Search for LIMS content across all our Wiki Knowledge Bases.
Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Tuan GuruDato'Dr.HajiHaron bin Din (18 Ogos 1940 – 16 September 2016) ialah ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ketua Kluster Dakwah, Majlis Perundingan Islam Kebangsaan. Di peringkat parti, beliau merupakan Mursyidul Am merangkap Pengerusi Majlis Syura Ulamak PAS dari Februari 2015 sehingga kematian beliau pada 16 September 2016. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Malaysia (Darussyifa').
Pendidikan
Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali (1948-1952)
Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor (1954-1958)
Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (Kolej Islam Klang) (1962-1965)
Pengerusi Kluster Dakwah, Majlis Perundingan Islam Malaysia (2016 – kini)
Aktiviti Pengajian Agama
Kelas pengubatan Islam seminggu sekali di Darussyifa’ pada setiap malam Selasa.
Kelas pengajian untuk golongan professional pada setiap malam Jumaat di Petaling Jaya (Seksyen 14). Bermula sejak tahun 1985
Kelas pengajian di Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi, sekurang-kurangnya 2 minggu sekali
Memberi bimbingan Kursus Haji kepada bakal-bakal haji (terutama pada musim haji) di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
Memberi ceramah di kediaman Y.B. Menteri Besar Selangor untuk kakitangan kerajaan, terutama ketua-ketua Jabatan di seluruh Selangor, pada setiap hari Rabu, minggu keempat setiap bulan bermula pada awal tahun 1988
Memberi ceramah di Masjid Baitul Aman, Jalan Damai, Kuala Lumpur pada setiap Rabu malam. (Minggu kedua setiap bulan)
Memberi cermah di seluruh Malaysia termasuk di Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, Masjid-Masjid dan Surau-Surau.
Ceramah bersiri di Masjid Darul Ghufran, Singapura.
Mengambil bahagian dalam siri Ehwal Islam Radio Televesyen Malaysia (RTM) (Rancangan Mingguan) sejak tahun 1990
Mengambil bahagian dalam Rancangan Visi Suci , Radio Televesyen Malaysia (RTM).
Program Lintas Lansung Malaysia – Brunei Darussalam dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia, Radio Televesyen Malaysia (RTM)
Sering diundang dalam ‘Malaysia Hari Ini’ (MHI) di TV3
Sering diundang dalam Radio Malaysia Ibukota (siaran pagi)
Sering diundang dalam rancangan-rancangan agama di Radio Malaysia Ipoh
Sering diundang dalam rancangan-rancangan agama Radio Malaysia Kuantan
Sering mengambil bahagian dalam rancangan-rancangan agama Radio Malaysia Kedah
Sering diundang dalam rancangan-rancangan agama Radio Malaysia Perlis
Memenuhi Program Ceramah yang diaturkan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Brunei Darussalam
Sering diundang bahagian dalam rancangan-rancangan sempena perayaan-perayaan keagamaan di seluruh pelusuk tanah air
Siri kuliah yang sedang berlangsung:
Kuliah Maghrib bulanan - Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
Kuliah Dhuha bulanan – Kompleks Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi
Kuliah Dhuha bulanan – Masjid Al-Falah, USJ
Kuliah Maghrib bulanan – Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Kuliah Maghrib bulanan – Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong
Kuliah Dhuha bulanan – Dataran HIG, Pulau Langkawi
Kuliah Maghrib bulanan – Masjid An-Nawawi, Pulau Langkawi
Penulisan
Buku
Haron Din banyak menghasilkan buku-buku berkaitan pengajian Islam, pengubatan Islam dan permasalahan fiqah semasa.
