Search for LIMS content across all our Wiki Knowledge Bases.
Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Tarikh tidak pasti : Menyertai Sekolah Rendah Melayu di Kuala Krai, Kelantan.
1945 (umur 13): Menyertai Sekolah Inggeris Ismail (IES) yang sekarang dikenali sebagai Maktab Sultan Ismail (MSI) atau Sultan Ismail College (SIC) di Kota Bharu, Kelantan.
1946 - 1950 (umur 14-18): Menyertai Penang Free School di Pulau Pinang.
1954 (umur 22): Memperoleh ijazah undang-undang daripada Universiti Nottingham, United Kingdom.
1956 (umur 24):
Memperoleh ijazah Barrister-at-Law daripada Lincoln's Inn, London.
Menjadi majistret di Ipoh, Perak (1956 - 1958).
1958 (umur 26): Menjadi Presiden Mahkamah Tengah (kini Mahkamah Sesyen) di Muar, Johor.
1960 (umur 28): Menjadi Peguam Persekutuan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) di Kuala Lumpur.
1962 (umur 30): Menjadi Peguam Persekutuan Kanan Penasihat Undang-undang Negeri Kelatan.
1965 (umur 33): Meletakkan jawatan perkhidmatan awam untuk menyertai sektor swasta.
2022 (umur 94): Meninggal dunia akibat sakit tua di Kuala Lumpur pada 29 April. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Kerjaya politik
1965, Mei (umur 33): Menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu, Kelantan sehingga 1990.
1970 (umur 38): Menjadi Timbalan Menteri Pertahanan.
1972 (umur 40): Menjadi anggota Majlis Agung UMNO.
1973 (umur 41): Menjadi Menteri Tugas Khas dalam Jabatan Perdana Menteri.
1974, 5 September (umur 42): Menjadi Menteri Penerangan dan Tugas Khas.
1975, 13 Ogos (umur 43): Menjadi Menteri Luar Negeri sehingga 16 Julai 1981.
1976, Februari (umur 44): Menerima anugerah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.), dengan gelaran "Datuk".
1981 (umur 49):
Menjadi Menteri Perdagangan dan Industri.
Menjadi Naib Presiden UMNO.
1982 (umur 50): Menerima Anugerah Kelas Kedua Wisyah Al-Malek Abdul Aziz daripada Raja Khalid dari Arab Saudi.
1984, 17 Julai (umur 52): Menjadi Menteri Hal-ehwal Luar Negeri sehingga 10 Ogos 1986.
1987 (umur 55):
20 Mei: Menjadi Menteri Pertahanan sehingga Oktober 1990.
Dipilih sebagai anggota Majlis Agung UMNO (Baru) dengan memperoleh undi yang keempat terbanyak.
1989 (umur 57):
Menjadi pengerusi bersama Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand dengan Kasem Samosom Kasemsri, bekas Timbalan Menteri Thailand.
Menjadi naib presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
1990 (umur 58): Menjadi Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Kelantan sehingga September 1993.
1991 (umur 59):
April: Menjadi pengerusi Jawatankuasa Separa Profesional FAM.
5 Jun: Menerima anugerah Panglima Mangku Negara (P.M.N.) daripada Yang di-Pertuan Agong, dengan gelaran "Tan Sri".
1992 (umur 60): Menjadi Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
1993 (umur 61):
11 September: Meletakkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Kelantan.
September: Menerima Pingat Penghargaan Perdana Menteri daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (FAO).
Menjadi Penashihat Kehormat Sepanjang Hayat kepada Bahagian UMNO Kota Bharu, Kelantan.
1999 (umur 67):
Ogos: Menjadi anggota Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II).
Menjadi penasihat kepada KPMG-Peat Marwick.
Menjadi Penasihat Undang-undang kepada Lee & Kee Securities.
Menjadi Penasihat Kehormat kepada Old Frees Association (OFA) sehingga 2001.
2001 (umur 69):
Januari: Menjadi pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.
1 April: Menjadi Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sehingga 2004.
2004 (umur 72): Menjadi pengerusi Yayasan Tuanku Syed Sirajuddin.
2005, 16 September (umur 73): Menerima Anugerah Duta Keamanan pada Hari Keamanan Dunia.