Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Mohamed Mursi محمد مرسى | |
---|---|
Presiden Mesir ke-5 | |
Dalam jawatan 30 Jun 2012 – 3 Julai 2013 | |
Perdana Menteri | (1) Kamal Ganzouri (2) Hesham Qandil |
Naib Presiden | Mahmoud Mekki |
Didahului oleh | Hosni Mubarak[1][2]* |
Digantikan oleh | Adly Mansour (memangku) |
Setiausaha Agung NAM | |
Dalam jawatan 30 Jun 2012 – 3 Ogos 2012 | |
Didahului oleh | Mohamed Hussein Tantawi (Pemangku) |
Digantikan oleh | Mahmoud Ahmadinejad |
Pengerusi Parti Kebebasan dan Keadilan | |
Dalam jawatan 30 April 2011 – 24 Jun 2012 | |
Didahului oleh | Jawatan baharu |
Digantikan oleh | Saad al-Katatni |
Anggota Dewan Rakyat Mesir | |
Dalam jawatan 1 Disember 2000 – 12 Disember 2005 | |
Didahului oleh | No'man Gomaa |
Digantikan oleh | Mahmoud Abaza |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohamed Morsi Isa al-Ayyat 20 Ogos 1951 Sharqia, Mesir |
Mati | 17 Jun 2019 | (umur 67)
Parti politik | (1) Parti Kebebasan dan Keadilan (2011–2012)[3] (2) Bebas (2012–2019) |
Gabungan politik lain | Ikhwan Muslimin (1991–2012) |
Pasangan | Najla Ali Mahmoud (sejak 1979) |
Anak |
|
Tempat belajar | Universiti Kaherah Universiti California Selatan |
Bidang pengkhususan | Pensyarah |
Tandatangan | |
Mohamed Morsi[nota 1] (/ˈmɔːrsi/; Arab: محمد محمد مرسي عيسى العياط , ALA-LC: Muḥammad Muḥammad Mursī ʿĪsā al-ʿAyyāṭ, IPA: [mæˈħæmmæd mæˈħæmmæd ˈmoɾsi ˈʕiːsæ (ʔe)l.ʕɑjˈjɑːtˤ]; lahir pada 20 Ogos 1951 - 17 Jun 2019) ialah ahli politik Mesir dan Presiden Mesir yang kelima, serta Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Mesir[6] antara 2012 dan 2013. Beliau digulingkan oleh tentera pimpinan Ketua Tentera Mesir , Abdel Fattah al-Sisi pada 30 Jun 2013.
Dari tahun 2000 sehingga 2005, beliau ialah Ahli Parlimen Mesir. Beliau Kemudian menjadi Pengerusi Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sebuah parti politik yang berpaksikan kepada Islam, di mana awalnya sangat berkait rapat dengan gerakan Ikhwan Muslimin. Gerakan Ikhwan Muslimin dilihat kembali rancak selepas Revolusi Mesir 2011 sehingga mencapai kemenangan dalam pilihan raya parlimen Mesir 2011–2012.[7] Beliau juga dicalonkan sebagai calon FJP pada pilihan raya presiden Mesir 2012. Morsi sebelum ini telah mendapat pendidikan Islam secara tulen di selatan California, Amerika Syarikat.
Pada 24 Jun 2012, Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir telah mengumumkan bahawa Morsi berjaya memenangi kerusi Presiden Mesir dengan mengalahkan Ahmed Shafiq, perdana menteri terakhir di bawah pemimpin Mesir yang disingkirkan Hosni Mubarak. Suruhanjaya berkata Morsi mendapat 51.7 peratus undi menang berbanding lawannya hanya 48.3 peratus undi sokong untuk Shafiq.[8] Seperti dijanjikan dalam kempennya, beliau meletakkan jawatan sebagai ketua FJP selepas menjadi Presiden.[9] Morsi merupakan pemimpin pertama di Mesir yang memenangi pilihan raya secara demokratik dalam sejarah Mesir, selain orang awam pertama memegang jawatan tersebut.
