Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Pelvis (berasal dari perkataan Latin yang bermaksud 'besen') ialah sejenis struktur anatomi yang terdapat dalam kebanyakan vertebrat, iaitu struktur bertulang atau girdel pelvis yang mencantumkan hilir tulang belakang dengan kaki belakang, dan juga kawasan tubuh badan (kulit daging) yang dibentuk oleh struktur tersebut. Otot-otot dan tisu du bawah girdel pelvis dipanggil lantai pelvis. Epifisis tulang paha yang bundar iaitu ;kepala' berartikulat dengan tulang pelvis pada sendi pinggul di asetabulum.[1]
Girdel pelvis juga dikenali sebagai rangka pelvis atau pelvis bertulang. Ia merupakan struktur berbilang tulang yang bersimetri dwisisi dan terdiri daripada os coxa, sakrum dan koksiks. Bahagian atas atau hadapan pelvis dipanggil inlet pelvis, dan tepinya brim pelvis. Girdel pelvis dalam mamalia ada celah di tengah-tengah, lebih besar bagi yang betina daripada yang jantan. Anak melalui celah ini ketika dilahirkan.
Struktur seakan pelvis yang terdapat pada burung dan dinosaur dipanggil sinsakrum.
Rongga yang dibentuk oleh girdel pelvis sehingga brim pelvis juga dikenali sebagai rongga pelvis. Kawasan tubuh yang dibentuk oleh girdel pelvis dan rongga pelvis dipanggil pelvis kecil (atau pelvis sejati).
Oleh sebab pelvis berbentuk cekung, satu lagi rongga terbentuk oleh pelvis di atas dan di hadapan brim pelvis. Ini dipanggil pelvis besar (atau pelvis palsu). Sesetengah pihak menganggapnya tergolong dalam ronga pelvis, manakala yang lain pula menganggapnya dalam rongga abdomen.
Pelvis boleh disusur-galurkan kepada girdel pelvis pada vertebrat purba, dan sirip kembar ikan yang merupakan antara kordata yang terawal.[2]