dibeli.
Untuk mengelakkan Truman daripada menemui realiti palsunya, Christof mencipta banyak cara untuk menghalang perasaannya untuk menjelajah, cara yang paling drastik ialah dengan "membunuh" bapanya dalam ribut ketika memancing untuk menanamkan perasaan dalam diri Truman takut kepada air. Christof juga membanjiri saluran televisyen dengan laporan berita dan iklan mengenai bahaya perjalanan dan rancangan televisyen tentang betapa bagusnya untuk duduk di rumah. Pelakon yang melakonkan peranan bapa Truman yang sudah mati mencuri masuk ke dalam set sebagai orang merempat tetapi diheret pergi dengan segera selepas Truman menyedari kehadirannya. Walaupun dikawal oleh Christof, Truman berjaya untuk melakukan perkara yang tidak dijangka khususnya dengan jatuh cinta dengan seorang pelakon tambahan, Sylvia yang dikenali oleh Truman sebagai Lauren dan bukannya Meryl, sebuah watak yang bertujuan akan menjadi isterinya. Walaupun Sylvia dengan cepatnya dikeluarkan daripada set dan Truman mengahwini Meryl, dia terus dengan rahsianya menaruh perasaan terhadap 'Lauren'. Sylvia menjadi sebahagian daripada kempen "Bebaskan Truman" yang berjuang untuk membebaskannya daripada rancangan itu dan mendedahkan identitinya.
Walaupun usaha terbaik oleh keluarga dan rakan baiknya, Marlon untuk meyakinkannya, kesemua peristiwa ini menyebabkan Truman mula tertanya-tanya tentang hidupnya, menyedari bahawa seluruh dunia tertumpu di sekelilingnya ditambah lagi dengan orang yang tidak dikenali mengetahui namanya. Truman cuba meninggalkan Seahaven tetapi dihalang oleh situasi kecemasan yang direka, menambahkan lagi rasa jengkelnya. Meryl semakin tertekan oleh tekanan untuk mengekalkan penipuan dengan Truman yang semakin ragu dan mula mengesyakinya. Ini menyebabkan dia tidak dapat menahan lagi dan mendedahkan sebahagian daripada identiti dan kehidupan Truman di hadapan Marlon menyebabkan Truman keliru.
Disebabkan itu, Meryl dikeluarkan daripada rancangan dan Christof secara rasminya membawa kembali bapa Truman dengan harapan kehadirannya dapat mengekalkan Truman daripada cuba untuk meninggalkan Seahaven. Walau bagaimanapun, dia hanya memberikan kelegaan sementara: Truman tidak lama selepas itu menjadi terpencil dan mula tinggal sendirian di bilik bawah tanah. Pada satu malam, Truman menipu kamera dan melarikan diri dari bilik bawah tanah tanpa dikesan melalui sebuah terowong rahsia, memaksa Christof untuk menggantung penyiaran rancangan buat kali pertama dalam sejarah. Ini menyebabkan peningkatan dalam jumlah penonton dengan ramai daripada mereka termasuk Sylvia menyokong percubaan Truman untuk melarikan diri.
Christof mengarahkan kesemua pelakon dan ahli krew untuk mencarinya malah menukar waktu malam kepada pagi untuk membantu pencarian. Mereka mendapati Truman telah mengatasi rasa takut terhadap air dan telah belayar jauh dari bandar menggunakan sebuah bot kecil. Selepas mengembalikan semula siaran, Christof mengarah krew rancangan untuk mewujudkan ribut besar untuk cuba terbalikkan bot menyebabkan perdebatan hangat dengan pembantunya dan juruteknik terhadap moral untuk membunuh seorang manusia di hapadan penonton secara langsung. Truman hampir lemas tetapi kesungguhannya membawa Christof untuk menamatkan ribut.
