Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
YB Datuk Ngwe Hee Sem DMSM (Melaka); KMN; ADUN | |
---|---|
魏喜森 | |
EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
Menyandang jawatan 5 April 2023 | |
Ketua Menteri | Ab Rauf Yusoh |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Machap Jaya | |
Menyandang jawatan 27 Disember 2021 | |
Didahului oleh | Ginie Lim Siew Lin |
Majoriti | 938 (PRN 2021) |
Naib Ketua Bahagian Alor Gajah Persatuan Cina Malaysia | |
Presiden | Wee Ka Siong |
Timbalan Presiden | Mah Hang Soon |
Pengerusi Negeri | Lim Ban Hong |
Ketua Bahagian | Koh Nai Kwong |
EXCO Perpaduan, Tenaga Kerja, Perhubungan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
Dalam jawatan 26 November 2021 – 29 Mac 2023 | |
Ketua Menteri | Sulaiman Md Ali |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ngwe Hee Sem 2 Januari 1968 Machap Jaya, Melaka |
Parti politik | MCA |
Pasangan | Datin Chow Chee Wei |
Anak | 2 |
Tempat belajar | University of Tennessee at Martin, USA (BBA) |
Pekerjaan | Ahli politik |
YB Datuk Ngwe Hee Sem (Cina: 魏喜森, atau dikenali Ah Sem) (lahir 12 Januari 1968) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Machap Jaya[1], dan EXCO Melaka. Di peringkat parti beliau ialah Naib Pengerusi MCA Bahagian Alor Gajah, Setiausaha Organisasi MCA Melaka, Ketua Biro Pertanian MCA Pusat.
Ngwe Hee Sem menggunakan tiket Barisan Nasional mengambil semula kawasan Machap Jaya dalam Pilihan raya negeri Melaka 2021.[1] Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Tenaga Kerja, Perhubungan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka bawah pentadbiran Sulaiman Md Ali.[2] Manakala Lim Ban Hong, ADUN Kelebang merangkap Pengerusi MCA Melaka kekal berada dalam kerajaan Persekutuan.
Tahun | Konstituensi | Undian | % | Lawan | Undian | % | Jumlah mengundi | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2021 | N08 Machap Jaya
P135 Alor Gajah |
Ngwe Hee Sem (BN) | 3,732 | 46.67% | Law Bing Haw (PKR) | 2,794 | 34.94% | 7,996 | 938 | 64.04% | ||
Tai Siong Jiul (BERSATU) | 1,202 | 15.03% | ||||||||||
Abd Aziz Osani Kasim (IMAN) | 167 | 2.96% | ||||||||||
Azlan Daud (IND) | 101 | 1.26% |
Beliau telah disahkan positif COVID-19 sebelum Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15 pada 27 Disember 2021 dan tidak dapat hadir bersama Datuk Rahmad Mariman (Ayer Molek), Mohd Noor Helmy Abdul Halem (Duyong), Siti Faizah Abdul Azis (Sungai Rambai), Rosli Abdullah (Kuala Linggi), Adly Zahari (Bukit Katil) dan Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia).[4]