Search for LIMS content across all our Wiki Knowledge Bases.
Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Ikut arah jam, bermula di kiri atas: rondaan bersama di Samarra; penumbangan patung Saddam Hussein di Dataran Firdos; seorang askar Iraq bersiap dengan raifal untuk menyerang; letupan bom di Baghdad Selatan.
Tarikh
20 Mac 2003 (2003-03-20) – 15 Disember 2011 (2011-12-15) (8 tahun, 270 hari)[1]
Jumlah kematian: 24,219 Jumlah kecederaan: 117,961
Kematian pejuang Iraq (sewaktu serangan): 7,600–10,800[30][31]Pemberontak (pasca Saddam) Dibunuh: 21,221–26,405 (2003-2011)[32] Tahanan: 200 (ditahan oleh AS)[33] 12,000 (ditahan oleh Iraq)[34]
Jumlah maut: 28,736-37,120
Kematian orang awam akibat keganasan yang dilaporkan, Iraq Body Count – 2003 hingga 14 Disember 2011: 103,160–113,728 dicatatkan[35] and 15,114 new deaths added from the Iraq War Logs[36]Anggaran kematian lebihan, (Lancet) – Mac 2003 - Julai 2006:654,965** (95% CI: 392,979-942,636)[37][38]
Anggaran kematian ganas, Tinjauan Kesihatan Keluarga Iraq - Mac 2003 - Julai 2006: 151,000 (95% CI: 104,000-223,000)[39]
* "injured, diseased, or other medical" – required medical air transport. UK number includes "aeromed evacuations" **Total deaths include all additional deaths due to increased lawlessness, degraded infrastructure, poorer healthcare, etc.
Perang Iraq (atau Perang di Iraq) (tulisan Jawi : ڤراڠ العراق) bermula pada 20 Mac 2003[40][41] dengan serangan ke atas negara itu oleh Amerika Syarikat di bawah pentadbiran George W. Bush serta United Kingdom pimpinan Perdana Menteri Tony Blair.[42] Perang ini juga dipanggil Pendudukan Iraq(tulisan Jawi : ڤندودوكن العراق), Perang Teluk Kedua, atau Operasi Kebebasan Iraq oleh tentera AS. Perang ini ditamatkan secara rasmi oleh AS pada 15 Disember 2011, namun keganasan sekali-sekala berterusan di seluruh negara.[43]
Sebelum serangan, pemerintah-pemerintah AS dan UK menegaskan bahawa kemungkinan Iraq menggunakn senjata pemusnah besar-besaran mengancam keselamatan mereka dan juga sekutu-sekutu serantau dan seperikatan mereka.[44][45][46] Pada tahun 2002, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan Resolusi 1441 yang menyeru supaya Iraq benar-benar berkerjasama dengan para pemeriksa senjata PBB untuk mengesahkan bahawa ia tidak memiliki sebarang senjata pemusnah besar-besaran dan peluru berpandu krus. Suruhanjaya Pengawasan, Pengesahan dan Pemeriksaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNMOVIC) dibenarkan masuk oleh Iraq mengikut peruntukan-peruntukan resolusi PBB itu tetapi tidak menemui sebarang bukti wujudnya senjata pemusnah besar-besaran. Ini tidak disusuli oleh pemeriksaan lanjutan untuk mengesahkan kepatuhan Iraq kepada kehendak-kehendak pelucutan senjata PBB dengan kukuh.[47][48][49][50] Ketua inspektor senjara, Hans Blix memesan Majlis Keselamatan PBB bahawa kerjasama Iraq itu "aktif" tetapi tidak "tanpa syarat" dan tidak "serta-merta". Pengisytiharan Iraq berkenaan senjata pemusnah besar-besaran tidak dapat ditentusahkan ketika itu, tetapi tugas-tugas yang belum selesai berkenaan pelucutan senjata Iraq mampu diselesaikan dalam masa berbulan-bulan sahaja.[47][51]
Ekoran serangan itu, Kumpulan Peninjauan Iraq yang diketuai oleh AS membuat kesimpulan bahawa Iraq telah menamatkan program-program nuklear, kimia dan biologinya pada tahun 1991, dan tidak menganjurkan sebarang program yang aktif ketika serangan tetapi Iraq berniat untuk menyambung semula pengeluaran sebaik sahaja sekatan antarabangsa terhadap negara itu ditarik balik.[52] Walaupun masih terjumpanya saki-baki senjata kimia yang tersalah letak atau terbiar sebelum tahun 1991, namun ia bukanlah senjata-senjata yang dijadikan hujah utama untuk mempertahankan langkah untuk menyerang Iraq.[53] Sesetengah pegawai AS juga menuduh Presiden Iraq, Saddam Hussein melindungi dan menyokong al-Qaeda,[54] namun tidak terjumpanya bukti hubung kait antara dua pihak itu yang bermakna.[55][56] Sebab-sebab lain untuk menyerang yang dinyatakan oleh pemerintah-pemerintah negara yang menyerang itu termasuklah: pembiayaan Iraq kepada sanak-saudara pengebom berani matiPalestin,[57] pencabulan hak asasi manusia oleh kerajaan Saddam,[58] dan usaha untuk menyemai demokrasi di negara tersebut.[59][60]
