Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Prefektur (Jawi: ڤريفيكتور serapan Perancis: préfecture turunan Latin praefectura "tadbiran praefectus"[1]) adalah sebuah istilah untuk menyatakan suatu wilayah yang memiliki kekuasaan tersendiri atau wilayah sejak zaman Maharaja Diocletianus yang membahagikan Kerajaan Romawinya kepada empat wilayah kecil. Prefektur serupa seperti negeri atau provinsi yang dipimpin oleh pemimpin dipilih.
Jika digunakan pada konteks sejarah China, terutama sebelum dinasti Tang, kata "prefektur" digunakan untuk menterjemahkan Xian (县/縣), suatu unit pentadbiran.
Jika digunakan pada konteks sejarah China pada saat atau sesudah dinasti Tang, kata "prefektur" digunakan untuk menterjemahkan Zhou (州).
Di Republik Rakyat China, prefektur (地区; pinyin: dìqū) ialah sebuah pembahagian wilayah pentadbiran peringkat dua dari seluruh peringkat pentadbiran.
Di Jepun, kata prefektur digunakan untuk menterjemahkan wilayah pentadbiran peringkat pertama ken (県) yang lebih kurang setaraf sebuah negeri Malaysia.[2]
Prefektur di Perancis (Perancis: préfecture ) ialah ibu kota sebuah département.[3] Di Perancis terdapat 100 prefektur.
Yunani moden pernah dibahagi utama kepada 51 nomos (Bahasa Yunani: νομός "[padang] ragutan" terbitan νέμω némō "meragut") dari Kerajaan Yunani sampai ke pemerintahan republik diselaras perlembagaan 1975, setiap nomos ini memerintah setempat dipimpin oleh seorang nomark (νομάρχης nomárkhēs) yang dilantik secara undian. Pembahagian ini dirombak oleh kabinet Georgios Papandreou yang memperkenalkan Rancangan Kallikrates (Yunani: Πρόγραμμα Καλλικράτης, rumi: Prógramma Kallikrátis ) pada tahun 2011 yang menyusun semula seluruh Yunani kepada 13 "wilayah" (περιφέρεια periféreia) dibahagikan kepada "unit wilayah" (περιφερειακή ενότητα perifereiaké enótita).
b) «territoire placé sous l'autorité d'un préfet» [...] Empr. au lat. praefectura «charge de directeur; administration; dignité de préfet; ville administrée par un préfet», de praefectus...