Search for LIMS content across all our Wiki Knowledge Bases.
Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Tan Sri Dato' Seri Kong Cho Ha (lahir 15 September 1950[1]) adalah ahli politik Malaysia berketurunan Cina yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia selepas Pilihan Raya Umum 2004.[2] Pada 9 April 2009, Kong menggantikan Ong Ka Chuan sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan[3] dan kemudiannya pada 4 Jun 2010 menggantikan Ong Tee Keat sebagai Menteri Pengangkutan.[4][5][6]
Beliau merupakan mantan ahli parlimen Lumut, Perak dari 29 November 1999 hingga 5 Mei 2013.[7]
Beliau pernah menjadi Setiausaha Agung parti Persatuan Cina Malaysia (MCA), sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) dari 7 April 2010 hingga 2 Januari 2014.
Pada 20 Mac 2010, beliau mengumumkan beliau akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti pada 28 Mac 2010.
Pada pemilihan jawatan Naib Presiden MCA dua tahun lalu, Cho Ha memperoleh undian tertinggi diikuti Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Tan Kok Hong.[8]
^"Minister's Profile". Malaysian Ministry of Housing and Local Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 6 January 2010. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
^"Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Dicapai pada 7 January 2010. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan) Source includes 2004 election results. Results from previous elections not available.