Serangan ke atas Iraq ini membawa kepada pendudukan negara itu dan akhirnya penangkapan Presiden Saddam yang kemudiannya dibicarakan di sebuah mahkamah Iraq lalu dihukum mati oleh kerajaan Iraq yang baru. Keganasan terhadap angkatan-angkatan campuran dan sesama pelbagai kelompok taifah pun mencetuskan pemberontakan Iraq, persengketaan antara pelbagai puah Sunnah dan Syiah, serta kebangkitan paksi baru al-Qaeda di Iraq.[61][62] Pada tahun 2008, UNHCR melaporkan anggaran 4.7 juta pelarian (~16% jumlah penduduk) termasuk 2 juta di luar negara (bilangan yang menghampiri unjuran CIA[63]) dan 2.7 juta yang kehilangan tempat tinggal dan masih terkandas dalam negara.[64] Pada tahun 2007, lembaga anti-rasuah Iraq melaporkan bahawa sejumlah lima juta (35%) kanak-kanak Iraq menjadi anak yatim.[65] Pada Mac 2008, Pertubuhan Palang Merah menyatakan bahawa keadaan kemanusiaan Iraq masih antara yang paling teruk di dunia, kerana jutaan warga Iraq terpaksa bergantung pada sumber air yang tidak mencukupi dan tercemar.[66]
Pada Jun 2008, para pegawai Jabatan Pertahanan AS mendakwa bahawa petunjuk-petunjuk keselamatan dan ekonomi mulai menunjukkan tanda-tanda peningkatan dalam apa yang mereka katakan sebagai kejayaan yang sangat besar tetapi tidak kukuh.[67] Pada tahun 2007, Iraq menduduki tangga kedua dalam Indeks Negara Gagal; namun kedudukannya telah banyak meningkat ke tangga kelima pada tahun 2008, keenam pada tahun 2009, dan ketujuh pada tahun 2010.[68] Apabila pendapat umum yang menyokong pengunduran tentera meningkat sementara tentera Iraq mulai mengambil alih tanggungjawab atas keselamatan negara, negara-negara anggota Campuran itu akhirnya mengundurkan tentera masing-masing.[69][70] Pada akhir tahun 2008, kerajaan AS dan Iraq meluluskan satu Perjanjian Taraf Angkatan yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012.[71]Parlimen Iraq juga meratifikasi satu Perjanjian Kerangka Strategi dengan AS[72] yang bertujuan memastikan kerjasama dalam membela hak-hak perlembagaan, mencegah ancaman, pendidikan,[73] membangunkan tenaga, dan sebagainya.[74]
Pada akhir Februari 2009, Presiden AS yang baru dilantik, TENTARA AS MATIBarack Obama mengumumkan tempoh pengunduran angkatan petempur selama 18 bulan, dengan kira-kira 50,000 orang askar yang kekal di Iraq "untuk menasihati dan melatih angkatan keselamatan Iraq serta menjalankan perisikan dan pengawasan".[75][76] Jeneral Ray Odierno, komander tertera AS yang tertinggi di Iraq, berkata dia percaya bahawa semua tentera AS akan meninggalkan negara itu menjelang akhir tahun 2011,[77] sementara tentera UK menamatkan operasi pertempuran pada 30 April 2009.[78] Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki berkata beliau menyokong pengunduran tentera AS secara yang dipercepat.[79] Di satu ucapan di Oval Office pada 31 Ogos 2010, Obama mengisytiharkan bahawa "misi pertempuran AS di Iraq telah berakhir. Operasi Kebebasan Iraq sudah tamat, maka rakyat Iraq kini memegang tanggungjawab utama buat keselamatan tanah air mereka."