Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Rabat
| |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bandar | |||||||
Koordinat: 34°02′N 6°50′W / 34.033°N 6.833°W[1] | |||||||
Negara | Maghribi | ||||||
Kawasan | Rabat-Salé-Kénitra | ||||||
Pentadbiran | |||||||
• Datuk Bandar | Asmaa Rhlalou | ||||||
Keluasan | |||||||
• Bandar | 117 km2 (45.17 batu persegi) | ||||||
Aras tertinggi | 160 m (520 ft) | ||||||
Aras Terendah | 0 m (0 ft) | ||||||
Penduduk (2014)[2] | |||||||
• Bandar | 577,827 | ||||||
• Pemeringkatan | ke-7 di Maghribi | ||||||
• Kepadatan | 4,900/km2 (13,000/batu persegi) | ||||||
• Metro | 2,120,192 | ||||||
Zon waktu | UTC+1 (CET) | ||||||
Laman sesawang | www | ||||||
Nama rasmi | Rabat, Ibu Negara Moden dan Bandar Bersejarah: Warisan Bersama | ||||||
Jenis | Budaya | ||||||
Kriteria | ii, iv | ||||||
Ditetapkan | 2012 (sesi ke-36) | ||||||
No. rujukan | 1401 | ||||||
Rantau | Negara Arab |
Rabat (Arab: الرباط, rumi: ar-Rabāṭ ) ialah ibu negara Maghribi. Bandar ini memiliki penduduk sebanyak 1.2 juta orang (anggaran 2005). Bandar ini juga merupakan ibu negara kawasan Rabat-Salé-Kénitra.
Nama Rabat diambil daripada perkataan Arab, الرِّبَاط [ar-ribāṭ], sejenis kubu Islam iaitu ribat. Nama ini dipendekkan daripada frasa رِبَاط الفَتْح [ribāṭu l-fatħ], "ribat pembukaan" yang diperoleh bandar pada 1170 disebabkan oleh kepentingan ketenteraan.[3]
Rabat mempunyai iklim Mediterranean (Csa) dengan musim panas yang agak panas dan musim sejuk yang agak lembap. Dengan kedudukannya di sepanjang Lautan Atlantik, Rabat mempunyai iklim yang sederhana, dengan cuaca dingin pada musim sejuk dan bertukar menjadi panas ketika musim panas. Waktu malam adalah dingin secara sederhana, dengan suhu boleh turun mencecah 0 °C ketika musim sejuk. Pada waktu siang, suhu meningkat sebanyak 7- 8 °C.
Suhu tertinggi musim sejuk lazimnya mencapai hingga 17.2 °C pada Disember hingga Februari. Suhu tertinggi musim panas pula lazimnya pada takat 25 °C tetapi kadangkala boleh mencapai 30 °C, terutamanya ketika berlakunya gelombang haba. Suhu waktu malam pada musim panas biasanya dalam julat 11 °C ke 19 °C dan jarang melebihi 20 °C. Taburan hujan purata tahunan Rabat ialah 560 mm.
Rabat dibahagikan kepada enam buah daerah, yakni lima buah arrondissement dan sebuah perbandaran (Touraga) seperti di bawah:[2]
Rabat menempatkan Teater Mohammed V di pusat bandar.
Rabat mempunyai beberapa buah muzium termasuklah:
Rabat mempunyai hubunga bandar kembar dengan bandar-bandar berikut: