Knowledge Base Wiki

Search for LIMS content across all our Wiki Knowledge Bases.

Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.

Sunting pautan

Tembikai
Semangka
Mendikai
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. lanatus
Nama binomial
Citrullus lanatus
Sinonim[3]
Senarai
    • Anguria citrullus Mill.
    • Citrullus amarus Schrad.
    • Citrullus anguria (Duchesne) H.Hara
    • Citrullus aquosus Schur
    • Citrullus battich Forssk.
    • Citrullus caffer Schrad.
    • Citrullus caffrorum Schrad.
    • Citrullus chodospermus Falc. & Dunal
    • Citrullus citrullus H.Karst.
    • Citrullus citrullus Small
    • Citrullus edulis Spach
    • Citrullus edulis Pangalo nom. illeg.
    • Citrullus mucosospermus (Fursa) Fursa
    • Citrullus pasteca Sageret
    • Citrullus vulgaris Schrad.
    • Colocynthis amarissima Schrad. nom. inval.
    • Colocynthis amarissima Schltdl.
    • Colocynthis citrullus (L.) Kuntze
    • Colocynthis citrullus Fritsch
    • Cucumis amarissimus Schrad.
    • Cucumis citrullus (L.) Ser.
    • Cucumis dissectus Decne.
    • Cucumis edulis[1] Steud. nom. inval.
    • Cucumis laciniosus Eckl. ex Steud.
    • Cucumis laciniosus Eckl. ex Schrad.
    • Cucumis vulgaris[2] (Schrad.) E.H.L.Krause
    • Cucurbita anguria Duchesne
    • Cucurbita caffra Eckl. & Zeyh.
    • Cucurbita citrullus L.
    • Cucurbita gigantea Salisb.
    • Cucurbita pinnatifida Schrank
    • Momordica lanata Thunb.

Tembikai, mendikai, semangka atau timun Cina (nama botani: Citrullus lunatus)[4] merupakan spesies tumbuhan berbunga yang menjalar (memanjat dan melata) dalam keluarga Cucurbitaceae yang berasal dari selatan Afrika. Tumbuhan ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis.

Buah tembikai banyak ditanam di pelbagai iklim seluruh dunia dengan lebih daripada 1,000 jenis yang dihasilkan.

Peristilahan

Perkataan "tembikai" (Jawi: تمبيکاي) dan "mendikai" (Jawi: منديکاي) meminjam daripada kata bahasa Tamil கொம்மட்டிக்காய் kommaṭṭikkay,[5]:78 istilah கொம்மட்டி kommaṭṭi yang berkaitan juga memberi maksud sejenis timun;[6] perkataan "mendikai" yang muncul dahulu sebelum ia kemudian terubah sebutannya sebagai "tembikai"[5]:78 yang lebih dikenali seperti di Semenanjung Melayu dan Sumatera.[1][7]

Perkataan "semangka" (Jawi: سمڠک) pula dipakai di beberapa tempat seperti Johor, Sarawak dan Singapura;[8] ia kata sewarisan dengan kata bahasa Jawa: ꦱꦼꦩꦁꦏ semangka.[1]

Perkataan "timun cina" (Jawi: تيمون چينا) dipakai di Pantai Timur Semenanjung Malaysia termasuk Kelantan dan Terengganu.

Asal-usul

Tumbuhan ini berasal dari kawasan timur laut Afrika,[9] penjelajah Afrika David Livingstone melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan tsamma. Biji-biji tembikai liar ditemukan di Uan Muhuggiag, sebuah tapak prasejarah di barat daya Libya yang wujud sejak kira-kira 3500 SM.[10]