Ketika Truman semakin pulih, bot itu sampai di penjuru kubah dan bahagian depannya melanggar dinding yang dicat seperti langit. Truman menyedari bahawa kehidupannya adalah palsu, terus menumbuk dinding dan menangis. Truman kemudiannya menjumpai tangga berdekatan yang membawa kepada sebuah pintu yang ditanda "KELUAR". Ketika dia berfikir untuk meninggalkan dunianya, Christof akhirnya bertukar kepada pilihan terakhir dengan bercakap terus kepada Truman melalui sistem bunyi yang kuat, cuba untuk memujuk dia untuk kekal. Truman, selepas berfikir seketika, menyampaikan kata-kata slogannya ("Kalau tak jumpa awak nanti... selamat tengah hari, selamat petang dan selamat malam"), menundukkan kepala kepada penonton dan melangkah keluar melalui pintu untuk masuk ke dalam dunia sebenar.
Penonton televisyen meraikan Truman dan Sylvia dengan segeranya meninggalkan apartmennya di L.A. dan bertolak ke pinggir Seahaven supaya dia boleh bertemu dengannya. Seorang eksekutif rangkaian mengarah krew untuk menamatkan siaran rancangan itu meninggalkan, Christof yang kecewa dan sedar bahawa rancangan TVnya benar-benar sudah berakhir.
Andrew Niccol menyiapkan satu halaman draf filem bertajuk The Malcolm Show pada bulan Mei 1991.[6] Draf asal lebih kepada sains fiksyen thriller dan cerita mengambil tempat di Bandar Raya New York.[7] Pada musim luruh tahun 1993,[8] Scott Rudin membeli skrip ini dengan harga $1 juta.[9] Paramount Pictures dengan serta-merta bersetuju untuk mengedar. Sebahagian daripada perjanjian itu adalah untuk Niccol membuat arahan sulungnya walaupun Paramount merasakan anggaran bajet $80 juta adalah terlalu tinggi untuknya.[10] Di samping itu, Paramount mahukan pengarah kelas-A dan membayar Niccol wang tambahan untuk berundur. Brian De Palma berada dalam rundingan untuk mengarah sebelum beliau meninggalkan United Talent Agency pada bulan Mac 1994.[8] Pengarah-pengarah yang dipertimbangkan selepas De Palma menarik diri adalah Tim Burton, Terry Gilliam, Barry Sonnenfeld dan Steven Spielberg sebelum Peter Weir menyertai pada awal tahun 1995[11] susulan pengesyoran dari Niccol. Bryan Singer mahu mengarah tetapi Paramount memutuskan untuk memilih Weir yang lebih berpengalaman.[12]
Paramount berhati-hati tentang The Truman Show yang mereka gelar "filem seni paling mahal pernah dibuat" kerana bajet sebanyak $60 juta. Mereka mahukan filem ini menjadi lebih kelakar dan kurang dramatik.[11] Weir juga berkongsi wawasan ini, berasa bahawa skrip Niccol terlalu gelap dan mengisytiharkan "dimana [Niccol] membuat ia terlalu tertekan, saya boleh menjadikan ia lebih ringan. Ia boleh meyakinkan penonton bahawa mereka boleh menonton sebuah rancangan dalam skop ini 24/7." Niccol menulis enam belas draf skrip sebelum Weir menggangap skrip itu sedia untuk penggambaran. Kemudiannya pada tahun 1995, Jim Carrey menandatangani untuk membintangi filem ini[7] tetapi kerana komitmen bersama The Cable Guy dan Liar Liar, beliau tidak akan bersedia untuk memulakan penggambaran untuk sekurang-kurangnya setahun lagi.[11] Weir merasakan Carrey sesuai untuk peranan ini dan memilih untuk menunggu setahun lagi daripada memilih pelakon baru.[7] Niccol menulis semula skrip dua belas kali[11] manakala Weir menulis buku fiksyen tentang sejarah rancangan tersebut.