Pengajian Islam
Buku teks mengenai Islam untuk Sekolah Menengah
Obor Islam I (The Light of Islam I), Pulau Pinang : Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi, 1970
Obor Islam II (The Light of Islam II) Pulau Pinang : Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi, 1970
Obor Islam III (The Light of Islam III) Pulau Pinang : Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi, 1970
Obor Islam IV (The Light of Islam IV) Pulau Pinang : Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi, 1970
Obor Islam V (The Light of Islam V) Pulau Pinang : Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi, 1970
Pengetahuan Agama Islam. (Bersama Ustaz Sobri Salamon) Kuala Lumpur : Al-Rahmaniah, 1988
Jawapan Kepada Buku Hadith Satu Penilaian Semula Haron Din ... (et al.), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Fakulti Pengajian Islam 1988
Jawapan Kepada Buku, ‘Hadith Satu Penilaian Semula’. Kuala Lumpur : Terbitan Dewan Pustaka Fajar, , Januari 1988
Methodologi Zikir. Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd., 1988
Pengenalan Islam : Kemusykilan dan Penjelasan ( Bersama Ustaz Ishak Din ) 1989
Manusia dan Islam / Haron Din... (et.al) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990
Manusia dan Islam / Haron Din ...[et al.], Kuala Lumpur: Amiza, 1990
Himpunan Doa-doa Pilihan dari Al-Quran dan Hadis Serta Terjemahannya oleh: Haron Din dan Ishak Din Kuala Lumpur Darul Nu'man 1994
Aqidah Tauhid. (Bersama Ustaz Ishak Din). Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd., 1995
Rahsia Khusyuk Dalam Solat ( videorecording) oleh Dato' Dr. Haron Din, Kuala Lumpur MOCCIS Production 1996
Manusia dan Islam / Prof. Dato' Dr. Haron Din (Ketua) ... [et al.] Shah Alam : Hizbi Marketing, 1999
Manusia dan Islam. Jilid 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991
Manusia dan Islam. Jilid 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992
Manusia dan Islam. Jilid 3. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993
Ulama’ Bukan Cap Getah. Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd., 1993
Muhammad Rasulullah : Anugerah Untuk Kejayaan. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1993
Manusia dan Islam / Haron Din ... [et al.] Ampang : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2001
Islam : Agama Bisnes & Pengurusan / Dato' Dr. Haron Din, Kuala Lumpur : PTS Milennia, 2007
Islam : Keadilan Membebaskan Manusia / Dato' Dr. Haron Din, Kuala Lumpur : PTS Milennia, 2007
Islam : Ada Apa Dengan Islam? / Dato' Dr. Haron Din. Kuala Lumpur : PTS Millennia, 2007
Islam : Jihad Sebagai Survival Insan / Dato' Dr. Haron Din. Kuala Lumpur : PTS Millennia, 2007
Islam : Rujukan Efektif Akhlak Mulia / Dato' Dr. Haron Din. Kuala Lumpur : PTS Milennia, 2007
Islam : Panduan Komprehensif Keluarga Bahagia / Dato' Dr. Haron Din. Kuala Lumpur : PTS Milennia, 2007
Islam : Ibadah Pembina Tamadun Manusia / Dato' Dr. Haron Din. Kuala Lumpur : PTS Millennia, 2007
Tasawwur Islami. Kajang : Percetakan Graphico, 1404 H
Perundangan & Politik Islam
Hudud di dalam Perundangan Islam (suatu analisa Mengapa Hukuman Hudud Perlu Dilaksanakan) / oleh Haron Din, Kuala Lumpur Pejabat Agong Pas 1978
Hudud Dalam Perundangan Islam (Hudud in Islamic Law). Kuala Lumpur : Pakar Print, 1978
Hudud Dalam Perundangan Islam. Kuala Lumpur : Deny Press, 1993
Kewajipan Menegakkan Negara Islam. Perlis : Indera Press
Permasalahan Fiqh Semasa
Suami Isteri dalam Rumahtangga menurut Islam. Kuala Lumpur : Maju Press, 1979
Masalah Pendidikan Islam di Malaysia (Problem of Islamic education in Malaysia) with others. Kajang : Sincere Print, 1980
Masalah Pendidikan Islam di Malaysia. (Bersama Dr. Sabri Salamon). Bangi Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah 1980
Penyelenggaraan Jenazah. Serdang : Unit Bimbingan Umaga, Universiti Pertanian Malaysia, 1981
فسخ النكاح والقضايا المتعلقة به : دراسة مقارنة بين المذاهب الفقهية / الدكتور هارون دين Fasakh Al-Nikah Wa Al-Qadaya Al-Muta'liqah Bih : Dirasah Muqaranah Bayna Al-Madhahib Al-Fiqhiyah Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1983
Haron Din. 2010. Pengantar Pengubatan Islam. Bangi: Darussyifa’.
Haron Din. 2010. Rawatan Penyakit Jasmani (1). Bangi: Darussyifa’.
Haron Din. 2010. Rawatan Penyakit Jasmani (2). Bangi: Darussyifa’.
Haron Din. 2010. Rawatan Penyakit Rohani. Bangi: Darussyifa’.
Haron Din. 2010. Rawatan Penyakit Akibat Sihir. Bangi: Darussyifa’.