Penanaman tumbuhan ini sebagai makanan boleh dibuktikan seawal alaf ke-2 SM di Mesir Purba di mana spesies C. lanatus dan C. colocynthis dijumpai di sekitar lembah Sungai Nil lagi-lagi di makam firaun Tutankhamun.[11] Buah tembikai pada ketika ini ditanam khususnya sebagai sumber air yang dapat digunakan pada musim kemarau baik dimakan atau dimanfaatkan sebagai bekas menyimpan air.[12] Biji-biji buah ini turut ditemui dalam tapak tamadun awal di Bab edh-Dhra dan Tel Arad sekitar Laut Mati di Palestin.[13]

Orang Moor memperkenalkan buah tembikai ke Andalusia meluas ke Semenanjung Iberia dengan bukti penanamaman didapati paling awal di Córdoba (961) dan Sevilla (1158); ia kemudiannya merebak di Selatan Eropah sebagai tanaman pilihan mengisi hasil tuaian yang barangkali tidak mencukupi pada musim-musim panas. Ia turut dijadikan suatu tanaman hiasan pada abad ke-17.[14]

Dari benua Afrika, buah tembikai diperkenalkan ke benua-benua Dunia Baru oleh para penjajah Eropah dan hamba abdi yang didagangkan. Ia paling awal ditanam penjajah Sepanyol di Florida pada tahun in 1576.; malah buah ini turut dimanfaatkan masyarakat peribumi Amerika Utara sejauh lembah sungai Mississippi. Pelayaran-pelayaran dilakukan peneroka Eropah seperti Kapten James Cook memperkenalkan buah ini ke banyak kepulauan di Lautan Pasifik sampai ke Hawaii.[14]

Morfologi

Sebagaimana spesies-spesies sekeluarganya yang lain, habitus tanaman ini merambat namun ia tidak dapat membentuk akar yang menjalar malah tidak dapat memanjat tempat yang lebih tinggi. Jangkauan rambatan ia dapat mencapai belasan meter. Batang rambatannya penuh bulu atau rerambut putih yang halus.[4] Helai daunnya berbentuk ringkas dengan ukuran 3–25 sentimeter panjang dan 2–19 sm lebar, tepinya berlekuk atau bercuping.

Sekuntum bunga tembikai.

Pada ketiak daun-daun pokok muncul bunga kecil sempurna berwarna kuning yang tumbuh pada tangkai panjang[4] dengan diameter 3 sm. Dua jenis bunga berputik daripada satu tumbuhan sekaligus iaitu bunga jantan yang hanya memiliki sulur dan bunga dwijantina yang memiliki kedua-dua sulur dan pistil; bunga jenis kedua ini dapat dikenali daripada adanya ovarium pada bahagian pangkal bunga berupa pembesaran berbentuk bujur.

Buah

Buah yang dihasilkan berkulit tebal dan keras dengan corak berwarna hijau pekat atau hijau muda dengan lorekan hijau tua. Isi buahnya kelihatan berair serta berwarna merah pekat sampai kejambuan, kuning malah juga putih[14][15] bergantung kepada jenis kultivar yang dipilih.

Penanaman

Tumbuhan ini hidup subur di kawasan subtropika atau tropika di mana ia memerlukan suhu lebih tinggi daripada 25 °C (77 °F) dengan pH tanah antara 5.5 hingga 7 serta kadar nitrogen yang sederhana.[16]

Kegunaan

Buah ini enak dimakan mentah dipotong mahupun dikisar menjadi jus.[17][18]

Biji-bijinya boleh dikeringkan atau dipanggang untuk dimakan terus mahupun dikisar menjadi tepung.[15] Ia merupakan jamahan tradisi Tahun Baru Cina di tanah besar China.[19] Orang di Vietnam turut memakannya ketika sambutan Tết.[20]

Khasiat

Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.

