Search for LIMS content across all our Wiki Knowledge Bases.
Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Ekonomi terancang atau ekonomi terkawal, merupakan sistem ekonomi di mana kerajaan merancang atau mengawal kesemua aspek ekonomi dan pengeluaran ekonomi. Dalam sistem ekonomi ini, kerajaan yang membuat keputusan apa untuk dikeluarkan, bagaimana untuk membuat pengeluaran barangan, bagaimana untuk mengagihkan barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi.[1]
Ciri-ciri asas ekonomi terancang oleh Kerajaan Pusat [4]
Memiliki dan mengawal ke atas cara-cara pengeluaran dan industri kepada masyarakat secara keseluruhan.
Kerajaan memiliki sumber-sumber, memperuntukkan mereka mengikut keperluan masyarakat.
Pembeli dan penjual membuat pertukaran barangan dan perkhidmatan seperti yang ditentukan oleh Kerajaan dalam pasaran terkawal.
Kerajaan menyediakan barangan orang awam dan merit kerana ia memahami bahawa masyarakat perlu mempunyai barang-barang ini secara percuma.
Cukai progresif digunakan untuk mencuba dan merapatkan jurang antara yang kaya dan miskin. Dari kutipan jenis cukai ini, kerajaan mendanakan barang-barang awam, barang-barang merit dan bayaran pindahan.
Membolehkan kerajaan untuk mengatasi kegagalan pasaran, ketidaksamaan dan mewujudkan satu masyarakat yang memaksimumkan kebajikan sosial.
Mengelakkan pengangguran berleluasa, ini selalunya ciri ekonomi kapitalis.
Boleh menghasilkan barang-barang yang memberi manfaat kepada masyarakat dan memastikan semua orang mempunyai akses kepada keperluan asas.
Buruk
Ganjaran, upah dan faedah kewangan yang lain seperti bonus diedarkan atas dasar perkhidmatan bersama. Ini bagaimana ekonomi terancang sebenarnya menghapuskan keuntungan pada peringkat individu.
Sangat birokrasi dengan keputusan yang diadakan oleh perancangan dan jawatankuasa.
Kerajaan sangat kuat menghadkan hak-hak individu untuk mencapai objektif ekonomi. Sentiasa mewujudkan suasana di mana kerajaan boleh meluaskan kawalan mereka ke kawasan kehidupan lain.
Kesatuan Soviet sering menghasilkan barang-barang yang tidak digunakan.
Tidak dapat bertindak balas terhadap pilihan pengguna.
Peralihan
Poland merupakan negara sosialis pertama yang menghapuskan kawalan harga pada 1 Januari, 1990. Diikuti Czechoslovakia pada 1 Januari, 1991.Dalam tahun 1990, Kesatuan Soviet dan Republik Rakyat China, telah mengambil langkah peralihan sistem ekonomi, dari ekonomi terancang kepada ekonomi campuran. Namun, Republik Rakyat China masih mengekalkan sistem pentadbiran yang sama, iaitu komunisme.
^Pettinger, Tejvan R. "Command Economy". Economicshelp.org. Dicapai pada 7 November 2013.
^Will, Charles W.L; Hou Wee, Chow; Udayansankar, Krishna (2012). "Chapter 2: National Differences in Political Economy". International Business: An Asian Perspective. McGraw Hill Education(Asia). m/s. 47. ISBN978-007-108805-3.