Knowledge Base Wiki

Search for LIMS content across all our Wiki Knowledge Bases.

Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.

Yang Berhormat Datuk
Liew Vui Keong
PGDK, JP (Sabah)
劉偉強
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Batu Sapi, Sabah
Dalam jawatan
10 Mei 2018 – 2 Oktober 2020
Didahului oleh Linda Tsen Thau Lin
Digantikan olehKhairul Firdaus Akbar Khan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia
(Undang-Undang)
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Timbalan Mohamed Hanipa Maidin
Didahului oleh Azalina Othman Said
Digantikan oleh Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
10 April 2009 – 10 Mei 2018
Didahului oleh Senator Murugiah Thopasamy
Digantikan oleh Mohamed Hanipa Maidin
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(Perdagangan Antarabangsa)
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 9 April 2009
Berkhidmat with Jacob Dungau Sagan
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Didahului oleh Ahmad Husni Hanadzlah
Digantikan oleh Mukhriz Mahathir
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Sandakan, Sabah
Dalam jawatan
Mac 2008 – 10 Mei 2018
Didahului oleh Chong Hon Min (BEBAS)
Digantikan oleh Stephen Wong Tien Fatt
Maklumat peribadi
Lahir(1960-01-18)18 Januari 1960
Borneo Utara Kota Belud, Borneo Utara, (kini Sabah, Malaysia)
Mati2 Oktober 2020(2020-10-02) (umur 60)
Hospital Gleanegles Kota Kinabalu
Cause of deathPneumonia
Parti politik BN-LDP (-2018)
PH+WARISAN (2018-2020)
PasanganDatin Dr. Lindai Lee
Anak5 orang
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPeguam
KabinetKabinet Malaysia 2018
Anugerah awamSenarai
Laman webhttp://blog.vkliewoffice.info/

Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong (Bahasa Cina: 刘伟强pinyin: Liú Wěiqiáng) (18 Januari 1960 - 2 Oktober 2020) adalah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), semasa di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH)[1] Beliau merupakan Ahli Parlimen P185, Batu Sapi dan ahli politik Malaysia dari Parti Warisan Sabah.

Semasa beliau berada dalam kerajaan Barisan Nasional, beliau adalah Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), sebuah parti komponen Barisan Nasional.[2]

Jawatan kerajaan

Pada 2 Julai 2018, beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam hal ehwal undang-undang di hadapan Sultan Muhammad V.[3][4]

Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dijalankan di Istana Negara.[5] Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I (Perdagangan Antarabangsa) di bawah menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[6]

Isu dan kontroversi

Liew telah memecat 23 dari 25 anggota dewan tertinggi ketika anggota parti LDP yang menuntut dua jawatan tertinggi untuk dipertandingkan. Beliau kemudian disingkirkan dari jawatan presiden parti dan tempat teresebut digantikan oleh Setiausaha Agung parti LDP yang dipecat, Teo Chee Kang kerana tindakannya menyalahgunakan kuasa dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai Presiden parti. Rayuan Liew ke Mahkamah Rayuan atas penyingkirannya dari jawatan presiden ditolak.[7][8][9]

Kesihatan dan meninggal dunia

Beliau meninggal dunia pada 2 Oktober 2020 di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu selepas disahkan menghidap pneumonia. Sebelum itu, pada 12 September 2020, beliau telah menerima rawatan susulan akibat sakit tulang belakang gelincir (slip disc) di hospital yang sama.[10][11]

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia: P186 Sandakan, Sabah[12]
Tahun Kerajaan Undi Pct Pembangkang Undi Pct
2008 Liew Vui Keong (LDP) 8,297 41.3% Chong Chui Lin (DAP) 8,121 40.5%
2013 Liew Vui Keong (LDP) 13,138 48.0% Wong Tien Fatt (DAP) 14,226 52.0%
Parlimen Malaysia: P185 Batu Sapi, Sabah[13]
Tahun Kerajaan Undi Pct Pembangkang Undi Pct
2018 Liew Vui Keong (WARISAN) 12,976 39.8%2 Tsen Thau Lin (PBS) 8,357 25.7%2

Anugerah dan penghargaan

  •  Sabah
    • Panglima Gagah Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2006)[14]

Rujukan

  1. ^ Barisan Menteri Kabinet Malaysia 2018
  2. ^ Kristy Inus (18 Mac 2010). "Several Firsts For Sabah's VK Liew". Bernama. Dicapai pada 3 April 2011.
  3. ^ "VK Liew appointed Warisan permanent chairman". The Borneo Post. PressReader. 12 March 2018. Dicapai pada 21 May 2018.
  4. ^ "New Cabinet all sworn-in before King (Full List)". The Star. 2 July 2018. Dicapai pada 3 July 2018.
  5. ^ "Teo unperturbed by LDP faction elections". The Borneo Post. 31 March 2014. Dicapai pada 9 November 2014.
  6. ^ "Liew leaves LDP with 200 members". The Borneo Post. 19 March 2018. Dicapai pada 21 May 2018.
  7. ^ Ruben Sario (1 September 2013). "LDP heading into legal tangle as 23 sacked, suspended members intend to proceed with Sept 6 meeting". The Star. Dicapai pada 2 September 2013.
  8. ^ "Suspended LDP council sacks Liew". Free Malaysia Today. 11 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-28. Dicapai pada 12 September 2013.
  9. ^ Ruben Sario (24 May 2014). "Vui Keong continuing legal challenge against ROS ruling". The Star. Dicapai pada 25 May 2014.
  10. ^ Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia, Harian Metro, Dicapai pada 2 Oktober 2020
  11. ^ Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong meninggal dunia, mStar, Dicapai pada 2 Oktober 2020
  12. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 18 May 2018. Percentage figures based on total turnout (including votes for candidates not listed).
  13. ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 May 2018. Dicapai pada 18 May 2018.
  14. ^ "The Sabah Yang Di Pertua Negeri's Birthday Honours List". The Star. 22 September 2006. Dicapai pada 20 October 2018.

Pautan luar

Liew Vui Keong di Facebook