Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Mahkamah tinggi merujuk kepada mahkamah dengan bidang kuasa lebih tinggi berbanding mahkamah perbicaraan pertama. Untuk negara-negara dengan sistem undang-undang sivil, istilah 'mahkamah tinggi' biasanya merujuk kepada mahkamah rayuan dengan peringkat pertama rayuan dalam rantaian tatacara rayuan, menjadi mahkamah yang lebih rendah daripada mahkamah agung. Mahkamah Tinggi Tokyo di Jepun adalah salah satu contohnya.
Di beberapa negara dengan sistem common law, istilah 'mahkamah tinggi' dirujuk sebagai mahkamah tertinggi, seperti Mahkamah Tinggi Australia. Walau bagaimanapun, 'mahkamah tinggi' di kebanyakkan negara dengan sistem sedemikian berfungsi sebagai mahkamah rendah dan mahkamah rayuan (turut dipanggil sebagai mahkamah atasan).[1] Contoh penggunaan ini termasuklah Mahkamah Tinggi Keadilan di England dan Wales serta mahkamah-mahkamah tinggi di India.