Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Luak adalah bahagian pentadbiran bagi kawasan yang terpengaruh dengan Adat Perpatih di Malaysia iaitu di Negeri Sembilan dan sebahagian kecil Melaka. Ia ditadbir oleh seorang ketua digelar Undang atau Penghulu[1]. Di Negeri Sembilan terdapat dua jenis luak iaitu Luak Berundang dan Luak Tanah Mengandung. Tampin juga dianggap sebagai luak tetapi diperintah oleh Tunku Besar Tampin. Sebelum dijajah Inggeris, luak-luak ini bertaraf negeri dan mempunyai kuasa mutlak dengan Undang atau Penghulu menjadi pemimpin[2].
Terdapat tiga jenis luak di Negeri Sembilan, iaitu:
Terdapat sebuah luak berada dalam negeri Melaka era moden kini, iaitu Luak Naning. Luak ini tidak termasuk dalam wilayah Negeri Sembilan moden. Luak ini terletak di bahagian utara negeri Melaka. Sebelum dijajah Belanda dalam abad ke-17, Naning adalah salah satu anggota persekutuan Negeri Sembilan tua. Pemimpin adat luak ini ialah Penghulu Naning; namun kadangkala disebut juga Datuk Undang Naning. Gelaran bagi Penghulu Naning ialah Datuk Orang Kaya Seri Maharaja Merah dipilih dari kalangan anggota suku Biduanda[5].
Sebuah badan pengurus bernama Lembaga Adat Naning dibenarkan tubuh oleh Perlembagaan Negeri Melaka sebagai sebuah institusi adat[6]. Namun, sebarang anugerah berbentuk darjah kebesaran tidak diiktiraf[6][7].
|dead-url=
(bantuan)
|dead-url=
(bantuan)