Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Raja Zarith Sofiah | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Malaysia XVII Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor | |||||||||
Raja Permaisuri Agong ke-17 | |||||||||
Tempoh | 31 Januari 2024 - kini | ||||||||
Pertabalan | 20 Julai 2024 | ||||||||
Didahului oleh | Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah | ||||||||
Permaisuri Johor | |||||||||
Tempoh | 23 Januari 2010 - kini | ||||||||
Kemahkotaan | 23 Mac 2015 | ||||||||
Didahului oleh | Sultanah Zanariah (sebagai Sultanah) | ||||||||
Isteri Tunku Mahkota Johor | |||||||||
pelantikan | 22 September 1982 – 23 Januari 2010 | ||||||||
Didahului oleh | Tengku Zanariah | ||||||||
Diikuti oleh | Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor | ||||||||
Canselor Universiti Teknologi Malaysia | |||||||||
pelantikan | 1 Jun 2010 - kini | ||||||||
Keputeraan | Raja Zarith Sofiah binti Raja Idris Shah 14 Ogos 1959 Hospital Batu Gajah, Perak, Malaya | ||||||||
Pasangan | Sultan Ibrahim (k. 1982) | ||||||||
Anakanda | Tunku Mahkota Ismail Tunku Tun Aminah Tunku Idris Iskandar Tunku Abdul Jalil (mangkat 5 Disember 2015) Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri Tunku Abu Bakar | ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Kesultanan Siak-Perak (melalui kelahiran) Temenggong (melalui perkahwinan) | ||||||||
Ayahanda | Sultan Idris Shah II | ||||||||
Bonda | Raja Perempuan Muzwin | ||||||||
Agama | Islam Sunni |
Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah (Jawi: راج زاريث صوفيا بنتي المرحوم سلطان إدريس شاه ; diputerakan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak) merupakan Raja Permaisuri Agong ke-17 dan Permaisuri Johor. Baginda adalah isteri kepada Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Sultan Johor era moden yang ke-5. Baginda juga adalah puteri kepada Sultan Perak ke-33, Sultan Idris al-Mutawwakil Alallahi Shah ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar Shah Kaddasullah dan Raja Perempuan Perak, Raja Perempuan Muzwin binti Almarhum Raja Ariff Shah.
Baginda telah mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar sehingga tamat darjah enam. Setelah pengajiannya tamat, baginda meneruskan pelajaran ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar. Selepas itu, baginda belajar di Cheltenhem Ladies' College, Gloucestershire pada usia 13 tahun.[1][2] Pada September 1977, baginda pula belajar di Davies' College, London. Seterusnya, baginda diterima masuk ke Somerville College, yang bertempat di Universiti Oxford setelah lulus peperiksaan Oxford Entrance Examination. Pada Jun 1983, baginda telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera atau Bachelor's of Arts dan seterusnya menerima Ijazah Sarjana Sastera atau Master's of Arts selepas tiga tahun iaitu dalam tahun 1986.[3][4]
Raja Zarith Sofiah merupakan anakanda ketujuh dan puteri ketiga kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah II. Bonda baginda, Raja Perempuan Muzwin mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2011.[5]
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkahwin dengan baginda pada tahun 1982. Mereka dikurniakan lima orang putera dan satu puteri iaitu: Tunku Ismail (1984) (Tunku Mahkota Johor), Tunku Tun Aminah (1986), Tunku Idris Iskandar (1988), Tunku Abdul Jalil (5 Julai 1990 - 5 Disember 2015), Tunku Abdul Rahman (1993) dan Tunku Abu Bakar (2001).
Ketika menjadi isteri kepada Tunku Mahkota Johor, baginda dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Raja Zarith Sofiah.
Setelah kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 22 Januari 2010, suami baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor.
Bagi menunjukkan perbezaan status asal baginda yang merupakan puteri langsung kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, baginda tidak memakai gelaran Sultanah Johor sebaliknya memakai gelaran yang buat pertama kalinya digunakan dalam sejarah Kesultanan Johor iaitu Permaisuri Johor ketika Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim pada 23 Mac 2015.
Raja Zarith Sofiah telah berkahwin dengan Sultan Ibrahim pada tahun 1982. Baginda berdua dikurniakan dengan 5 orang putera dan seorang puteri.
Nama | Keputeraan | Tempat Keputeraan | Umur | Kemangkatan | Tarikh berkahwin | Pasangan diraja | Anakandanya |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail |
30 Jun 1984 | Johor, Malaysia | 40 tahun, 5 bulan dan 29 hari | - | 24 Oktober 2014 | Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda binti Bustamam | - YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah - DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim - YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim - YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah |
Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah | 8 April 1986 | Johor | 38 tahun, 8 bulan dan 21 hari | - | 14 Ogos 2017 | Dato' Dennis Muhammad Abdullah | - Layla Sofiah - Anak kedua (nama belum diketahui) |
Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Ismail |
25 Disember 1987 | Johor | 37 tahun dan 4 hari | - | - | - | |
Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar |
5 Julai 1990 | Johor | 5 Disember 2015 | (umur 25)Tidak pernah berkahwin | |||
Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri |
5 Februari 1993 | Johor | 31 tahun, 10 bulan dan 24 hari | - | - | - | |
Yang Amat Mulia Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar |
30 Mei 2001 | Johor | 23 tahun, 6 bulan dan 29 hari | - | - | - |
Selain bahasa ibunda, baginda turut fasih berbahasa Mandarin, Inggeris, Perancis dan Itali.
Sempena Majlis Anugerah Buku Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia, Raja Zarith Sofiah telah dianugerahi "Ilustrator Terbaik" bagi kategori buku kanak-kanak. Raja Zarith Sofiah juga meneruskan penulisannya di ruang akhbar The New Straits Times Malaysia, setiap dua minggu di bawah tajuk "On Common Ground".
Raja Zarih Sofiah turut menjadi penaung kepada Yayasan Kelab Rotary Tebrau, Johor Bahru, Naib Presiden Majlis Wanita Johor (MAWAR) dan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor.[6]
Gelaran hormat bagi Raja Zarith Sofiah | |
Gaya panggilan | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Kebawah Duli Tuanku |
Gaya pilihan | Tuanku |
Nama penuh berserta gelaran rasmi baginda ialah :
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, D.K., D.M.N., S.P.M.J., S.M.I.J., P.S.I., D.K. (Perak), S.P.C.M.
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)