Search for LIMS content across all our Wiki Knowledge Bases.
Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Kongres India Malaysia (MIC; Inggeris: Malaysian Indian Congress) (Tamil : மலேசியா இந்தியா காங்கிரெஸ்) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden, Vigneswaran Sanasee. MIC merupakan parti komponen bagi Barisan Nasional. MIC terlibat dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Pahang, Melaka dan Johor.
Sejarah
Kongres India Se-Malaysia adalah sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan pada Ogos1946 oleh John A. Thivy dan Janaky Athi Nahappan.
MIC ditubuhkan selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pada awalnya, ia hanya menjadi tarikan kepada masyarakat kelas pertengahan terutama dengan personaliti presiden pertamanya John A. Thivy yang berlatar belakangkan pengamal undang-undang.
Parti MIC pernah dipimpin oleh barisan kepimpinan pelbagai latar belakang termasuklah peguam, kerani, ahli perniagaan, guru, dan arkitek. Sumbangan setiap kepimpinan berbeza-beza mengikut keperluan persekitaran semasa ketika itu. Seiring dengan perkembangan tersebut, pencapaian parti MIC juga berubah.
Jika pada awalnya, kebajikan masyarakat India diberi tumpuan terutama mereka yang datang berhijrah ke Tanah Melayu, selepas itu, usaha untuk memperbaiki taraf hidup mereka dilakukan. Ini termasuklah usaha mengurangkan kadar kemiskinan, pekerjaan, perumahan, kesihatan, pendidikan dan hak milik saham serta latihan kemahiran.
MIC pernah menjadi parti penaja kepada Perikatan Nasional pada tahun 2020, namun menarik diri setelah UMNO mengumumkan tidak pernah berminat untuk menjadi parti penaja Perikatan Nasional, sebaliknya tetap kukuh bersama Barisan Nasional.[1]