Galeri

Hubungan dengan manusia

Tembikai ialah simbol bangsa Palestin kerana kulit buahnya yang berwarna hijau, isi berwarna merah dan biji-biji benih hitam seperti bendera mereka.[21]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b c Wilkinson, Richard James (1932). "tĕmbikai". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 559 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  2. ^ "Citrullus vulgaris". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ "Citrullus lanatus (Thunb.) Matsum. & Nakai". World Flora Online. The World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 25 Mei 2022.
  4. ^ a b c Hean Chooi Ong (2006). Buah: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 22, 134–135. ISBN 9789676118929.
  5. ^ a b Hoogervorst, Tom (2015). "Detecting pre-modern lexical influence from South India in Maritime Southeast Asia". Archipel. 89: 63–93. doi:10.4000/archipel.490.
  6. ^ "கொம்மட்டி". Tamil Lexicon. University of Madras. 1936. m/s. 1154 – melalui Digital Dictionaries of South Asia kelolaan University of Madras.
  7. ^ Lihat:
    • "tembikai". Kamus Melayu Deli-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 106.
    • "tembikai". Kamus Melayu Sumatera Utara-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 149, 220.
  8. ^ "Citrullus lanatus (Thunb.) Matsum. & Nakai". Flora and Fauna Web. Lembaga Taman Negara Singapura. Dicapai pada 14 Jun 2021.
  9. ^ Renner, S. S. (2017). "Chromosome numbers, Sudanese wild forms, and classification of the watermelon genus Citrullus, with 50 names allocated to seven biological species". Taxon. 66 (6): 1393–1405.
  10. ^ Wasylikowa, Krystyna; van der Veen, Marijke (2004). "An archaeobotanical contribution to the history of watermelon, Citrullus lanatus (Thunb.) Matsum. & Nakai (syn. C. vulgaris Schrad.)". Vegetation History and Archaeobotany. 13 (4): 213–217. doi:10.1007/s00334-004-0039-6. ISSN 0939-6314. JSTOR 23419585. S2CID 129058509. Dicapai pada 14 December 2020.
  11. ^ Zohary, Daniel; Hopf, Maria (2000). Domestication of Plants in the Old World (ed. ke-3). Oxford University Press. m/s. 193. ISBN 0-19-850357-1.
  12. ^ Strauss, Mark (21 Ogos 2015). "The 5,000-Year Secret History of the Watermelon". National Geographic (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  13. ^ Amar, Zohar (5 Disember 2016). Arabian Drugs in Medieval Mediterranean Medicine. Edinburgh University Press. ISBN 9781474413183. Dicapai pada 26 August 2019.
  14. ^ a b c Maynard, David; Maynard, Donald N. (2012). "6: Cucumbers, melons and watermelons". Dalam Kiple, Kenneth F.; Ornelas, Kriemhild Coneè (penyunting). The Cambridge World History of Food, Part 2. Medical History. 46. Cambridge University Press. m/s. 267–270. doi:10.1017/CHOL9780521402156. ISBN 978-0-521-40215-6. PMC 1044500. PMID 16562324.
  15. ^ a b "Citrullus lanatus (Thunb.) Matsum. & Nakai". South Africa National Biodiversity Institute. Dicapai pada 4 October 2014.
  16. ^ Brickell, Christopher (ed) (1992). The Royal Horticultural Society Encyclopedia of Gardening (Print). London: Dorling Kindersley. m/s. 333. ISBN 978-0-86318-979-1.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  17. ^ "Watermelon". g Marketing Resource Center, US Department of Agriculture, Iowa State University. 2017. Dicapai pada 9 Mei 2017.
  18. ^ "Top 10 ways to enjoy watermelon". Produce for Better Health Foundation, Centers for Disease Control, US National Institutes of Health. 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2017. Dicapai pada 9 Mei 2017.
  19. ^ Shiu-ying Hu (2005). Food Plants of China. Chinese University Press. m/s. 125. ISBN 978-962-996-229-6.
  20. ^ The Asian Texans By Marilyn Dell Brady, Texas A&M University Press
  21. ^ Sella, Adam (31 Ogos 2023). "The fruits and vegetables of Palestine and their significance". Al Jazeera. Dicapai pada 1 Jun 2024.

Pautan luar