Knowledge Base Wiki

Search for LIMS content across all our Wiki Knowledge Bases.

Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.

Pengelasan Statistik Penyakit dan Masalah Kesihatan Berkaitan Antarabangsa atau International Statistical Classification of Diseases and Related Health Problems (ringkasnya ICD) menyediakan kod untuk pengelasan penyakit dan pelbagai jenis tanda, gejala, dapatan abnormal, aduan, keadaan sosial dan punca luaran kecederaan atau penyakit. Setiap masalah kesihatan boleh diberikan kod yang unik, sehingga enam aksara panjangnya, dan diletakkan dalam kategori yang berpatutan.

Pengelasan Penyakit Antarabangsa (International Classification of Diseases) ini diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). ICD juga digunakan di seluruh dunia untuk statistik morbiditi dan mortaliti, sistem pembayaran balik dan bantuan keputusan automatik dalam perubatan. Sistem ini direka untuk menggalakkan perbandingan antarabangsa dalam pemungutan, pemprosesan, pengelasan dan penyampaian statistik ini. ICD merupakan pengelasan utama dalam Keluarga Pengelasan Antarabangsa WHO (WHO Family of International Classifications) (WHO-FIC).

Pautan luar

ICD-9

Umum

Carian kod

ICD-10

Umum

Carian kod

Terkini

Penukaran di antara ICD-9-CM-A dan ICD-10-AM