Knowledge Base Wiki

Search for LIMS content across all our Wiki Knowledge Bases.

Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.

White Mountain, sebuah persekitaran alp 4,300 meter (14,000 ka) di California

Iklim alp ialah cuaca (iklim) purata untuk kawasan atas garisan pokok. Iklim ini juga dikenali sebagai iklim gunung atau iklim tanah tinggi.

Iklim ini semakin tinggi semakin sejuk kerana kadar lelap udara, iaitu udara semakin tinggi semakin sejuk kerana mengembang. Kadar lelap adiabatik keringnya ialah 10 °C se-km aras tinggi atau altitud.[1] Oleh itu, memanjat 100 meter di atas gunung lebih kurang sama dengan bergerak 80 kilometer (45 batu atau 0.75° garisan lintang) ke arah gunung.[2] This relationship is only approximate, however, since local factors such as proximity to oceans can drastically modify the climate.[3] Salji adalah bentuk kerpasan utamanya yang selalu diiringi angin kencang.

Iklim alp tergolong dalam Kelompok E dalam pengelasan iklim Köppen, bersama iklim kutub. Iklim di tanah-tanah tinggi tertentu juga boleh tergolong dalam iklim hemiboreal atau iklim separa gersang.

Banjaran gunung Cascade, Rocky, Andes, Himalaya, Penara Tibet, Tanah Tinggi Timur di Afrika, dan bahagian tengah Borneo dan New Guinea adalah contoh-contoh iklim tanah tinggi. Iklim gunung di Andes terkenal kerana anggapan empat zon aras tinggi:

Di kawasan pergunungan beriklim alp, biom yang dominan adalah tundra alp.

Rujukan

  1. ^ "Adiabatic Lapse Rate". Goldbook. IUPAC.
  2. ^ "Mountain Environments" (PDF). United Nations Environment Programme World Conservation Monitoring Centre. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2006-06-21. Dicapai pada 2010-07-24.
  3. ^ "Factors affecting climate". The United Kingdom Environmental Change Network.