Pada 30 Jun 2013, bantahan besar-besaran meletus di Mesir menyeru perletakan jawatan Presiden. Ini diikuti ugutan tentera bahawa ia akan masuk campur sekiranya tuntutan pembantah tidak dipenuhi selewat-lewatnya 3 Julai.[10] Rancangan tentera termasuklah menggantung perlembagaan, membubarkan parlimen, dan membentuk pentadbiran baharu yang diketuai oleh hakim besar.[11] Morsi diumumkan digulingkan pada 3 Julai oleh menteri pertahanan dan panglima besar tentera Abdul Fatah al-Sisi[12]
Pada awal Julai 2012, Morsi bertindak mengembalikan parlimen yang dibubarkan tentera sebulan lebih awal. Mengikut agensi berita Mesir, Morsi mengarahkan ahli parlimen yang dilantik pada 2011, majoritinya anggota FJP dan kumpulan Islam lain, supaya kembali bersidang.[13]
Pada 12 Ogos 2012, Morsi meminta Mohamed Hussein Tantawi, menteri pertahanan dan ketua angkatan tentera negara itu, dan Sami Anan, ketua turus tentera darat, untuk meletakkan jawatan.[14] Beliau juga mengumumkan pindaan perlembagaan yang diluluskan Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) yang mengehadkan kuasa presiden dibatalkan.[15] Jurucakap Morsi, Yasser Ali, mengumumkan yang kedua-dua Tantawi dan Anan akan kekal sebagai penasihat kepada presiden. Morsi menamakan Abdul Fattah el-Sisi, ketika ini ketua perisikan tentera, sebagai menteri pertahanan baharu Mesir.[16]
Pada 22 November 2012, Morsi mengeluarkan pengisytiharan bagi menjaga kerja Dewan Perlembagaan yang merangka perlembagaan baharu daripada campur tangan kehakiman. Ini bermakna mereka kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. Dekri ini cuma sah sehingga perlembagaan baharu diratifikasikan.[17] Mereka yang dituduh membunuh pembantah pada zaman Mubarak, namun dibebaskan, hendaklah dibicarakan semula. Manakala Morsi diberikan kuasa mengambil sebarang tindakan perlu bagi melindungi revolusi.[18]
Pada 1 Disember 2012, Dewan Perlembagaan menyerahkan draf perlembagaan kepada Morsi.[19] Dekri lalu dibatalkan pada 8 Disember, namun tindakan yang diambil ketika dekri berkuatkuasa kekal.[20][21][22][23][24] Pungutan suara seterusnya diadakan pada 15–22 Disember 2012 yang diterima 64% pengundi.[25]
Pada 30 Jun 2013, bantahan besar-besaran meletus di Mesir menyeru perletakan jawatan Presiden Morsi.[26]. Serentak itu, penyokong beliau turut menunjuk perasaan di Kaherah.[27]
Pada 1 Julai, Angkatan Tentera Mesir mengeluarkan kata dua 48-jam supaya kerajaan memenuhi tuntutan rakyat. Ia mengugut akan masuk campur sekiranya pertikaian belum diselesaikan ketika itu.[10] Morsi menolak kata dua tentera ini.[28]
Pada 3 Julai jam 21:00 (GMT+2), Jeneral Abdul Fattah al-Sisi mengumumkan peta jalan masa hadapan, menyatakan Morsi telah diketepikan dan ketua Mahkamah Perlembagaan telah dipilih sebagai presiden sementara. Abdul Fatah mengetuai satu majlis yang turut dianggotai diplomat Mohamed ElBaradei, Imam Besar Al-Azhar Ahmed el-Tayeb dan Paus Qibti Tawadros II.[12][29]
Mohamed Morsi meninggal dunia ketika perbicaraan di mahkamah pada Isnin tanggal 17 Jun 2019 pada usia 67 tahun. Menurut laporan media tempatan, Morsi rebah selepas penutup sesi perbicaraan di mahkamah dan meninggal dunia sejurus selepas itu. Beliau dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung. [30][31][32]
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|date=
(bantuan)Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Numan Gumaa |
Anggota Dewan Rakyat Mesir 2000–2005 |
Diikuti oleh: Mahmoud Abaza |
Jawatan parti politik | ||
Pejabat baharu | Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan 2011–2012 |
Diikuti oleh: Saad al-Katatni |
Jawatan politik | ||
Didahului oleh Hosni Mubarak |
Presiden Mesir 2012–2013 |
Diikuti oleh: Adly Mansour pemangku |
Pemegang jawatan kini | ||
Jawatan diplomatik | ||
Didahului oleh Mohamed Hussein Tantawi |
Setiausaha Agung NAM 2012 |
Diikuti oleh: Mahmoud Ahmadinejad |