Weir mencari lokasi di Timur Florida tetapi tidak berpuas hati dengan landskap. Pentas bunyi di telah dikhaskan untuk latar Seahaven sebelum isteri Weir memperkenalkannya kepada Seaside, Florida yang terletak di Florida Panhandle. Pejabat pra-produksi dengan serta merta dibuka di Seaside dimana majoriti penggambaran mengambil tempat. Babak-babak lain dirakam di Paramount Studios, Los Angeles, California.[13] Lukisan Norman Rockwell dan poskad tahun 1960-an digunakan sebagai inspirasi untuk reka bentuk filem. Weir, Peter Biziou dan Dennis Gassner mengkaji teknik pengawasan untuk syot filem tertentu.
Tarikh tayangan teater filem ini pada asalnya dijadual pada 8 Ogos 1997 tetapi Paramount Pictures menolak ke belakang ke musim panas berikutnya.[14] NBC membeli hak penyiaran pada bulan Disember 1997 kira-kira lapan bulan sebelum tayangan filem ini.[15] Pada bulan Mac 2000, Turner Broadcasting System membeli hak dan sekarang kerap menyiarkan filem ini di TBS.[16]
The Truman Show menerima pujian kritis. Di Rotten Tomatoes, filem ini mendapat rating 94%, berdasarkan 125 ulasan dengan purata rating 8.4/10.[17] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 90 daripada 100 berdasarkan 30 ulasan, menunjukkan "penerimaan meluas".[18]
Memberi filem ini skor empat bintang , Roger Ebert membandingkan ia dengan Forrest Gump, mengatakan bahawa filem ini mempunyai keseimbangan yang betul diantara komedi dan drama. Beliau juga kagum dengan lakonan dramatik Jim Carrey.[19] Kenneth Turan dari Los Angeles Times menamakan filem ini sebagai filem terbaik pada tahun 1998.[20] Pada bulan Jun 2010, Entertainment Weekly menamakan Truman sebagai salah satu daripada 100 Watak Terbesar daripada 20 Tahun Terakhir.[21]
Di Anugerah Akademi ke-71, The Truman Show dicalonkan untuk tiga anugerah tetapi tidak memenangi sebarang kategori. Peter Weir menerima pencalonan Pengarah Terbaik manakala Ed Harris dicalonkan untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Andrew Niccol dicalonkan untuk Lakon Layar Asal Terbaik.[22] Ramai yang percaya Carrey akan dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Terbaik tetapi beliau tidak dicalonkan.[11] The Truman Show juga menerima pencalonan di Anugerah Golden Globe untuk Filem Terbaik – Drama, Weir untuk Pengarah Terbaik – Filem dan Niccol untuk Lakon Layar Terbaik.[23] Jim Carrey dan Ed Harris memenangi Golden Globe untuk Pelakon Lelaki Terbaik – Drama dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Burkhard Dallwitz dan Philip Glass memenangi Skor Muzik Asal Terbaik.
Di Anugerah BAFTA ke-52, Weir memenangi Arahan Terbaik, Niccol memenangi Lakon Layar Asal Terbaik dan Dennis Gassner memenangi Rekaan Produksi Terbaik. Filem ini juga dicalonkan untuk Filem Terbaik dan Kesan Visual Terbaik. Harris dicalonkan untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Peter Biziou dicalonkan untuk Sinematografi Terbaik.[24] The Truman Show mencapai kejayaan di Anugerah Zuhal dimana ia memenangi Filem Fantasi Terbaik dan Tulisan Terbaik (Niccol). Carrey (Pelakon Lelaki Terbaik), Harris (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) dan Weir (Arahan Terbaik]) juga menerima pencalonan.[25]
|format=
requires |url=
(bantuan). Paramount Pictures. 2005.
|publisher=
(bantuan)
|publisher=
(bantuan)
|publisher=
(bantuan)
|format=
requires |url=
(bantuan). Paramount Pictures. 2005.
|publisher=
(bantuan)
|publisher=
(bantuan)