Knowledge Base Wiki

Search for LIMS content across all our Wiki Knowledge Bases.

Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.

Otto Diels
Kelahiran(1876-01-23)23 Januari 1876
Meninggal dunia7 Mac 1954(1954-03-07) (umur 78)
WarganegaraJerman
Pusat pendidikanUniversiti Berlin
Terkenal keranaReaksi Diels–Alder
AnugerahHadiah Nobel dalam Kimia (1950)
Kerjaya saintifik
BidangKimia
InstitusiUniversiti Kiel
Penasihat kedoktoranEmil Fischer
Pelajar kedoktoranKurt Alder
Karl Wilhelm Rosenmund

Otto Paul Hermann Diels (bahasa Jerman: [diːls]; 23 Januari 1876 - 7 Mac 1954) ialah seorang ahli kimia Jerman1. Hasil kerja beliau yang paling terkenal ialah hasil kerjanya bersama Kurt Alder untuk reaksi Diels-Alder, satu kaedah untuk sintesis diena.[1] Pasangan ini dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Kimia pada tahun 1950 untuk kerja mereka. Kaedah mensintesis sebatian organik kitaran terbukti bernilai untuk pembuatan getah sintetik dan plastik.[2] Beliau menamatkan pendidikannya di Universiti Berlin, di mana beliau kemudiannya bekerja. Diels bekerja di Universiti Kiel ketika beliau menyiapkan kerja pemenang Hadiah Nobelnya, dan kekal di sana sehingga bersara pada tahun 1945. Diels telah berkahwin, dengan lima orang anak. Beliau meninggal pada tahun 1954.

Rujukan

  1. ^ "Otto Diels - Biographical". The Nobel Foundation. Dicapai pada 2013-12-07.
  2. ^ "Otto Paul Hermann Diels". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 2013-12-07.

Pautan luar