Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
YBhg Tan Sri Datuk Amar Dr. Haji Sulaiman Daud PSM; SIMP (Pah); DA (Swk); DPSK (Kel); DSSA (Sel); DMSM (Mel); AMN, PPN | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Petra Jaya | |
Dalam jawatan 1990–2004 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Fadillah Yusof |
Menteri Pertanian | |
Dalam jawatan 1995–1999 | |
Didahului oleh | Sanusi Junid |
Digantikan oleh | Mohd Effendi Norwawi |
Menteri Pendidikan Malaysia | |
Dalam jawatan 1991–1995 | |
Perdana Menteri | Mahathir bin Mohamad |
Didahului oleh | Anwar Ibrahim |
Digantikan oleh | Najib Razak |
Dalam jawatan 1981–1983 | |
Perdana Menteri | Mahathir bin Mohamad |
Didahului oleh | Musa Hitam |
Digantikan oleh | Anwar Ibrahim |
Menteri Kehakiman | |
Dalam jawatan 1989–1990 | |
Didahului oleh | Mahathir Mohamad |
Digantikan oleh | Syed Hamid Albar |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri | |
Dalam jawatan 1988–1990 | |
Didahului oleh | Mohamed Nasir |
Digantikan oleh | Syed Hamid Albar |
Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah | |
Dalam jawatan 1986–1988 | |
Didahului oleh | Adib Adam |
Digantikan oleh | Kasitah Gaddam |
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan | |
Dalam jawatan 1983–1986 | |
Didahului oleh | Mokhtar Hashim |
Digantikan oleh | Sabbaruddin Chik |
Menteri Wilayah Persekutuan | |
Dalam jawatan 1981–1981 | |
Didahului oleh | Abdul Taib Mahmud |
Digantikan oleh | Pengiran Othman Pengiran Rauf |
Timbalan Menteri Kesihatan | |
Dalam jawatan 1976–1981 | |
Didahului oleh | Abu Bakar Umar |
Digantikan oleh | Pathmanaban Kunjamboo |
Timbalan Menteri Tanah dan Sumber Asli | |
Dalam jawatan 1974–1976 | |
Didahului oleh | Penyandang pertama |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Santubong | |
Dalam jawatan 1974–1990 | |
Didahului oleh | Awang Wal Awang Abu |
Digantikan oleh | Rohani Abdul Karim |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 4 Mac 1933 Kuching, Sarawak |
Mati | 23 Mac 2010 | (umur 77)
Parti politik | BN-PBB |
Pasangan | Puan Sri Naemah Hasbi |
Anak | Dr. Mahathir Norshida Zelda Raha Azman |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Doktor |
Tan Sri Datuk Amar Dr. Haji Sulaiman Daud (lahir 4 Mac 1933 - meninggal 23 Mac 2010) .Anak kelahiran Kuching, Sarawak.[1]
Mendapat ijazah kedoktoran pergigian dari University of Otago, New Zealand.Beliau menjadi doktor gigi di kerajaan negeri Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960-an.
Beliau merupakan ahli politik dari Sarawak di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Santubong, negeri Sarawak. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional.
Beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Kesihatan. Kemudian dilantik menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Pengakap Negara.
Dr Sulaiman pernah menjadi Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak. Kemudian menjadi ahli Parlimen Petra Jaya, Sarawak.Beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 1981.
Beliau dilantik menjadi Menteri Pelajaran (1981-1984 dan juga 1991-1995), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).
Semasa menjadi Menteri Pelajaran, beliau terlibat memajukan pembelajaran Bahasa Inggeris.Semasa menjadi Menteri Pertanian, terlibat dengan pindaan Kanun Tanah Negara.
Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun
Aktif dalam Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).
Anaknya Mahathir, Norshida, Zelda dan Azman. Dr. Mahathir bertugas di Kuching Specialist Hospital dan Azman, berada di London. Isterinya Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.
Pada 23 Mac 2010, Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa 8.10 pagi kerana sakit kanser hati. Dia dimasukkan ke unit rawatan koronari HKL pada pukul 12.30 tengah malam setelah mengadu sakit di rumahnya.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Lembaga Masjid Bahagian Kuching, Kuching, Sarawak. Jenazah dibawa balik ke Sarawak dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari pangkalan TUDM di Subang.
Turut menziarahi ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad , Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Datuk Seri Rais Yatim, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan lain-lain.[2]