Knowledge Base Wiki

Search for LIMS content across all our Wiki Knowledge Bases.

Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.

Sunting pautan
Syed Sheh Syed Hassan Barakbah
SMN, SSM, PMN; DUPN (Pulau Pinang); SPMK (Kedah); PSB (Brunei)
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-3
Dalam jawatan
1 Februari 1969 – 1 Februari 1975
Didahului olehSyed Sheh Shahabudin
Digantikan olehSardon Jubir
Yang di-Pertua Dewan Negara ke-2
Dalam jawatan
27 Januari 1969 – 5 Februari 1969
Didahului olehAbdul Rahman Mohamed Yassin
Digantikan olehMohamed Noah Omar
Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan
Dalam jawatan
1966–1968
Didahului olehJames Beveridge Thomson
Digantikan olehMohamed Azmi Mohamed
Maklumat peribadi
Lahir(1906-11-10)10 November 1906
Alor Setar, Kedah
Mati8 Oktober 1975(1975-10-08) (umur 68)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
PasanganToh Puan Sharifah Fatimah Syed Ahmad
Bidang pengkhususanHakim dan Peguam

Tun Syed Sheh bin Syed Hassan Barakbah (10 November 1906 – 8 Oktober 1975) menjadi Gabenor/Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dari 1969 hingga 1975. Beliau menggantikan Tun Syed Sheh Shahabudin (1967 – 1969) yang meninggal dunia. Selepas beliau ialah Tun Sardon Jubir (1975 – 1981).

Beliau pernah menjadi hakim, Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, dan rakyat Malaysia yang pertama memegang jawatan itu. Selepas bersara dari bidang perundangan, beliau menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara dan kemudian Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) Pulau Pinang.

Awal kehidupan

Dilahirkan di Alor Star, Kedah, Syed Sheh adalah keturunan Arab Hadhrami yang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu sejak berkurun lamanya. Nenek moyangnya berhijrah dari kawasan Hadhramaut, Yaman dan menetap di Kedah untuk beberapa generasi sebagai puak Barakbah. Keluarganya Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah menjadi isteri ketiga Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman.

Syed Sheh belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid dan di England dengan biasiswa Kerajaan Negeri Kedah. Beliau belajar undang-undang di Inner Temple dan lulus pada tahun 1934 dengan ijazah LL.B.

Kerjaya

Syed Sheh menjadi majistret khas dalam Perkhidmatan Undang-Undang Kolonial pada tahun 1946. Selepas kemerdekaan 31 Ogos 1957, beliau berkhidmat sebagai seorang hakim di Mahkamah Rayuan.Pada 1963, dilantik sebagai Ketua Hakim Malaya . Pada tahun 1968, Syed Sheh menjadi Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan , jawatan tertinggi dalam badan kehakiman Malaysia . Beliau yang pertama rakyat Malaysia untuk jawatan itu,menggantikan James Beveridge Thomson.

Selepas bersara

Selepas bersara sebagai Ketua Hakim Negara, Syed Sheh telah dilantik sebagai Senator di Dewan Negara iaitu badan perundangan selelas Parlimen Malaysia. Beliau menjadi Presiden Dewan Negara pada tahun 1969.Beliau bersara dari Senator dan dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang ke-3 oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ismail Nasiruddin. Beliau telah berkhidmat dua penggal (empat tahun dan dua tahun) sehingga Februari 1975.

Majlis pelantikan Gabenor Pulau Pinang

Pada 3 Mac 1969, 1969, Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin selaku Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Tun Syed Sheh Syed Hassan sebagai Gabenor Pulau Pinang. Gabenor sebelumnya meninggal dunia pada 31 Januari 1969. Majlis pelantikan diadakan di Istana Negara dengan disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman,Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Wong Pow Nee; Ketua Hakim Negara, Tan Sri Azmi Mohamad; Speaker Dewan Rakyat, Dato’ C.M. Yusof bin Sheikh Abdul Rahman dan Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Abdul Kadir Yusof. Majlis angkat sumpah diadakan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.[1]

Kematian

Tun Syed Sheh meninggal dunia pada 8 Oktober, 1975, di Alor Star , Kedah.

Rujukan


Penyandang Terdahulu Yang di-Pertua Dewan Negara
27 Januari 1969 – 5 Februari 1969
Penyandang Kemudian
Abdul Rahman Mohamed Yassin Mohamed Noah Omar