Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Perkubuan (Bahasa Inggeris: Fortification) adalah binaan atau bangunan tentera yang direka untuk mempertahankan wilayah-wilayah dalam peperangan, dan juga diguna untuk menguatkan pemerintahan di sesebuah kawasan pada masa aman. Manusia telah membina kerja-kerja pertahanan selama beribu-ribu tahun, dalam pelbagai reka bentuk yang semakin kompleks.
Dari sejarah awal zaman moden, tembok telah menjadi satu keperluan bagi kota-kota untuk terus hidup dalam dunia yang sentiasa mengubah pencerobohan dan penaklukan. Sesetengah penempatan di Tamadun Lembah Indus adalah bandar-bandar terawal (ia sangat kecil berbanding yang sekarang, bandaraya-bandaraya utama) yang diperkukuhkan. Dalam zaman Yunani Purba, tembok-tembok batu besar telah dibina di Yunani Mycenaean, seperti tapak purba Mycenae (terkenal dengan tembok bongkah batu besar 'cyclopean'). Bandar purba Phrourion adalah satu koleksi bangunan berkubu yang digunakan sebagai garison tentera dan setaraf dengan castellum Rom atau kubu dalam bahasa Inggeris. Binaan ini bertujuan menjadi sebuah menara tinjau, bagi menjaga jalan-jalan tertentu, laluan, dan tanah-tanah yang memudaratkan kerajaan. Walaupun lebih kecil daripada kubu sebenar, binaan ini bertindak sebagai pengawal sempadan dan bukannya sebuah strongpoint sebenar untuk meninjau dan menjaga sempadan.
Seni menubuhkan sebuah kem tentera atau membina perkubuan tradisional telah dipanggil "castra" semenjak zaman Legion Rom. Perkubuan biasanya dibahagikan kepada dua cabang: benteng kekal dan benteng medan. Terdapat juga cabang tengah yang dikenali sebagai benteng separa kekal. Istana kota adalah kubu yang dianggap berbeza dari kubu atau benteng generik kerana ia menggambarkan kediaman seseorang raja atau golongan bangsawan dan memerintah sesebuah wilayah pertahanan yang tertentu.
Kubu-kubu Rom dan kubu bukit adalah latar belakang utama istana di Eropah, yang muncul pada abad ke-9 dalam Empayar Carolingian. Zaman awal pertengahan menyaksikan kewujudan beberapa bandar yang dibina di sekeliling istana. Perkubuan gaya zaman pertengahan sebahagian besarnya menjadi usang dengan kedatangan meriam pada abad ke-14. Perkubuan dalam zaman serbuk peluru berkembang menjadi struktur lebih rendah dengan menggunakan lebih banyak parit dan benteng tanah yang akan menyerap dan menghindar tenaga tembakan meriam. Tembok terdedah pada tembakan terus meriam sangat merbahaya, jadi ia telah di benamkan kedalam parit yang berdepan dengan cerun tanah.
Kemunculan bahan letupan pada abad ke-19 membawa kepada satu lagi evolusi dalam perkubuan. Kubu bintang tidak dapat bertahan lama dengan kesan bahan letupan kuat dan susunan rumit bastion, yang di apit bateri dan garis api yang dibina teliti untuk meriam pertahanan boleh terganggu oleh bahan letupan. Kubu keluli dan konkrit banyak terdapat dalam abad ke-19 dan awal abad ke-20. Walau bagaimanapun kemajuan dalam peperangan moden sejak Perang Dunia I telah menjadikan kubu berskala besar ketinggalan zaman dalam pelbagai situasi.
Banyak pangkalan tentera dipanggil sebagai "kubu", walaupun ia tidak sentiasa berbenteng. Kubu yang lebih besar boleh dipanggil "perkubuan"; yang lebih kecil dahulunya dikenali sebagai "fortalices". Perkataan "pengubuan" juga boleh merujuk kepada amalan meningkatkan pertahanan di kawasan ini dengan kerja-kerja pertahanan. Tembok kota adalah perkubuan tetapi tidak seharusnya digelar kubu. Zon bebas tentera di sepanjang sempadan boleh dikatakan satu lagi jenis perkubuan, walaupun jenis pasif, menyediakan penampan di antara tentera yang bermusuhan.
Komponen kubu
Jenis-jenis kubu dan benteng
|title=
(bantuan)