Rawatan Gangguan Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah Oleh Amran Kasimin dan Haron Din, Kuala Lumpur Percetakan Watan 1987
Rawatan Pesakit Menurut al-Quran dan as-Sunnah / oleh Dr. Amran Kasimin dan Prof. Dr. Haron Din, Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1987
Sebahagian Daripada Rawatan Pesakit menurut al-Qur’an dan al-Sunnah. Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd., Tahun 1990
Fadilat ayat al-Kursi Untuk Mengatasi Sihir / oleh Dr Amran Kasimin dan Prof. Dato' Dr Haron Din, Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1995
Rawatan Pesakit Menurut Al-Quran dan As-Sunnah : doa-doa / Dr Amran Kasimin, Prof. Dato' Dr Haron Din, Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1995
Doa dan Rawatan Penyakit. Amran Kasimin, Haron Din, Kuala Lumpur Percetakan Watan 1996
Doa dan Rawatan Penyakit (i) / Dr Amran Kasimin, Dato' Dr. Haron Din : Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1997
Artikel
Perbahasan tentang kertas kerja Prof. Ahamad Ibrahim. Dalam Islam dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 1978
Kearah Pembentukan Ulamak yang Berfungsi dan Berwibawa dari Kacamata Intelek. Kuala Lumpur : Adabi, 1983
Pentingnya Peranan Ugama dalam Rumahtangga. Dalam Perkahwinan dan kekeluargaan dalam Islam. Kuala Lumpur : Adabi Press, 1984
Konsep dan falsafah Rukun Islam. Himpunan Kertaskerja Kursus Dakwah dan Kepimpinan bagi Guru-guru. Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd., 1985
Artikel dalam Majalah
Sheikh Abu Bakar al Ash’ari. Dalam Utusan Qiblat, Julai 1976
Undang-undang Mahkamat Syariah Bertentangan Dengan Islam? Dalam Roh Islam, September 1976
Polisi Kewangan Negara Islam. Dalam Utusan Qiblat, November 1976
Bila Politik dan Agama Dipisahkan. Dalam Al-Islam, Februari 1977
Jenayah dalam Perundangan Islam. Dalam Cahaya Islam, Mac 1977
Ugama dan Politik. Dalam Al-Islam, Mac1977
Persoalan Ta’liq Talaq. Dalam Islamiyat vol. 1, 1977
Bumiputra dalam pendidikan. Dalam Utusan Qiblat, Oktober 1977
Masalah Pendidikan Ugama di Sekolah Rakyat. Dalam Utusan Qiblat, November 1977
Pelajaran Ugama di Sekolah-sekolah Kerajaan. Dalam Utusan Qiblat, Disember 1977
Umat Islam di Persimpangan Sejarah. Dalam Majallah AZAM , Kolej Kediaman UKM, 1977
Pendidikan Ugama Belum Capai Matlamat. Dalam Utusan Qiblat, Januari 1978
Perundangan Islam : Suatu Impian atau Kenyataan. Dalam Diskusi, Mac 1978
Hudud Pengubat Jenayah. Dalam Dewan Masyarakat, Julai 1978
Keimanan Asas Kekuatan. Dalam Al-Islam, November 1979
Tasawwur Islam. Dalam Suara Majlis, 1983
Pembentukan Kekeluargaan Dalam Masyarakat Mengikut Ajaran Islam. Dalam Cahaya Lembaga, keluaran Lembaga Kebajikan Perempuan Islam, No. 687, 1983
Falsafah Perundangan Islam. Dalam Dakwah, No. 93, 1983
Ekonomi Islam : Baitul Mal Sebagai Sebuah Institusi Kewangan Islam. Dalam Al-Hijriyyah, Disember 1984
Kertas Kerja
Konsep Ketua Negara di dalam Islam - Ogos 1987
Konsep Kenegaraan hazim dan Hak-hak dalam Islam - Ogos 1987
Masalah yang dihadapi oleh Umat Islam Kini dan Penyelesaiannya - Dis. 1987
Penghayatan Islam dalam penghidupan muslim - Dis. 1987
Falsafah Ibadat Solat - Jan. 1988
Ke arah Memahami dan Menghayati Al-Quran Sepenuhnya - Jan. 1988
Keluarga Bahagia Menurut Pandangan Islam - Feb. 1988
Konsep dan Falsafah Jihat dalam Islam - Mei 1988
Falsafah Perundangan Islam - Mei 1988
Sejarah Kekaburan Tasawwur Islam - Jun 1988
Al-Tasawwur Islam al-Islami I dan II - Jun 1988
Seminar Bahaya Ajaran Sesat. Penyelewengan Sunnah dan Bahayanya dalam Kehidupan Masyarakat Islam - Jan. 1989
Simposium Keluarga Bahagia. “Krisis Rumahtangga, Sebab-Sebab dan Cara-Cara Untuk Mengatasinya” - Feb. 1989
Penyelidikan
How far the differences of Islamic practices in the State of Perlis which does not affially follow a particular schools of law and the states which follow the Shfi’I school in Malaysia. ( Project No : 62/78 was submmited to the Universiti Kebangsaan Malaysia)
Is BADAR an art of self defence or a form of Batini practices? ( Project No : 63/78 was submmited to the Universiti Kebangsaan Malaysia)
Sighting of the moon in Malaysia : problem and possibility. ( Project No : 77/79 was submmited to the Universiti Kebangsaan Malaysia)
Kehilangan beberapa ayat al-Quran dari mushaf : apakah hakikat dan hikmatnya. ( Project No : 81/86 was submmited to the Universiti Kebangsaan Malaysia)
Kehakiman Islam. ( Projek Tahun 1992 – dalam masa cuti sabatikal selam 9 bulan di UKM)
Politik
Mula bergiat aktif dalam PAS sejak dari tahun 1974
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Dr Haron Din sekali lagi tewas kepada calon Barisan Nasional/ UMNO. Ismail Bin Kasim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 16451 berbanding Dr Haron Din yang mendapat sebanyak 16,151 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 83.4 %. Undi rosak sebanyak 586.
Kematian
Haron meninggal dunia pada 16 September 2016 di Hospital Universiti Stanford di San Francisco, California, Amerika Syarikat pada usia 76 tahun akibat koma. Tubuhnya dikuburkan di Ladang Lima Pillar, sebuah kompleks tanah perkuburan Islam di 1761 Laughlin Rd, Livermore, California, Amerika Syarikat.[1]