Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Jenis | Rangkaian televisyen siaran (1939–kini) Rangkaian radio (1926–1993, 2012–2014, 2016–kini) Rangkaian radio sukan (2012–kini) |
---|---|
Penjenamaan | NBC |
Negara | Amerika Syarikat |
Ketersediaan | Seluruh negara |
Ditubuhkan | 19 Jun 1926 oleh Radio Corporation of America (RCA), General Electric (GE) dan Westinghouse |
Slogan | Here on NBC Share the Moment |
Ibu pejabat | 30 Rockefeller Plaza, Bandar Raya New York, New York |
Pemilik | Comcast |
Induk | NBCUniversal |
Orang penting | Bob Greenblatt (Pengerusi, NBC Entertainment) |
Tarikh pelancaran | Radio: 15 November 1926 Televisyen: 30 April 1939 |
Gabungan | Senarai: Mengikut negeri atau Butiran |
Laman sesawang | nbc |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Digantikan | NBC Radio Network |
National Broadcasting Company, NBC, (bahasa Melayu: "Syarikat Penyiaran Kebangsaan") ialah sebuah rangkaian televisyen Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Bangunan GE di Pusat Rockefeller, Bandar Raya New York. NBC adakalanya dipanggil Peacock Network kerana logonya yang berupa burung merak.
NBC diasaskan oleh Perbadanan Radio Amerika (RCA) pada tahun 1926, dan pada tahun 1986 rangkaian ini diambil alih oleh General Electric (GE), melalui pembelian RCA berharga $6.4 bilion. GE sebelumnya memiliki RCA dan NBC hingga tahun 1930, ketika dipaksa untuk menjual syarikat radio itu sebagai akibat daripada tuduhan antitrust. Selepas pengambilalihan, ketua eksekutif NBC adalah Bob Wright, sampai dia pensiun, memberikan tugasnya kepada Jeff Zucker.
NBC boleh didapati di kira-kira 97% isi rumah AS pada tahun 2003, iaitu mencapai 103 orang penonton. NBC mempunyai 10 stesen milikan dan kendalian sendiri serta hampir 200 anggota sekutu di AS dan wilayah-wilayahnya.[1][2]
Rangkaian NBC merupakan sebahagian syarikat media NBC Universal, iaitu sebuah unit General Electric dan Vivendi. Pada tarikh 1 Disember 2009, GE membeli sisa 20% saham daripada NBC Universal yang tidak dimiliki sendiri dari Vivendi. Pada tarikh 3 Disember 2009, Comcast mengumumkan akan membeli 51% saham daripada NBC Universal.
Buy Visa Gift Card With Crypto