[80][81][82] Mulai 1 September 2010, nama operasi AS bagi penglibatannya di Iraq bertukar daripada "Operasi Kebebasan Iraq" kepada "Operasi Fajar Baru." 50,000 orang AS yang tinggal itu diberi tugas untuk "menasihati dan menolong briged-briged" yang ditugaskan kepada operasi bukan pertempuran sementara mengekalkan kebolehan beralih kepada operasi pertempuran seandainya perlu. Dua briged penerbangan tempur turut kekal di Iraq.[83] Pada September 2010, agensi berita Associated Press mengeluarkan memo dalaman yang mengingatkan para wartawannya bahawa "pertempuran di Iraq belum berakhir," malahan "tentera AS masih terlibat dalam operasi pertempuran di samping tentera Iraq, walaupun para pegawai AS berkata bahawa misi pertempuran AS tamat dengan rasmi."[84][85]
Pada 21 Oktober 2011, Presiden Obama mengumumkan bahawa semua askar dan pelatih tentera AS akan meninggalkan Iraq menjelang akhir tahun itu, sekaligus melabuhkan tirai pada misi AS di Iraq.[86] Pada 15 Disember 2011, Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta secara rasminya mengisytiharkan Perang Iraq tamat di sebuah upacara penurunan bendera di Baghdad.[87]
Bennett, Dashiell (15 Disember 2011). "The Iraq War Is Officially Over". The Atlantic Wire. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-02. Dicapai pada 15 Disember 2011.
Murphy, Dan (15 Disember 2011). [www.csmonitor.com/World/Backchannels/2011/1215/The-Iraq-war-ends-with-a-sovereign-Iraq-kicking-US-out "The Iraq war ends with a sovereign Iraq kicking US out"] Check |url= value (bantuan). Christian Science Monitor. Dicapai pada 15 Disember 2011.
^"Forces: U.S. & Coalition/POW/MIA". CNN. Dicapai pada 22 Februari 2011.; Setakat Mei 2011, lapan orang Amerika masih tidak dapat dikesan, termasuk tujuh orang kontraktor persendirian dan seorang anggota tentera. Nama-nama mereka ialah: Jeffrey Ake, Aban Elias, Abbas Kareem Naama, Neenus Khoshaba, Bob Hamze, Dean Sadek, Hussain al-Zurufi dan Staf Sarjan Ahmed Altaie. Healy, Jack, "With Withdrawal Looming, Trails Grow Cold For Americans Missing In Iraq", New York Times, 22 Mei 2011, p. 6.
^Kevin BakerDiarkibkan 2008-08-20 di Wayback Machine "The Quietest War: We've Kept Fallujah, but Have We Lost Our Souls?" American Heritage, Oct. 2006.
^U.S. Senate Intelligence Community (June 2008): "Two Bipartisan Reports Detail Administration Misstatements on Prewar Iraq Intelligence, and Inappropriate Intelligence Activities by Pentagon Policy Office". "There is a fundamental difference between relying on incorrect intelligence and deliberately painting a picture to the American people that you know is not fully accurate." – Senator John D. (Jay) Rockefeller IV
^In his remarks to the UN Security Council on 14.2.2003 Hans Blix said on cooperation that "In my 27 January update to the Council, I said that it seemed from our experience that Iraq had decided in principle to provide cooperation on process, most importantly prompt access to all sites and assistance to UNMOVIC in the establishment of the necessary infrastructure. This impression remains and we note that access to sites has so far been without problems." On time remaining until the confirmation of disarmament he said "the period of disarmament through inspection could still be short if immediate, active and unconditional cooperation with UNMOVIC and IAEA were to be forthcoming." United Nations Security Council: 4707th meeting. Friday,14 February 2003, 10 a.m., New York, New York, U.S.
^CNN (September 12, 2002) "White House spells out case against Iraq"Diarkibkan 2009-06-07 di Wayback Machine, "the White House released a report early Thursday, listing some of the principal accusations against Iraq and its leader ... Iraq is also accused of sheltering two Palestinian terrorist organizations, and it lists Saddam's decision in 2002 to increase from $10,000 to $25,000 the bounty paid to the families of Palestinian suicide bombers."